Boys & Girls Unlimited Entertainment
Posted by Lokman Hakim at 12/19/2011 04:39:00 PM
Jumaat lepas aku diminta unuk pergi ke Self Achievement Motivation Training 3 hari 2 malam di Hotel Park Lane, Casablanca anjuran Mara Jakarta. Bukan selalu dapat duduk kat hotel mahal-mahal ni kan, so pergi jelah. Boleh juga jadi percutian merehatkan minda setelah 3 minggu yang melelahkan study menghadapi exam OSCE serta Blok Emergency Medicine 1.
Bukan nak cerita pasal seminar cuma nak cerita satu perkara yang menarik berlaku masa seminar. Malam Sabtu tu, aku still tengah berurusan nak beli tiket flight balik Malaysia so aku memerlukan atm. Sementara bath tub penuh, aku turun lobi kejap nak cari atm. Receptionist kate atm terdekat kat bangunan sebelah, dalam hotel ada satu je, itu pun syarikat bank yang tak pernah dengar nama.
Maka pergilah aku jalan kaki ke atm tersebut. Setelah selesai urusan, aku balik ke hotel. Bilik kat tingkat 11 so tunggu lif. Ting, lif berbunyi, maka ada seorang lelaki keluar dari lif. Tetiba dia hulurkan sekeping kad sambil tersenyum kata 'maaf mas'. Aku tak tengok kad apa ambil jela dulu sebab nak masuk lif then letak dalam poket.
Dalam lif, aku keluarkan semula kad tu;
Damn, berdasarkan ayat serta gambar kad ni aku suspect ni mesti pelacur dan yang bagi kad tadi bapa ayam.
p/s: roommate aku kata call jela orang ni. kita jangan buat benda tak senonoh, ajak je dia borak-borak.haha...
Labels: Kehidupanku di perantauan 2 comments
1433 Hijrah
Posted by Lokman Hakim at 11/26/2011 06:37:00 PM
Alhamdulillah, mengikut kalendar Islam kita telah masuk ke tahun baru, 1433 Hijrah. Tahun Hijrah dimulakan oleh Saidina Umar al-Khattab beerti ketika zaman nabi masih lagi tiada pengiraan tahun ini. Dan mengikut sirah juga penghijrahan nabi tidak berlaku pada bulan Muharram, namun ianya dinamakan Hijrah bersempena satu peristiwa penghijrahan umat Islam bersama Rasulullah yang telah membuka lembaran baru kepada dunia Islam.
Seperti biasa beberapa amalan yang dilakaukan sempena datangnya tahun baru adalah membaca doa akhir tahun serta doa awal tahun. Apa yang ingin saya ingatkan disini adalah, jangan lah sekadar membaca teks arab tersebut tanpa memahami apakah erti disebalik kalimat tersebut. Memang benar pastinya kita akan memperoleh pahala dengan membaca doa tersebut walaupun tidak memahaminya. Namun begitu alangkah bagusnya ibarat bonus sekiranya kita benar-benar memahami apa yang dilafazkan, sekaligus menghayati apakah erti sebenarnya, agar mudah masuk menusuk jiwa, dengan harapan ia bisa mengubah kita ke arah apa yang diucapkan.
Klik untuk memperbesarkan teks |
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan semoga Allah juga menjauhkan kita dari godaan serta hasutan syaitan laknatullah. Marilah kita berusaha menjadikan lembar kehidupan tahun ini lebih indah dan berkah dari sebelum-sebelumnya serta dipermudahkan segala perancangan yang telah kita fikirkan. InsyaAllah.
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”
Labels: Santapan Rohani 1 comments
Cerita Final Bola Sepak Sea Game, Indonesia (Episod 2)
Posted by Lokman Hakim at 11/23/2011 10:59:00 PM
Sambungan dari episod 1....
Maka berjayalah kami semua sampai di VVIP stand dan seperti ramalan aku yang pegang tiket VIP dapat duduk kat VVIP. Bersyukur gila-gila sebab masa kat hotel tadi aku dah frust habis. Frust beb semangat dari pagi nak pergi last-last tak dapat masuk. Tapi selamat aku tergerak hati nak ambil je tiket VIP, sebab plan asal kalau tak dapat tiket aku ingat nak balik tengok kat rumah je. Boleh tengok sambil pakai kain pelekat terlentang depan tv.
So mula-mula kami ditempatkan kat belah tepi sekali belah kanan. Tapi desebabkan terlalu dekat dengan stand VIP yang semua merah, kami dipindahkan ke bahagian tengah stand VVIP. Betul-betul kat sebelah laluan menteri ke padang. Tengok kiri-kanan, polis ada keliling, abang bodyguard 5,6 orang besar Malek Noor, maka di assume selamat. Maka tanpa segan silu kami keluarkan senjata!
Senjata kami bendera, banner, kompang je. Bukan molotov coctail atau AK-47. Aku mulanya dalam bas tanggal semula jersey Malaysia sebab kena duduk asing-asing dengan diorang ni. Tapi dah duduk kat cini, sarung semula. Baru aku dapat rasakan betapa bangganya dapat pakai jersey Harimau Malaya. Aku rasa kalau aku pakai jersey ni di Old Trafford sekalipun, rasa bangga ni tak sampai makam yang aku rasa di Gelora Bung Karno!
View supporters dari VVIP stand. Ada nampak warna kuning tak selain mamat yang berdiri depan kamera? |
View luas sikit. Amacam, banyak kan suppoters Indonesia. Merah je semua. Sedangkan area belakang gol pun penuh apatah lagi stand yang kat sebelah padang. |
Dan bermula lah episod debaran, teruja, sambil tahan kencing, tahan lapar. Rasa cuak dalam bas tadi dah hilang. Bukan hilang tapi lupa sebenarnya sebab dah excited tambahan tengok security terjamin.
Jumlah kami dalam 60 lebih je. Ikut paper local, diperkirakan dalam stadium hampir 90,000 tidak termasuk yang diluar yang tak dapat masuk. Kat luar stadium pun dikatakan sesak. 6 skrin besar dipasang, so aku assume mau puluh ribu juga lah kat luar.
Menteri Pemuda dan Olah Raga Indonesia bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia |
Bila kamera hala ke supporters Malaysia, akan keluar kat skrin besar. Masa ni lah gemuruh kedengaran supporters local boo sambil bunyi hon tu. Bergema beb, tapi macam biasa lah, bila nampak muka masuk skrin tak ingat dah caci maki orang ramai. Janji berebut supaya muka dapat di rakam kamera. Dan Alhamdulillah sebab stand VVIP ni orang pasal sikit so takde lah diorang maki hamun teruk-teruk sangat.
Start player Malaysia masuk padang warming up genuruh stadium bunyi boo dan hon. Tema chanting utama untuk Malaysia adalah "Maling". Pendek kata Malaysia substitute ke, control ball ke, sepak ke, ambil corner ke, boo dan "maling" jela yang dengar. Tak perlu cerita yang ni, sebab semua dah tahu. Orang kat sini panggil rahsia umum.
Player masuk padang dan lagu Negaraku dimainakan pertama. Walau 90,000 orang tak pandai nak berdiri ataupun senyap time lagu dimainkan, kami tak peduli. Dalam riuh jeritan "maling" serta boo, kami tetap semangat menyanyi Negaraku. Kami tahu suara 60 orang ini pasti tenggelam dalam jerit pekik mereka, tapi ia tidak sesekali melunturkan semangat kami. Hampir menitis air mata bukan kerana sedih tetapi bangga. Bangga dapat menyanyi dengan selamat di Gelora Bung Karno.
Harga VVIP stand ni Rp 1 juta (lebih kurang RM350), so mostly orang yang duduk kat sini bukanlah yang tak pasal. Jenis faham bahasa juga lah. Tapi dalam ramai-ramai ni aku dapat detect 3 yang duduk maki-hamun supporters Malaysia. Pakcik berbaju Manchester United, abang ber-bangle emas tebal dengan mbak cantik sebelah Farid. Muka macam artis dah tapi perangai....Dalam ramai-ramai 3 orang ni je yang banyak mulut sikit. diorang start tak puas hati dengan kami bila Asra jaringkan gol penyamaan. Dah nampak pressure kat diorang masa ni sebab midfield Malaysia control ball cukup baik, slow kan rentak game.
3 orang ni duk sound-sound kami, tak bagi bersorak, suruh duduk senyap. Aah, kami beli tiket mahal-mahal takkan nak duduk senyap. Ceh, padahal tiket free di sponsor Telekom Malaysia. Abaikan pakcik-pakcik ni kami terus mengibarkan Jalur Gemilang, menjerit memberi sokongan. Lagipun security banyak kat sekitar, jadi tak lah takut sangat.
