Recent Posts

Posts RSS

Aku Dah Balik

Alhamdulillah, seminggu rasanya aku tak mengahadap harta tersayang aku ni, laptop. Tersangat-sangatlah rindu akan sentuhannya. Tak rela lagi aku nak berpisah.Hahahaha...begitulah kasihnya aku pada laptop aku ni. Baru becerai seminggu tu.

Al-kisahnya, sepanjang seminggu yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital akibat demam panas disamping suspek H1N1. Mulanya Isnin lepas, aku demam yang agak teruk, lalu saje je ke hospital. Sampai dihospital, setelah diperiksa pakar, aku tiada pun gejala-gejala H1N1 melainkan demam. Tapi dek kerana suhu aku mencecah 39.4 C pagi tu, jadi pakar tersebut tanpa segan silu menahan aku di wad. Lalu alang-alang dah kene tahan, aku pun suggest kat pakar agar mensuspek aku dijangkiti H1N1.

Dan alhamdulillah, demam aku tak lama, sekitar 3 hari dah surut. Dan aku berjaya mencatat rekod peribadi suhu tertinggi 39.6 C. Mengikut perancangan, Sabtu aku dah boleh check out wad VIP ni, tapi Puan Trombosit lak buat hal. Time aku nak bebas ni la die men-sikit-kan dirinya. Lalu aku pun terpaksa la melanjutkan lagi sehari percutian aku kat hospital tersebut. Dan alhamdulillah, sekitar jam 5 petang tadi (Ahad), aku berjaya jugak men-check out-kan diri aku dari situ setelah melakukan sedikit mogok terhadap misi-misi yang bertugas. Sori suster, bukan sengaje, terpakse.hehehhe...

Keputusan makmal menunjukkan hasil negative untuk H1N1. Jadi aku bersih dari penyakit tu.

Jadi aku nak berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang (yang dapat masuk dan tak dapat masuk kalau ade). Aku tak tau lak korang takleh lawat aku. Name kuarantin kan. So bagi semua, jaga diri, jaga kebersihan, jaga kesihatan. Sekarang musim sakit.

7 comments

Lagi Doktor Dipersalahkan

2 doktor, HUKM disaman RM4.1j

SHAH ALAM 10 Julai - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dua doktornya disaman RM4.1 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian seorang jurutera wanita semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian dada.

Semasa pembedahan, mereka mendakwa doktor pakar telah memotong salah satu saluran yang dipercayai berhubungan dengan saluran utama dari jantung ke sel ketumbuhan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman yang kritikal.

Berikutan itu, sekumpulan pakar jantung telah dikejar ke dewan pembedahan untuk memberi bantuan. Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan selepas didakwa kehilangan empat liter darah.

Pihak plaintif turut mendakwa pembedahan tersebut telah mengambil masa lima jam serta tiada bedah siasat dilakukan oleh HUKM untuk mengenal pasti punca kematian sebenar jurutera itu.

Diambil dari petikan Utusan Malaysia Online, 11 Julai,



Aih, inilah nasib insan bergelar doktor. Aku faham situasi kesedihan yang melanda keluarga Allayarhamah tersebut dan aku tetap berduka cita atas pemergian insan bergelar isteri dan ibu dalam keluarga kamu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan yang tersayang dalam hidup ini.

Cuma satu perkara yang aku lihat banyak terjadi diakhir-akhir ni. Apabila berlakunya sesuatu yang tidak berjaya atas kerja-kerja doktor, maka saman akan diterbitkan. Maka di dada-dada akhbar pun akan muncul cerita tentang ketidak-professional-nya doktor yang terlibat. Apa yang pasti, segala kerja yang dilakukan si doktor tersebut akan dipersalahkan 100%.

