Harimau Malaya Mengaum di Gelora Bung Karno
Posted by Lokman Hakim at 12/30/2010 04:45:00 PM
29 Disember 2010 merupakan tarikh keramat bagi penyokong Malaysia kerana buat pertama kalinya berjaya merangkul piala AFF Suzuki Cup setelah berjaya mengalahkan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2. Lebih manis lagi pasukan kebangsaan menjulang trofi kemenangan dihadapan 90,000 penyokong lawan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta. Sekali lagi dengan jersey "tuah" biru malaysia bersama dengan seluar home yang memang tak matching. Layan je lah!
Akhirnya semua penyokong Malaysia dipindahkan ke ruang VVIP dan menambahkan lagi kekecewaan apabila dibelasah 5-1. Untuk pengetahuan, penyokong Malaysia terpaksa dibawa keluar dari stadium menggunakan bas dan terus dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia. Kesimpulan dari perlawanan ini, saya merasa penyokong Malaysia tidak sepatutnya ke stadium di Jakarta sekiranya perlawanan membabitkan Malaysia dan Indonesia demi keselamatan anda.
Bermula dari perlawanan ini, Indonesia semakin menunjukkan kehebatan mereka. Dipendekkan cerita Indonesia berjaya layak ke final dan takdir telah menemukan sekali lagi dengan Malaysia. Pelbagai kontroversi antara 2 negara ini memanaskan lagi keadaan. Tak perlu cerita dengan panjang, akhirnya Malaysia menang. Itu sahaja.
Sebelum perlawanan akhir berlangsung, macam-macam perkara terjadi. Saya akan menceritakan sedikit-sebanyak ragam yang berlaku sepanjang persiapan menjelang final di Jakarta di posting selepas ini.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada Pasukan Malaysia atas kemenangan ini. Ia membuatkan kami di Jakarta ini akan senyum selama berminggu-minggu apabila keluar dari rumah. Syabas!
Kemenangan ini tidak hanya sekadar sebuah kemenangan biasa. Pelbagai kontroversi berlaku sepanjang sebulan kejohanan berlangsung yang menambahkan lagi kemanisan kemenangan ini. Segalanya bermula sebulan yang lalu dimana perlawanan pembukaan Indonesia vs Malaysia menyaksikan Malaysia dibelasah 5-1. Pada ketika itu, saya dan teman-teman pelajar Malaysia di Jakarta datang ke stadium Gelora Bung Karno untuk menyaksikan perlawanan.
Pada mulanya kami menyangka penyokong Malaysia ramai yang hadir tetapi rupa-rupanya hanya sekitar 50 orang. Ketegangan telah berlaku sejak lagu Negaraku dimainkan. Sememangnya saya akui tidak merasa selamat ketika itu kerana penyokong Indonesia telah mula membaling botol, plastik air ke arah kami seawal 5 minit perlawanan. Seorang penyokong Indonesia dengan berani menghampiri kumpulan penyokong Malaysia dan memprovokasi kami dengan kata-kata yang penuh dengan caci maki.
Pada mulanya kami menyangka penyokong Malaysia ramai yang hadir tetapi rupa-rupanya hanya sekitar 50 orang. Ketegangan telah berlaku sejak lagu Negaraku dimainkan. Sememangnya saya akui tidak merasa selamat ketika itu kerana penyokong Indonesia telah mula membaling botol, plastik air ke arah kami seawal 5 minit perlawanan. Seorang penyokong Indonesia dengan berani menghampiri kumpulan penyokong Malaysia dan memprovokasi kami dengan kata-kata yang penuh dengan caci maki.
Akhirnya semua penyokong Malaysia dipindahkan ke ruang VVIP dan menambahkan lagi kekecewaan apabila dibelasah 5-1. Untuk pengetahuan, penyokong Malaysia terpaksa dibawa keluar dari stadium menggunakan bas dan terus dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia. Kesimpulan dari perlawanan ini, saya merasa penyokong Malaysia tidak sepatutnya ke stadium di Jakarta sekiranya perlawanan membabitkan Malaysia dan Indonesia demi keselamatan anda.
Bermula dari perlawanan ini, Indonesia semakin menunjukkan kehebatan mereka. Dipendekkan cerita Indonesia berjaya layak ke final dan takdir telah menemukan sekali lagi dengan Malaysia. Pelbagai kontroversi antara 2 negara ini memanaskan lagi keadaan. Tak perlu cerita dengan panjang, akhirnya Malaysia menang. Itu sahaja.
Sebelum perlawanan akhir berlangsung, macam-macam perkara terjadi. Saya akan menceritakan sedikit-sebanyak ragam yang berlaku sepanjang persiapan menjelang final di Jakarta di posting selepas ini.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada Pasukan Malaysia atas kemenangan ini. Ia membuatkan kami di Jakarta ini akan senyum selama berminggu-minggu apabila keluar dari rumah. Syabas!
Labels: Kehidupanku di perantauan, Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment