Recent Posts

Posts RSS

Jangan Bagitau Mak Saya


Don't Tell My Mother merupakan sebuah rancangan dokumentari berkaitan traveling yang disiarkan di saluran Nat Geo Adventure, di hos kan oleh Diego Bunuel yang mempunyai wajah iras-iras Asthon Kutcher. Traveling yang dilakukan didalam rancangan ini bukan sebarang traveling dimana pihak rancangan berkunjung ke wilayah-wilayah bergolak serta berbahaya seperti Afghanistan, Palestin, Congo, Korea Utara, Johannesburg, Balkans, dan yang sewaktu dengannya.

Ironinya, tajuk rancangan ini sangat-sangat bertepatan dengan situasi sebenar di dunia ini-"Jangan bagitau mak saya yang saya nak pergi ke tempat-tempat yang bahaya". Saya sangat mengakui ia, sungguh jarang sekali saya akan memberitahu kepada Ibu saya apabila mahu melakukan sesuatu perjalanan atau kegiatan yang sedikit berbahaya atau berisiko. Perkara ini bukan sahaja berlaku didalam diri saya sendiri malah teman-teman saya turut mengatakan perkara yang sama, tidak memberitahu kepada ibu melainkan kepada bapa sahaja.

Kenapa Ibu tidak Bapa? Kerana sifat sayang dan risau berlakunya sesuatu kepada anaknya mendorong ibu melarang kita melakukan aktiviti-aktiviti berisiko. Kenapa bapa tidak kisah? Rasa ragu akan tahap keselamatan anak masih ada sekelumit dalam diri seorang bapa namun kerana dia adalah lelaki, memahami dan tahu anak lelakinya mampu berdikari dalam menghadapi keadaan-keadaan sulit. Bapa sekadar bertanya tahap keselamatan bagaimana, ada bantuan atau tidak sekiranya berlaku sebarang kesulitan dan sekiranya dia berpuas hati dengan jaminan keselamatan yang diberikan maka cukup untuk meyakinkan dia.

Hampir 4 tahun saya menuntut di IPT, saya rasa sudah banyak aktiviti yang dilakukan diluar pengetahun ibu melainkan bapa sahaja. Snorkeling, rafting, hiking dan macam-macam lagi. Betul kata rancangan tersebut, Don't Tell My Mother dan diakhir iklan rancangan tersebut dipaparkan scene ibu kepada hos menjerit marah apabila hos terkantoi berkunjung ke wilayah berbahaya.

p/s: tidak beritahu ibu tidak bermakna tidak sayangkan ibu, cuma skill untuk dapat kebenaran, Sekurang-kurannya ayah dah tahu kan. Bila ibu melarang dan kita still mahu melakukannya, nanti akan timbul rasa tidak sedap hati. Saya sayang ibu saya....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...