Pasca-Perlawanan Akhir 1st Leg AFF Suzuki Cup 2010
Posted by Lokman Hakim at 12/27/2010 12:45:00 AM
Tahniah! Pasukan Malaysia yang dianggap sebagai underdog berjaya menumpaskan pasukan Indonesia dengan jaringan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Syabas diucapkan walaupun insiden gangguan pancaran laser sedikit mencacatkan kemenangan.
Saya tidak pandai menganalisis perlawanan apatah lagi memberi komen mengenai taktikal yang telah digunapakai didalam perlawanan sebentar tadi. Posting saya disini hanyalah ingin menceritakan sedikit sebanyak keadaan di Jakarta setelah perlawanan tamat.
Seperti yang dikatakan diatas, topik pancaran laser menjadi tajuk hangat seusai perlawanan tamat. Sebagai contoh, di twitter, terdapat usaha-usaha dari penyokong untuk menjadikan topik #malaysiacheatlaser sebagai trending topic paling popular lalu menengelamkan berita kemenangan Malaysia. Ini terbukti apabila berita ini menjadi berita paling populer di laman berita online Kompas.com. Dengan kapasiti penduduk 10 kali ganda memungkinkan ia terjadi, ditambah pula di Indonesia penggunaan Blacberry adalah suatu yang umum berbanding di Malaysia.
Di akhbar-akhbar online dan forum Kaskus (forum utama di Indonesia) pelbagai tajuk berita diwujudkan yang rata-rata menyalahkan pancaran laser sebagai punca kekalahan. Hanya satu perbincangan sahaja yang saya ketemui setakat ini yang tidak membincangkan mengenai laser melainkan kesalahan pemain dan taktikal yang diguna pakai.
30 minit setelah perlawanan, sengaja saya jalan-jalan disekitar taman perumahan di Jakarta untuk melihat ragam penonton. Rata-rata dari penyokong baik Malaysia mahupun Indonesia telah pulang, hanya tinggal siaran Manchester United vs Sunderland sahaja. Tidak ada sebarang sambutan kegembiraan kelihatan. 3 kali kami disapa jiran-jiran sekitar dengan sapaan "Wah, Malaysia menang ya". Saya hanya tersenyum dan terus tersenyum sahaja. Berdiam itu lebih baik!
Begitu lah keadaan di Jakarta pada malam ini. Kedengaran ada provokasi-provokasi dilontarkan kepada mahasiswa Malaysia namun itu adat di negara orang dan tiada kekecohan terjadi. Sejujurnya saya juga selaku penyokong Malaysia tidak senang dengan insiden pancaran laser sebentar tadi. Namun begitu,perkara sudah berlaku. Biarkan pihak berwajib menjalankan tugasan mereka untuk menahan si pelaku. Malaysia dan Indonesia mempamirkan perlawanan yang cukup baik tetapi malam ini Malaysia bermain lebih baik kerana di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri dan semangat membalas dendam setelah dibelasah 5-1 tempoh hari.
Walaupun begitu, football just a game. Biarkan permusuhan habis di padang sahaja. Saya tidak mahu perkara ini berlanjutan yang boleh menggangu persahabatan Malaysia dan Indonesia. Rugi dan malu kepada negara-negara maju melihat kita negara yang membangun ini bergaduh hanya kerana bola sepak. Baik penyokong Malaysia ataupun Indonesia, semangat kesukanan itu lebih penting. Menang kalah adat pertandingan. Damai itu indah!

Labels: Kehidupanku di perantauan, Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment