Recent Posts

Posts RSS

Beruang Polar Tropika

Sesampai di stesen kereta api Tanah Abang perkara pertama aku buat tengok awan di langit nan biru berdebu. Cilakak, awan ciput-ciput je ada, ibarat malu-malu menutup terik mentari di hamparan permaidani biru langit. Tak boleh guna punya menatang AccuWeather, tulis Jakarta mendung hari ni.

Menapak untuk mendapatkan bas balik rumah dengan suhu macam ni menduga iman sebenarnya. Dengan berkemeja, seluar jeans lagi ni memang mengundang mulut aku melafazkan kalimah-kalimah carutan bila sampai beranda rumah kejap lagi ni.

Untuk mendinginkan hati yang berkeringat, beli dulu air oren sejuk sebotol sebelum melangkah gagah ke tempat bas. Orang kata kalau kita fikir kita jalan kaki kat London, panas padang pasir Sahara pun tak terasa. Setengah botol air oren aku habiskan dalam masa 2 harakat. Badan dah dingin, maka ayuhlah menuju ke arah bus stop yang sayup-sayup melambai di hujung sana.

Sedang berjalan sambil melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, aku terpaku ke satu sosok tubuh. Secara tidak langsung tubuh aku kaku dan menggeletar. Aku melihat seorang budak sekolah berseluar kelabu, ber-sweater lengkap zip sampai ke leher. Dalam perasan antara percaya dan tidak serta kagum, aku gagah kan kaki yang kaku ini untuk melangkah, tapi kali ini air mata aku pula yang mengalir. 3 remaja berjalan menyanyi riang menuruni bukit; sama memakai sweater lengkap zip sampai ke dagu. Satu kuning, dua hitam. Bas dah tercongok depan aku, jadi aku cepat-cepat melangkah dengan air mata masih mengalir laju. Laju-laju aku naik bas kopaja hijau yang suhu dia hampir sama level dengan neraka jahannam. Kalau korang tak percaya try sekali naik menatang kopaja ni tengah-hari buta macam sekarang. Serupa lahnat!

Baru nak duduk di kerusi, badan aku terus rebah tidak bermaya. Fikiran aku kosong, hening. Sangat-sangat kosong. Hanya mata aku mampu tertumpu satu manusia di depan bas. Sebatang manusia membaluti tubuhnya utuh dengan sweater lengkap berzip hingga dagu dan kepalanya diselimuti hoodie.

Betul lah, di Jakarta ni ramai manusia kacuk beruang polar. Nama spesis ini Beruang Polar Tropika!

p/s: gila apa woiii pakai sweater tengah hari panas terik macam ni. aku yang pakai kemeja nipis dengan singlet pagoda pun dah berair ketiak berpeluh kemana-mana. Ni namanya fesyen tak kena pada tempat!


3 comments:

SyueSyiey said...

hahaha gelak sorang2 baca post ni.. ingatkan ape la sampai nangis2 tengok budak pakai sweater tu. At the end baru tahu yg cuaca panas mcm neraka jahanam..

btw, xsangka dak science pon pandai sastera.. Agak berbunga2 bahasanya disitu.
after all, nice entry!

SyueSyiey said...
This comment has been removed by the author.
Mohammad Lokman Hakim said...

SyueSyiey

Sebal dengan manusia2 yang suka pakai sweater tgh panas mcm ni.kalau dalam tempat ada air-cond ok lg.ni mmg trend kat cni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...