Recent Posts

Posts RSS

Lagi Doktor Dipersalahkan

2 doktor, HUKM disaman RM4.1j

SHAH ALAM 10 Julai - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dua doktornya disaman RM4.1 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian seorang jurutera wanita semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian dada.

Semasa pembedahan, mereka mendakwa doktor pakar telah memotong salah satu saluran yang dipercayai berhubungan dengan saluran utama dari jantung ke sel ketumbuhan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman yang kritikal.

Berikutan itu, sekumpulan pakar jantung telah dikejar ke dewan pembedahan untuk memberi bantuan. Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan selepas didakwa kehilangan empat liter darah.

Pihak plaintif turut mendakwa pembedahan tersebut telah mengambil masa lima jam serta tiada bedah siasat dilakukan oleh HUKM untuk mengenal pasti punca kematian sebenar jurutera itu.

Diambil dari petikan Utusan Malaysia Online, 11 Julai,



Aih, inilah nasib insan bergelar doktor. Aku faham situasi kesedihan yang melanda keluarga Allayarhamah tersebut dan aku tetap berduka cita atas pemergian insan bergelar isteri dan ibu dalam keluarga kamu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan yang tersayang dalam hidup ini.

Cuma satu perkara yang aku lihat banyak terjadi diakhir-akhir ni. Apabila berlakunya sesuatu yang tidak berjaya atas kerja-kerja doktor, maka saman akan diterbitkan. Maka di dada-dada akhbar pun akan muncul cerita tentang ketidak-professional-nya doktor yang terlibat. Apa yang pasti, segala kerja yang dilakukan si doktor tersebut akan dipersalahkan 100%.

Seperti yang anda ingat beberapa bulan dahulu, kecoh mengenai laporan akhbar mengenai 2 orang doktor dilihat sedang curi tulang di hospital sedangkan di ER amat sibuk. Selepas 2,3 hari kecoh kat paper baru tahu yang 2 "pencuri tulang" tersebut adalah doktor pelatih yang baru je tamat shiftnya yang mula 8.00 pagi semalamnya dan berakhir 5:00 petang hari ini. Doktor pun ade life sendiri, bukan transfomers.

Aku terbukak hati nak menulis perkara ini. Aku penah bace luahan hati seorang doktor mengenai kes curi tulang diatas kat facebook. Aku ingat kes tu yang terakhir, rupanya ade lagi. Kenapa hanya doktor yang dipersalahkan? Terus saman. RM4.1 juta pulak tu. Ringgit Malaysia bukan Rupiah.

Kamu tahu tak betapa kejamnya waktu kerja para doktor kat hospital setiap hari. Kamu ingat mereka macam pekerja office biasa, pukul 5.00 petang boleh punch card dan segala beban tugas habis? Bila-bila masa je boleh kene panggil bertugas. Tak kire la tengah malam ke, pagi ke, hatta baru je siap punch card nak balik. Mereka semua ni merelakan life mereka dibunuh bagi memastikan kesihatan pesakit di tahap terbaik. Kalau ade kejayaan doktor menangani kes-kes biasa, ade masuk paper? Ade dapat pujian melangit dari paper? TIADA, paling baik pun hanya sekadar ucapan terima kasih dari pesakit. Tapi itu sudah mencukupi, hadiah yang terbaik bila melihat pesakit itu sembuh dan sihat seperti biasa.

Anda penah kene tengking dengan doktor? Tak penah kan? Dengan nurse mungkin la penah kene marah sebab tak makan ubat kat wad. Tapi selalu tak pesakit tengking kat doktor? Selalu kan. Doktor telah dididik dengan profesional untuk menangani situasi macam ni. Aku yakin, kalau pesakit tengking pun, doktor pasti diam je. Anda tengking-tengking doktor tu,anda tau tak berape lama die betungkus lumus belajar sampai grad pastu amik specialist lak?

Dalam semua subjek etika perubatan kat sekolah perubatan, takde satu pun point yang dinyatakan untuk membunuh pesakit. Yang ada, cuba sedaya upaya untuh menyembuhkan seterusnya proses rehabilitation. Adakah anda pasti doktor tersebut memotong arteri yang memberi tumor tersebut makanan adalah satu langkah untuk membunuh pesakitnya. TIDAK. Aku pasti itulah antara prosedur yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tumor. Dan doktor tersebut sudah diajar semasa 6 tahun kat sekolah perubatan tentang membuat keputusan dalam situasi kecemasan.

Allah itu maha berkuasa. Anda makan la ubat sepower mana pun, kalau Allah kata sembuh, maka sembuh lah. Kalau Allah perintahkan mati, maka matilah. Dalam hal ini, sebenarnya kita perlu teguhkan keimanan kita yang ke-6, qada' dan qadar. Kalau kita percaya pada rukun ke-6 ni, insyaAllah tak terjadi kes saman menyaman macam kat atas. Teringat akan satu kes kematian sekitar tahun 90an dulu dimana seorang wanita mati apabila tercampak dari roller-coster di sebuah taman tema kat Malaysia. Lalu TV3 temuramah suami dia, nak tanye apa tindakkan yang akan dilakukan terhadap taman tema tersebut. Dengan coolnye abang ni cakap,"perkara dah nak terjadi. Bukan salah sape-sape. Saye redha isteri saye pergi" Terpegun aku mendengar betapa cool dan tawaduk nya abang ni.

Buat anda diluar sana, sedarlah akan nasib doktor-doktor ni. Walaupun aku bukan la doktor lagi, tapi apabila aku membaca luahan hati seorang doktor pasal kes-kes macam ni, betul ape diorang cakap. Bukan nak dapat pujian melangit, cukuplah dengan menghargai sedikit titik peluh kami. Bagi yang berkaitan andai membaca, saya amat-amat meminta maaf sekiranya mengguris hati. Bukan nak blame saudara, sekadar nak buka sedikit pemikiran masyarakat kita.

Menjadi doktor amat memerlukan pengorbanan........

8 comments:

Nadhirah Ahmad said...

ak xprnh pun mrh dktor.... jd ak xtra ati r..nhehhe

Redz da Tsar said...

huhu...
diorang ingat doc tuhan yang 100% sempurna...

zoe sawyer said...

keje doc ni keje mulia..bnyk pengorbanan..
org laen patot phm
dulu xde pun kes2 mcm ni sbb org lebih berperikemanusiaan n pk dgn lebih empati
skg ni .. zaman da berubah
smue nk untng dgn care kejam~
ntahla
sabo je laaaa

permata said...

Seorg Ir b'bual dgn seorg Dr:

Ir: Dr, aku tengok gaji ko tinggi betul, ko keje camne ek?

Dr: Aku keje bedah org..

Ir: Ek eleh, aku pun bedah gak, bedah kete. Patut gaji aku sama tinggi dgn gaji ko.

Dr: Cube ko bedah kete dlm keadaan enjin kete tu berfungsi. Ada sanggup???

Ir: Erk..

Pengajaran: Takde sorang Dr pun yg bedah pesakit yg dah mati melainkan bedah siasat..

Dan takde sorang pun Ir yg bedah kete yg tengah hidup kecuali test start enjin.. (entah, tak tahu ada ke tak)

Jadi, hargailah Dr.. :)

FaRaH AiN said...

siannye org jd doc..
dah tu, spe suro jd doctr?

Anonymous said...

hahahaha kesian2...sapa suh jd dokter kan...pedas ayat kat ats ni...sabor2 je la ek...ramai yg senasib...kerja mulia banyak pahalanya..
skrng ni sape nk cepat kaya saman org...konpem kaya...

Anonymous said...

rajin2 lah kekuliah er jgn tido kat blik...

Anonymous said...

hehe...btol 2 ain..spe suwoh jd dr kn...bljar ssh...keje pon ssh...hehe..adess..tp,ape2 pon..aku mang respek insan yg begelar doktor...bkn sng nk jd dr...kalo xde dorg,sape yg nk rawat pesakit..xkn nk suruh ir lak kn...hehe..
bak kt c penulis ni(sahabat santunian),"Allah itu maha berkuasa. Anda makan la ubat sepower mana pun, kalau Allah kata sembuh, maka sembuh lah. Kalau Allah perintahkan mati, maka matilah. Dalam hal ini, sebenarnya kita perlu teguhkan keimanan kita yang ke-6, qada' dan qadar."...aku sokong 100%...setiap ape yg blaku,pasti ad hikmah kn..(^____^)~ejaBatch2~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...