Recent Posts

Posts RSS

Pagi yang Indah

Perasaan dia bercampur-campur. Antara takut, seram, marah, insaf, malu, bingung bertalu-talu menyergah fikiran pada pagi itu.

Pertama-tama aku ingat aku berada di tingkat 5 Highland Tower. Ada orang pagi-pagi mengamuk kena on call kerja tendang tiang seri apartment lalu runtuh lah bangunan usang ini menyembah bumi. Aku takut.

Aneh dengan sikap diri sendiri yang sentiasa terpengaruh dengan filem-filem di dunia fana luar sana, aku sedar yang sepanjang aku hidup aku mana pernah tinggal dekat apartment, jadi nak runtuh kepala bana apa kan. Tiba-tiba perasan lain pula menerjah.

Panas di dada dah nak sampai ke otak, apa ke hal kejadian berlaku pagi-pagi di hari Sabtu ni. Tau tak Sabtu tu ibarat kekasihnya Ahad. Sabtu itu lambang pintu gerbang masuknya ke dunia yang bebas. Hari yang tidak perlu berfikir harus berdesak-desak di atas jalan raya; berkeringat; untuk menuju penjara dunia. Hari untuk memanjakan diri sendiri! Aku marah.

Namun dalam emosi marah, terbit rasa syukur. Aku masih mampu bangun dengan berdaya tanpa sebarang kecacatan. Andai kata betul-betul di tingkat 5 Highland Tower tadi, aku tak tau nak menjawap apa dah dengan malaikat Mungkar dan Nakir. Subuh aku belum sembahyang lagi ni. Belum kes mulut aku lancar mengucapkan kalimah-kalimah carutan kasar lepas celik mata ketimbang membaca doa syukur terjaga dari tidur dengan aman. Naya juga aku sendirian di dalam lahad menggigil cari alasan nak menjawap depan malaikat. Aku mengelus dada tanda syukur.

Selang beberapa detik, aku sedar aku harus malu pula. Apai yang sedang bersiap cukur jambang dekat cermin nak ke majlis convocation memerhati tingkah aku sambil ketawa. Cibai Apai, bila masa ko masuk bilik aku, dan kenapa waktu ini, bukan hari besok, bukan siang nanti. Kenapa sekarang, kenapa! Aku malu.

Seraya Apai berkata, "dah-dah la tu, bangun la. Pergi sembahyang, lepas tu hantar aku ke hotel Pullman". Baru aku sedar sepenuhnya dengan apa yang berlaku. 

                                                                   *         *         *

Kes ni dah banyak kali berlaku. Aku tak tau patut ke tak aku report ke tuan rumah. Siapa harus dipertanggungjawap ni? Nak bertukang betulkan, aku takut seluruh isi rumah baling Molotov Cocktail ke bilik aku. Tapi ni hari Sabtu, pukul 6.15 pagi. Diulang 6.15 pagi. Aku nak landing mana lepas ni?

Gambar tempat kejadian 'runtuhan' Highland Tower tingkat 5 blok 2 setelah semua mangsa berjaya diselamatkan
p/s: aku belum decide nak sambung tidur kat mana sekarang. Makan indomie telur sebungkus dulu buat tenangkan fikiran. Dan tahniah Apai atas majlis convocation hari ni. Kalau ada makanan lebih bungkus-bungkus lah bawa balik ye.

0 comments

Beruang Polar Tropika

Sesampai di stesen kereta api Tanah Abang perkara pertama aku buat tengok awan di langit nan biru berdebu. Cilakak, awan ciput-ciput je ada, ibarat malu-malu menutup terik mentari di hamparan permaidani biru langit. Tak boleh guna punya menatang AccuWeather, tulis Jakarta mendung hari ni.

Menapak untuk mendapatkan bas balik rumah dengan suhu macam ni menduga iman sebenarnya. Dengan berkemeja, seluar jeans lagi ni memang mengundang mulut aku melafazkan kalimah-kalimah carutan bila sampai beranda rumah kejap lagi ni.

Untuk mendinginkan hati yang berkeringat, beli dulu air oren sejuk sebotol sebelum melangkah gagah ke tempat bas. Orang kata kalau kita fikir kita jalan kaki kat London, panas padang pasir Sahara pun tak terasa. Setengah botol air oren aku habiskan dalam masa 2 harakat. Badan dah dingin, maka ayuhlah menuju ke arah bus stop yang sayup-sayup melambai di hujung sana.

Sedang berjalan sambil melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, aku terpaku ke satu sosok tubuh. Secara tidak langsung tubuh aku kaku dan menggeletar. Aku melihat seorang budak sekolah berseluar kelabu, ber-sweater lengkap zip sampai ke leher. Dalam perasan antara percaya dan tidak serta kagum, aku gagah kan kaki yang kaku ini untuk melangkah, tapi kali ini air mata aku pula yang mengalir. 3 remaja berjalan menyanyi riang menuruni bukit; sama memakai sweater lengkap zip sampai ke dagu. Satu kuning, dua hitam. Bas dah tercongok depan aku, jadi aku cepat-cepat melangkah dengan air mata masih mengalir laju. Laju-laju aku naik bas kopaja hijau yang suhu dia hampir sama level dengan neraka jahannam. Kalau korang tak percaya try sekali naik menatang kopaja ni tengah-hari buta macam sekarang. Serupa lahnat!

