Kabinet Setuju PPSMI Dihapuskan
Posted by Lokman Hakim at 7/08/2009 02:19:00 PM
8 JULAI,PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Sumber Berita Harian Online,
Alhamdulillah, perjuangan sebuah pertubuhan bebas baru-baru ni yang mahu kerajaan memansuhkan PPSMI menampakkan hasilnya. Post terbaru saya ni bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, cuma bersuara sebagai generasi yang bakal meneraju negara kelak, yang mempunyai sedikit buah fikiran berdasarkan pengalaman dan akal. Bukan berkata berdasarkan nafsu atau semangat mana-mana kepartian. Bab kata kawanku, Syapik, "aku neutral". Dan saya juga merupakan batch terakhir yang belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu.
Setiap perkara terdapat pro dan kontranya mengikut mengikut pandangan setiap manusia. Allah itu maha bijak mengatur kepelbagaian dalam dunia ciptaanNya. Kalau semua sama je, boring pulak kan.
antara komik-komik yang disiarkan diawal pengenalan PPSMI sedikit masa dahulu
PPSMI bagi hemat saya adalah suatu yang amat bagus dilaksanakan-cuma dengan syarat semua yang mengikutinya adalah muka-muka yang layak untuk meneruskan pembelajaran ke IPT. Nah! inilah yang menjadikan PPSMI kurang relevan dilakukan di negara kita! Kenapa saya berkata demikian. Mungkin sudah banyak alasan yang diperkatakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Hari ni saya nak berbicara secara ilmiah dan logik akalnya~mencuba untuk tidak dipengaruhi oleh sentimen kebudayaan melayu,tokoh-tokoh bahasa bagi melihat secara jujur-sejujurnya realiti demi kebaikkan kita sendiri.
Kebaikkan
Ok, saya akan menulis berdasarkan view diri saya sendiri sebagai pelajar perubatan di luar negara. Pelajar luar negara amat-amatlah beruntung dengan wujudnya PPSMI walaupun kebanyakkan mereka hanya sempat mengikutinya semasa melakukan A-Level, ataupun di matrikulasi (maksimum 2 tahun). Walaupun masa yang diambil amat pendek,sekitar setahun atau dua tetapi ia dilihat sebagai satu yang cukup untuk dijadikan persediaan disamping memperkenalkan vocab. Take note, memperkenalkan vocab ya, masih belum untuk fasa memantapkan. Apabila mereka ini berterbangan diserata dunia, sudah pasti bahasa penghantarnya Bahasa Inggeris,bukan bahasa Melayu. Nah, disinilah kelebihan itu akan dapat dilihat dan begitu-amat-terlalu dihargai! Segala bahan pembelajaran pasti akan bersangkutan dengan bahasa Inggeris.
Ok, saya belajar subjek perubatan seperti fisiologi, anatomi didalam bahasa Indonesia (Melayu la tu), tetapi kadang-kala bahasa Inggeris memang terpaksa dirujuk bagi memahami sesuatu nota. Tak dapat lari untuk menggunakan istilah Inggeris bagi kami di Indonesia nih. Maka, sering terpacul dari mulut "wah, selamat aku belajar dalam Inggeris dulu. Mudah sket aku nak paham betul-betul proses ni. Bagus gak PPSMI ni." Perkara yang sering didengari bagi kami disini.
Jangan tersenyum! Masih ada "tetapi". Tetapi, adalah perlu diingatkan, mereka-mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,kejuruteraan, bio-tech ke luar negara terdiri dari mereka-mereka yang sudah cerdik pandai. Hampir keseluruhan dari mereka mempunyai tahap bahasa Inggeris yang sudah sedia baik dari bangku sekolah. Kalau tak dapat sekurang-kurangnya band 3 Muet, takkan dapat ke luar negara kan? "TETAPI" yang inilah menjadi satu punca ketidak-relevan-nya PPSMI dilaksanakan~merupakan punca terbesar dan paling mempengaruhi! Maaf untuk dikatakan, tetapi benar, Tidak semua murid di Malaysia cerdik pandai! Statistik keputusan SPM seluruh negara masih belum mencapai 100% lulus bagi semua calon.
antara keratan komik akhbar Skor Berita Harian berkaitan PPSMI
Kelemahan
Murid yang berada di luar bandar,khususnya kampung-kampung, kawasan ulu rata-rata mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang agak lemah. Saya tidak menafikan ada diantara mereka lebih pintar dari yang di bandar, TETAPI lebih banyak yang ke sekolah hanya sebagai cukup syarat seorang budak. Perlu diingat falsafah mendidik bukan setakat untuk mengajar. Sedia maklum subjek matematik dan sains agak susah, dan jika ditukarkan ke bahasa Inggeris, maka bertambah susahlah bagi mereka yang lemah bahasa Inggeris.
Kita sememangnya mahukan generasi masa depan yang bijak pandai. Tetapi perlu diingat, jangan kerana taksub mencipta generasi masa depan yang cemerlang, ramai yang semakin ketinggalan~mewujudkan jurang pendidikan yang amat besar.
Biarkan matematik dan sains diajar didalam bahasa melayu. Bagi yang sudah cerdik pandai, tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menyesuaikan diri nanti dengan perubahan bahasa. Lebih-lebih lagi, ketika A-Level dan matrikulasi mereka akan diajar didalam bahasa Inggeris. Aih, takkan orang cerdik boleh jadi masalah bahasa ni kan? Kita mahu semua golongan anak-anak Malaysia mendapat pendidikan, pemahaman yang sempurna dan saksama bagi mereka. Kesian la ke budak-budak kampung. Mereka pun nak berjaya.
Memang diketahui bahawa bahasa Inggeris amat berguna. saya sendiri melihat bagaimana budaya masyarakat Indonesia yang agak lemah berbahasa Inggeris memberi permasalahan yang besar dalam kehidupan apabila berdepan dengan dunia luar. Siaran filem barat di televisyen pun kena alih bahasa. Jadi bagi saya, jalan terbaik, mantapkan pengajaran subjek Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Sudah cukup dengan satu subjek tersebut. Hanya tinggal mahu perkasakan ia lagi.
Semoga apa yang diputuskan oleh kabinet ini memberi satu lembaran baru bagi dunia pendidikan Malaysia~walaupun kurang disenangi Tun Dr Mahathir. Kita perlu kembali kepada falsafah pendidikan-mendidik, bukannya sekadar mengajar.
Labels: Pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment