Recent Posts

Posts RSS

Cabaran Rafting di Sukabumi


Pada 27 Disember 2010, saya dan 13 rakan-rakan kampus telah bersama-sama ber-rafting mengharungi Sungai Citarik yang terletak di Sukabumi. Hanya gambar dapat mengekspresikan betapa seronok dan excitednya kami ber-rafting. Jom tengok gambar-gambar rafting!






Jarak yang kami tempuhi adalah sejauh kira-kira 9km yang mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam untuk sampai ke finish line. Sebanyak 23 jeram (arus liar) yang perlu ditempuhi sepanjang 9km sungai ini.






Tahap difficulty rafting yang kami lalui adalah di level 3 (intermediate) dimana level 6 merupakan level paling tinggi. Kami dibahagi kepada 3 bot dengan ditemani seorang instruktur bagi setiap bot.






Ini adalah teman-teman yang turut serta ber-rafting. Ada batch 2008, 2009 dan 2010. Bayaran yang dikenakan hanya sekitar Rm70 per orang termasuk sewa peralatan, instruktur, welcome drinks dan makan tengahari. Boleh dikatakan harga yang agak murah.

Ketika kumpulan kami ber-rafting, terdapat satu lagi kumpulan turut sama ber-rafting. Dan di jadikan cerita 3 gadis dari kumpulan tersebut terjatuh ke dalam air lalu dihanyutkan oleh arus yang deras. Terjadilah drama umpama filem Hollywood apabila team penyelamat mendayung dengan cukup bergaya dan macho mengejar mangsa yang dihanyutkan itu dan menangkap seorang demi seorang seperti menangkap anak kucing. Mantap!

Kesimpulannya, sangat seronok rafting ni. Lagi-lagi ketika menempuh jeram yang agak dalam dan tinggi kerana kita pada ketika itu bergerak laju dan akan terhempas dengan kuat. Fuh, kalau tak percaya, cubalah sekali, pasti nak lagi. Mantap!

2 comments:

Maklang said...

wa.. bgusnye pkai handsocks. sbb ikut kod aurat prmpuan atau tkt gelap? ha...

Lokman Hakim said...

takut sejuk 20%
taknak gelap 80%...hahaha...
sebab nnt akan ada org y xberhenti2 kutuk sunburn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...