Baru nak duduk di kerusi, badan aku terus rebah tidak bermaya. Fikiran aku kosong, hening. Sangat-sangat kosong. Hanya mata aku mampu tertumpu satu manusia di depan bas. Sebatang manusia membaluti tubuhnya utuh dengan sweater lengkap berzip hingga dagu dan kepalanya diselimuti hoodie.

Betul lah, di Jakarta ni ramai manusia kacuk beruang polar. Nama spesis ini Beruang Polar Tropika!

p/s: gila apa woiii pakai sweater tengah hari panas terik macam ni. aku yang pakai kemeja nipis dengan singlet pagoda pun dah berair ketiak berpeluh kemana-mana. Ni namanya fesyen tak kena pada tempat!


3 comments

Selamat Jalan Bob

Gua ni muka memang boleh tahan ganas dan menyeramkan cuma gua ada satu je kekurangan. Kekurangannya, gua jenis tak boleh tahan kalau terjadi scene nak berpisah dengan orang yang gua rapat. Tiba-tiba langit boleh jadi mendung, hujan slow-slow turun, silap-silap taufan Karina pun boleh muncul. Gua ada puisi khas untuk lu Bob;

Bob,
Gua pertama kali jumpa lu Ogos 2008,
Orang MARA cari lu kat CIMB Pertama Kompleks lu takde,
Gua ingat sampai mati lu pakai songkok kat KLIA,
Gua ingat sampai mati cream alloe vera warna hijau lu,
Gua takkan lupa bilik lu yang paling sejuk,
Gua takkan lupa penjenayah yang pecahkan gelas Matrikulasi Kedah lu,
Gua takkan lupa jasa laptop Acer lu untuk gua tumpang main PES,
Gua akan kenang basikal biru ada raga milik lu,
Gua terhutang budi 2 semester menumpang Shogun 125R lu ke kampus,
Gua mesti terbayang kita makan seafood di Muara Angke sampai senak,
Gua bakal merindui waktu kita berkumpul berborak sampai berjam-jam,
Lu memang abang kitorang kutu-kutu Rumah Doni,
Lu tak pernah miss tolong kitorang bila kitorang benkrap,
Dem, terlalu banyak memori melintas dalam kepala gua nak tulis.

Hati-hati Bob balik rumah. InsyaAllah pasti kita akan jumpa lagi lepas ni. Gua turun Selangor nanti gua cari lu sampai dapat, gua nak paksa lu belanja gua burger bakar. Sorry Bob, gua memang tak boleh tahan air mata gua tadi. Gua memang tak sanggup dan benci scene macam tadi. Ini memang tebiat gua dari kecik. Sebab ape, sebab aku sayang ke ko Bob. 5 tahun lebih kita susah senang bersama kat negara orang.

Hakikatnya boleh tahan 'kecik' gak kita dulu-dulu Bob, tak sekembang sekarang

0 comments

Inspirasi: Kenapa Malas Menulis

Alhamdulillah setelah lebih kurang 20 bulan bertungkus lumus, berpindah randah ke satu pulau ke pulau lain, akhirnya selesai pun perjalanan clinical aku di bumi Indonesia. Balik ke rumah Jakarta terjumpa buku Dari Tangjung Malim ke KLCC, kompilasi posting blog saudara Firdaus Ahmad. Mostly aku baca banyak cerita hal hidupan harian dia je sepanjang 7 tahun berulang alik dari Tanjung Malim ke KLCC tempat kerja dia tapi boleh sampai keluarkan buku dan menjadi minat ramai orang. Dan aku salah seorang peminat buku dan blog dia.

Point yang aku nak bahas kat sini, kenapa penulis buku ni boleh tulis buku yang menarik walau hanya berbekalkan kisah ulang-alik kerja tambah pengalaman hidup dia, yang aku rasa itulah kehidupan normal macam orang biasa-biasa. Bagi aku bakat yang dia ada dalam penulisan, bagaimana dia boleh olah cerita biasa menjadi sedap dibaca. Bancuh kopi Kapal Api jadi kopi Starbuck. Dan satu lagi rajin; bila ada idea langsung terus buka blogger update cerita.

Dan persoalan nya, 20 minggu aku bertungkus lumus clinical ni, sebenarnya sangat amat terlalu sungguh banyak cerita menarik yang aku rasa kalau buat catatan atau diari boleh dapat 200 page. Tapi haram satu habuk pun takde aku tulis. Kenapa? Ya, mungkin penghalang utama di situ penyakit malas berhantu. Soal bakat menulis memang aku sangat kurang. Tapi benda ni boleh di asah dengan banyak menulis dan membaca. Ya, dasar pemalas berhantu tu lah.

Jadi statement nya disini, kalau pandai ambil dan gunakan peluang, insyaAllah banyak pulangannya. Memang malas tu penyakit dari zaman Aristotle lagi dan susah cari ubat dia. Jom cari ubat malas!

p/s: Alhamdulillah dah habis segala posting clinical. sekarang menunggu majlis angkat sumpah dokter (pelantikkan). terlalu banyak cerita suka duka. kalau flashback sebenarnya banyak sungguh adventure selama clinical posting ni. untuk waktu sekarang, enjoy the moment. 

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...