Seperti yang anda ingat beberapa bulan dahulu, kecoh mengenai laporan akhbar mengenai 2 orang doktor dilihat sedang curi tulang di hospital sedangkan di ER amat sibuk. Selepas 2,3 hari kecoh kat paper baru tahu yang 2 "pencuri tulang" tersebut adalah doktor pelatih yang baru je tamat shiftnya yang mula 8.00 pagi semalamnya dan berakhir 5:00 petang hari ini. Doktor pun ade life sendiri, bukan transfomers.

Aku terbukak hati nak menulis perkara ini. Aku penah bace luahan hati seorang doktor mengenai kes curi tulang diatas kat facebook. Aku ingat kes tu yang terakhir, rupanya ade lagi. Kenapa hanya doktor yang dipersalahkan? Terus saman. RM4.1 juta pulak tu. Ringgit Malaysia bukan Rupiah.

Kamu tahu tak betapa kejamnya waktu kerja para doktor kat hospital setiap hari. Kamu ingat mereka macam pekerja office biasa, pukul 5.00 petang boleh punch card dan segala beban tugas habis? Bila-bila masa je boleh kene panggil bertugas. Tak kire la tengah malam ke, pagi ke, hatta baru je siap punch card nak balik. Mereka semua ni merelakan life mereka dibunuh bagi memastikan kesihatan pesakit di tahap terbaik. Kalau ade kejayaan doktor menangani kes-kes biasa, ade masuk paper? Ade dapat pujian melangit dari paper? TIADA, paling baik pun hanya sekadar ucapan terima kasih dari pesakit. Tapi itu sudah mencukupi, hadiah yang terbaik bila melihat pesakit itu sembuh dan sihat seperti biasa.

Anda penah kene tengking dengan doktor? Tak penah kan? Dengan nurse mungkin la penah kene marah sebab tak makan ubat kat wad. Tapi selalu tak pesakit tengking kat doktor? Selalu kan. Doktor telah dididik dengan profesional untuk menangani situasi macam ni. Aku yakin, kalau pesakit tengking pun, doktor pasti diam je. Anda tengking-tengking doktor tu,anda tau tak berape lama die betungkus lumus belajar sampai grad pastu amik specialist lak?

Dalam semua subjek etika perubatan kat sekolah perubatan, takde satu pun point yang dinyatakan untuk membunuh pesakit. Yang ada, cuba sedaya upaya untuh menyembuhkan seterusnya proses rehabilitation. Adakah anda pasti doktor tersebut memotong arteri yang memberi tumor tersebut makanan adalah satu langkah untuk membunuh pesakitnya. TIDAK. Aku pasti itulah antara prosedur yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tumor. Dan doktor tersebut sudah diajar semasa 6 tahun kat sekolah perubatan tentang membuat keputusan dalam situasi kecemasan.

Allah itu maha berkuasa. Anda makan la ubat sepower mana pun, kalau Allah kata sembuh, maka sembuh lah. Kalau Allah perintahkan mati, maka matilah. Dalam hal ini, sebenarnya kita perlu teguhkan keimanan kita yang ke-6, qada' dan qadar. Kalau kita percaya pada rukun ke-6 ni, insyaAllah tak terjadi kes saman menyaman macam kat atas. Teringat akan satu kes kematian sekitar tahun 90an dulu dimana seorang wanita mati apabila tercampak dari roller-coster di sebuah taman tema kat Malaysia. Lalu TV3 temuramah suami dia, nak tanye apa tindakkan yang akan dilakukan terhadap taman tema tersebut. Dengan coolnye abang ni cakap,"perkara dah nak terjadi. Bukan salah sape-sape. Saye redha isteri saye pergi" Terpegun aku mendengar betapa cool dan tawaduk nya abang ni.

Buat anda diluar sana, sedarlah akan nasib doktor-doktor ni. Walaupun aku bukan la doktor lagi, tapi apabila aku membaca luahan hati seorang doktor pasal kes-kes macam ni, betul ape diorang cakap. Bukan nak dapat pujian melangit, cukuplah dengan menghargai sedikit titik peluh kami. Bagi yang berkaitan andai membaca, saya amat-amat meminta maaf sekiranya mengguris hati. Bukan nak blame saudara, sekadar nak buka sedikit pemikiran masyarakat kita.

