Pra-Perlawanan Akhir AFF Suzuki Cup 2010
Posted by Lokman Hakim at 12/25/2010 10:42:00 AM
26 dan 29 Disember 2010 akan mencatatkan satu lagi sejarah perlawanan El Clasico Asean dimana 2 pasukan seteru utama akan bertemu di perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010. Jika di Sepanyol ada Barcelona dan Real Madrid, di Asean kita ada Malaysia dan Indonesia.
2 negara serumpun tapi berbeza fahaman politik menambahkan lagi rempah kehangatan perlawanan, persis seperti Barcelona dan Real Madrid. Kehangatan "permusuhan" tidak hanya di atas padang tetapi juga berlaku di jalanan, warung-warung kopi. Saya tidak mahu menyentuh isu-isu polemik kerajaan/pemerintah diantara kedua-dua negara melainkan hanya mengfokuskan pada "peperangan" 26 dan 29 Disember ini sahaja.
Malaysia dan Indonesia tidak pernah memenangi kejohanan bolasepak Asean yang telah diadakan sejak tahun 1996 dan perlawanan akhir ini akan menentukan negara manakah yang akan pertama kali menyertai Vietnam, Thailand serta Singapura selaku juara kejohanan bagi edisi-edisi sebelumnya. Suka saya di sini meng-review suasana persiapan masyarakat Indonesia menghadapi perlawanan hangat ini dari kacamata seorang penyokong Malaysia.
JAKARTA
Perkataan "Ganyang Malaysia" menjadi slogan utama masyarakat terutama anak muda bagi perlawanan ini. Ini mungkin kerana pasukan Malaysia dibelasah oleh Indonesia 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari. Sekiranya anak-anak muda ini bertemu pelajar Malaysia pasti perkataan "5-1", "ganyang Malaysia" akan dilaungkan. Kami sekadar mendiamkan diri atau sesekali senyum sahaja. Melawan karang ada yang masuk hospital.
Saban hari berita dan dokumentari mengenai setiap pemain timnas Indonesia disiarkan. Keluarga seorang demi seorang pemain ditemuramah malah hinggakan jiran pemain turut ditemuramah. Ini menunjukkan betapa masyarakat disini sangat gembira dan bangga dengan pencapaian timnas mereka layak ke perlawanan akhir.
Di tepi-tepi jalan, di pasar pagi, di stadium, di mana-mana sahaja jersey merah timnas Indonesia dijual oleh kerana permintaan yang sangat tinggi. Jersey bernama Gonzales, Irfan Bachdim, Okto, Bambang Pamungkas menjadi pelaris utama penjualan. Hinggakan berita jualan jersey "sold-out" turut berjaya menempatkan diri didalam kolum akhbar utama. Mantap! Jualan jersey dan t-shirt timnas turut menjadi bahan jualan online utama di website-website tempatan. Jumlah penduduk seramai 220 juta pasti memberi pulangan yang lumayan bagi peniaga. Ditambah pula harga jualan yang murah sekitar RM7.00 untuk sehelai jersey membuatkan ramai yang tidak berfikir panjang untuk membelinya.
Perang psikologi terus-terusan dimainkan didada akhbar dan forum tempatan. Kadang-kala berita yang remeh turut dimasukkan didalam akhbar utama disini semata-mata untuk menaikkan semangat penyokong, mungkin juga dapat menambahkan lagi kebencian antara kedua negara. Pelbagai ragam perbincangan dapat dilihat di forum maya dari hal yang berfakta hinggakan perkara yang tidak masuk akal seperti "Irfan Bachdim diklaim oleh Malaysia". Namun begitu mereka-meraka yang mempunyai tingkat edukasi yang tinggi disini seringnya mengabaikan sahaja berita sedemikian. Tidak mengapa, adat alam maya-alam tiada sempadan. Apa-apa sahaja boleh disiarkan. Hanya segelintir golongan sahaja yang mudah terpancing dengan berita sedemikian. Saya percaya masih ramai teman-teman Indonesia saya di luar sana tidak mudah terprovokasi dengan hal seremeh ini.
Berikut merupakan sebahagian suasana pra perlawanan akhir yang akan berlangsung malam esok. Saya kurang tahu bagaimana sambutan masyarakat Malaysia akan perlawanan ini, adakah semeriah dan sefanatik penyokong tegar "sang Garuda". Namun apa yang pasti, sebagai penyokong Malaysia, saya mengharapkan negara kita memperolehi kemenangan. Tapi apa yang lebih penting, saya mengharapkan kedua-dua penyokong menjaga semangat kesukanan masing-masing. Elakkan berlakunya hal-hal negatif kerana kita semuanya bersaudara. Adakah saya akan ke Stadium Gelora Bung Karno 29 Disember ini? Oh pastinya tidak kerana saya dah serik pada perlawanan sebelum ini.
p/s: Semoga maju jaya buat pasukan Malaysia. Menang atau kalah adat perlawanan yang penting semangat kesukanan itu diutamakan. Jangan menang bersorak kampung tergadai. Majulah sukan untuk negara.
Labels: Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
smbutannya dgn men fb dan bca blog pklng...
Like...insyaALLAH berkat usaha dan kesabaran..Malaysia menang. Yang pasti perkataan MALAYSIA adalah perkataan paling banyak disebut nanti. Indon kata "Ganyang Malaysia". Malaysia kata "Malaysia boleh". Hehe
duk kat sini kekadar melihat gelagat orang.malas nak cakap lebih2, nanti mengguris hati org. apelah sgt bola sepak berbanding ukhuah kan.biarkan y tidak bertamadun pergi dgn kebodohan mereka.y cerdik pandai ada otak untuk berfikir...lihat dari semua ini dan jadikan sbg pengajaran.peace
Post a Comment