Menjadi doktor amat memerlukan pengorbanan........

8 comments

Babi Melanggar Ukrida?

07:45 am, JUMAAT - Lobi Kampus Kedoktoran Ukrida sesak dan kecoh. Masing-masing berbicara, berbisik mengenai kekecohan situasi kampus yang amat-amat jarang berlaku ini. Masing-masing kelihatan amat berhati-hati dalam berbicara, dan tidak kurang juga sebahagian asyik mengulang kaji pelajaran tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang agak tegang dan panik. Hampir semua kuliah dan ujian dibatalkan. Para lecturer juga tidak kelihatan walau seorang kerana semuanya dipanggil untuk mengadakan rapat (mesyuarat) tergempar. Apa yang berlaku ni?

Hehehe,sesaje je buat lebih-lebih ayat kat atas. Situasi sebenarnya tidaklah setegang seperti yang digambarkan di atas. Cuma kenapa sampai macam ni sekali keadaan kampus? Ade kebakaran ke?

Sebenarnya apa yang berlaku adalah tak lain tak bukan pasal kes yang hangat sekarang-swine flu a.k.a H1N1 a.k.a selsema babi. Semua student Ukrida telah diberi peringatan mengenai penularan wabak ini memandangkan sudah terdapat beberapa kes yang berlaku. Walaupun di Indonesia masih belum seteruk di Malaysia, tetapi pencegahan harus dilakukan bermula sekarang. Maka apabila sesampainya di muka pintu kampus, terlihat semua student termasuk pak guard mengenakan masker. Cuma bebrapa kerat je yang gila kental yang tidak memakai masker termasuk aku. Bukan taknak pakai, ingatkan tak ramai pakai, malas la pakai. Karang kene perli lak.

elakkan melakukan perkara-perkara seperti diatas

Walau bagaimanapun, kes ini masih di peringkat awal. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kuliah hari ini dan esok ditunda, dan semua student terutama student Malaysia telah diingatkan berkali-kali untuk memakai masker dan cuba menjauhi tempat-tempat tumpuan ramai. Diingatkan juga untuk menggunakan sanitizer apabila menyentuh apa-apa yang awam. Sekiranya mengalami simtom-simtom H1N1, anda diminta ke hospital untuk membuat blood test. Takpe, kad insurans dah dapat kan. Siloam Hospital menanti kedatangan kita. Dan sekiranya disahkan positif, anda diminta melaporkan kepada teman serumah dan juga kepada :

Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
Jakarta
+62 81 80 88 11111

Diharapkan kita semua dapat melakukan sebarang aktiviti pencegahan terhadap diri kita sendiri, tidak kira di Indonesia mahupun Malaysia. Semoga wabak ini tidak menjadi serius di kampus sebab aku taknak extent kuliah. Aku nak balik bulan 8 ni!

4 comments

Kabinet Setuju PPSMI Dihapuskan

8 JULAI,PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sumber Berita Harian Online,

Alhamdulillah, perjuangan sebuah pertubuhan bebas baru-baru ni yang mahu kerajaan memansuhkan PPSMI menampakkan hasilnya. Post terbaru saya ni bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, cuma bersuara sebagai generasi yang bakal meneraju negara kelak, yang mempunyai sedikit buah fikiran berdasarkan pengalaman dan akal. Bukan berkata berdasarkan nafsu atau semangat mana-mana kepartian. Bab kata kawanku, Syapik, "aku neutral". Dan saya juga merupakan batch terakhir yang belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu.

Setiap perkara terdapat pro dan kontranya mengikut mengikut pandangan setiap manusia. Allah itu maha bijak mengatur kepelbagaian dalam dunia ciptaanNya. Kalau semua sama je, boring pulak kan.

antara komik-komik yang disiarkan diawal pengenalan PPSMI sedikit masa dahulu

PPSMI bagi hemat saya adalah suatu yang amat bagus dilaksanakan-cuma dengan syarat semua yang mengikutinya adalah muka-muka yang layak untuk meneruskan pembelajaran ke IPT. Nah! inilah yang menjadikan PPSMI kurang relevan dilakukan di negara kita! Kenapa saya berkata demikian. Mungkin sudah banyak alasan yang diperkatakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Hari ni saya nak berbicara secara ilmiah dan logik akalnya~mencuba untuk tidak dipengaruhi oleh sentimen kebudayaan melayu,tokoh-tokoh bahasa bagi melihat secara jujur-sejujurnya realiti demi kebaikkan kita sendiri.

Kebaikkan
Ok, saya akan menulis berdasarkan view diri saya sendiri sebagai pelajar perubatan di luar negara. Pelajar luar negara amat-amatlah beruntung dengan wujudnya PPSMI walaupun kebanyakkan mereka hanya sempat mengikutinya semasa melakukan A-Level, ataupun di matrikulasi (maksimum 2 tahun). Walaupun masa yang diambil amat pendek,sekitar setahun atau dua tetapi ia dilihat sebagai satu yang cukup untuk dijadikan persediaan disamping memperkenalkan vocab. Take note, memperkenalkan vocab ya, masih belum untuk fasa memantapkan. Apabila mereka ini berterbangan diserata dunia, sudah pasti bahasa penghantarnya Bahasa Inggeris,bukan bahasa Melayu. Nah, disinilah kelebihan itu akan dapat dilihat dan begitu-amat-terlalu dihargai! Segala bahan pembelajaran pasti akan bersangkutan dengan bahasa Inggeris.

Ok, saya belajar subjek perubatan seperti fisiologi, anatomi didalam bahasa Indonesia (Melayu la tu), tetapi kadang-kala bahasa Inggeris memang terpaksa dirujuk bagi memahami sesuatu nota. Tak dapat lari untuk menggunakan istilah Inggeris bagi kami di Indonesia nih. Maka, sering terpacul dari mulut "wah, selamat aku belajar dalam Inggeris dulu. Mudah sket aku nak paham betul-betul proses ni. Bagus gak PPSMI ni." Perkara yang sering didengari bagi kami disini.

Jangan tersenyum! Masih ada "tetapi". Tetapi, adalah perlu diingatkan, mereka-mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,kejuruteraan, bio-tech ke luar negara terdiri dari mereka-mereka yang sudah cerdik pandai. Hampir keseluruhan dari mereka mempunyai tahap bahasa Inggeris yang sudah sedia baik dari bangku sekolah. Kalau tak dapat sekurang-kurangnya band 3 Muet, takkan dapat ke luar negara kan? "TETAPI" yang inilah menjadi satu punca ketidak-relevan-nya PPSMI dilaksanakan~merupakan punca terbesar dan paling mempengaruhi! Maaf untuk dikatakan, tetapi benar, Tidak semua murid di Malaysia cerdik pandai! Statistik keputusan SPM seluruh negara masih belum mencapai 100% lulus bagi semua calon.
antara keratan komik akhbar Skor Berita Harian berkaitan PPSMI

Kelemahan
Murid yang berada di luar bandar,khususnya kampung-kampung, kawasan ulu rata-rata mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang agak lemah. Saya tidak menafikan ada diantara mereka lebih pintar dari yang di bandar, TETAPI lebih banyak yang ke sekolah hanya sebagai cukup syarat seorang budak. Perlu diingat falsafah mendidik bukan setakat untuk mengajar. Sedia maklum subjek matematik dan sains agak susah, dan jika ditukarkan ke bahasa Inggeris, maka bertambah susahlah bagi mereka yang lemah bahasa Inggeris.

Kita sememangnya mahukan generasi masa depan yang bijak pandai. Tetapi perlu diingat, jangan kerana taksub mencipta generasi masa depan yang cemerlang, ramai yang semakin ketinggalan~mewujudkan jurang pendidikan yang amat besar.

Biarkan matematik dan sains diajar didalam bahasa melayu. Bagi yang sudah cerdik pandai, tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menyesuaikan diri nanti dengan perubahan bahasa. Lebih-lebih lagi, ketika A-Level dan matrikulasi mereka akan diajar didalam bahasa Inggeris. Aih, takkan orang cerdik boleh jadi masalah bahasa ni kan? Kita mahu semua golongan anak-anak Malaysia mendapat pendidikan, pemahaman yang sempurna dan saksama bagi mereka. Kesian la ke budak-budak kampung. Mereka pun nak berjaya.

Memang diketahui bahawa bahasa Inggeris amat berguna. saya sendiri melihat bagaimana budaya masyarakat Indonesia yang agak lemah berbahasa Inggeris memberi permasalahan yang besar dalam kehidupan apabila berdepan dengan dunia luar. Siaran filem barat di televisyen pun kena alih bahasa. Jadi bagi saya, jalan terbaik, mantapkan pengajaran subjek Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Sudah cukup dengan satu subjek tersebut. Hanya tinggal mahu perkasakan ia lagi.

Semoga apa yang diputuskan oleh kabinet ini memberi satu lembaran baru bagi dunia pendidikan Malaysia~walaupun kurang disenangi Tun Dr Mahathir. Kita perlu kembali kepada falsafah pendidikan-mendidik, bukannya sekadar mengajar.

0 comments

Jom Makan di Asrama

Kalau ingat-ingat zaman muda-muda dulu kalau kat asrama, selain kantin, dewan makan jela yang jadi sumber makanan setiap hari walaupun menu yang sama,tak sedap. Itulah makanan yang mengisi perut kami selama 5 tahun, lame tu kalau dikira-kira,dan kat situ jugak tempat kami beramah mesra dengan akak dewan makan-agar boleh dapat buah extra, takpun dapat ayam 2 ketul ke. Hari ni hari Khamis. Menu makan tengahari hari Khamis merupakan antara yang boleh tahan sedap la antara hari-hari lain. Menunya

Hari Khamis
Kari daging (kadang-kadang pekat,kadang-kadang cair)
Sayur kangkung
Buah Jambu Batu (biji jambu tu kami kikis guna hujung tray besi)
Air Masak

Kari daging asrama boleh tahan sedap. Selalunya, ramai budak-budak puasa sunat Khamis. Jadi time makan tengahari tu, kami pun menghulur tupperware, nak isi lauk kari tu sebab lauk makan malam tak sedap (tauhu kuah air!). Kelebihan baik dengan akak dewan makan (mak cu, kak nor), = boleh dapat reserve lauk tanpa interview yang panjang lebar. Hulur tupperware, cakap untuk 5 orang, dia pun sengih sambil mengisi. Siap dapat extra lagi. Tapi bagi yang kurang familiar ngan akak-akak ni, mesti kene soal siasat dulu, takut diorang tipu. Tu la junior-junior ni, lain kali peramah skit ngan orang sekeliling.

Hari khamis makan memang puas. Kira cukup rasa la kari tu. Dah la bayar singgit je untuk sehari. Nasi penuh satu tray. Makan pagi lagi, lunch, petang, dinner, supper. Tu yang gemuk duduk kat asrama ni. Tapi sekarang, bila dah bergelar x-student, mana nak cari makan murah macam tu. Conform tak dapat. Bagi adik-adik yang bakal makan tengahari jap lagi, selamat menjamu selera. Ucapan ikhlas dari senior anda yang rindukan makanan harian anda..

Dewan Makan Tahap tahun 2006

8 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...