Indonesia score dulu membuatkan aku dah fikir macam-macam. Tak sampai 5 minit tu dah gol. Gane la next 85 minit. Tapi bila Asra score, tak tahu la nak cerita macam mana budak-budak ni menjerit. Gol penyamaan di final, lawan tuan rumah, rival utama, di Gelora Bung Karno pula tu, maka faktor-faktor ni bila di blend bersama menyebabkan kepuasan yang mutlak. Jeritan bak orang gila adalah eskpresi paling tepat untuk menyalurkan kepuasan. 5 minit lepas tu mula terfikir takut time celebrate tadi terakam di kamera, keluar tv, nampak di bakal mak mertua aku terpekik terlolong macam tu. Mau tercalar rekod disiplin aku. Tapi aku rasa tak nampak kot.
Nazmi, 17 tahun antara prospek terbaik skuad kebangsaan. Sanggup tangguh ambil SPM untuk mewakili negara. Dan dia telah membuktikan kehebatannya mengemudi bahagian tengah. |
Paling kami cuak time Indonesia gol offside. Kat skrin dah tukar score 2 dah, satu stadium dah celebrate nak rak, bola pun aku nampak dalam goal. Mana ada replay beb aku nak tengok apa benda yang berlaku. Dah la belah gol tu tak berapa nampak sebab terhalang di bench. Damn la, jangan la gol, kalah la macam ni. Tapi lepas tu Apex sepak free kick. Ohooo offside. Lega beb. Makcik belakang aku yang excited melompat duduk balik. Boleh pulak aku pergi kutuk dia kata rilek makcik, tak gol pun. Lepas tu Malaysia pulak gol offside, dan makcik tu balas semula kat aku. Padan muka aku.
Kebetulan yang duduk sekali ngan kami 3 player Malaysia yang injured Izzaq Faris, Syahrul Azwari dengan Wan Zaharulnizam. Time rehat semua ambil peluang bergambar dengan diorang. Bukan senang nak jumpa depan-depan ambil gambar. Tadi dah jumpa Safee Sali. Untung malam ni.
Izzaq Faris, Wan Zaharulnizam, dengan Syahrul Azwar |
Maka lepas tamat 120 minit permainan, penalti. Jantung masing-masing dah nak pecah. Aku tak tahu macam mana perasaan player dua-dua team. Team Indonesia dapat sokongan padu penyokong. Beban atas bahu mereka sangat tinggi sebab mereka perlu menang ke atas Malaysia, lagi-lagi depan penyokong sendiri. Skuad Malaysia time ambil penalti semua pakat jering "maling". Tapi ini yang kami penyokong Malaysia dan juga orang-orang Indonesia respect, skuad Malaysia sangat tenang berbanding Indonesia, macam takde pressure langsung. Ibarat main petang-petang kat padang sekolah. Dan di atas kertas, skuad Malaysia memang ada kelebihan dalam penentuan penalti.
Dan akhirnya Baddrol Bakhtiar berjaya menyempurnakan tendangan lalu memberi kemenangan pada kita. Yes! Menang beb, mana pakcik yang duk bising-bising tadi. Rasa nk salam peluk-peluk dengan dia. Besorak macam nak rak la, apa lagi kan. 60 orang bersorak di hadapan 90,000 lawan. Bayangkan kepuasan disitu. Tapi abang ber-bangle emas sound kami, kata jangan nak gembira sangat. Jap lagi ada yang kena pukul. Badan besar muka genster habis beb. Dah la aku duduk dekat dengan dia. Slow-slow aku lari ke tengah sikit. Memang la ada security tapi sekali dia tumbuk muka, mau patah gigi beb. Aku tak sanggup pakai gigi palsu umur 22.
Final score, 5-4 |
Lepas wisel ditiup, time ni juga botol air, plastik air, botol kicap dilempar ke arah kami. Stand VVIP ni jauh tu dar kawasan tingkat atas penonton. Kuat sungguh diorang baling semata-mata untuk kami. Dan penyokong-penyokong Indonesia yang ada area kami mula angkat tangan ke arah atas minta jangan baling apa-apa. Eh, botol kicap? Sampai sekarang saya duk fikir untuk apa bawa kicap dalam stadium. Macam nak ber picnic je. Lepas keadaan tenang, seorang penyokong Indonesia muka ala-ala arab datang kat saya bersalaman dan minta maaf atas kejadian baling botol tadi. Saya kata takpe, bukan salah salah kamu. Adat lah baling-baling. Saya tahu dia malu dengan tindakkan kampungan sebahagian penyokong. Lihat, tidak semua penyokong Indonesia yang bersikap kampung. Masih ramai yang ada semangat kesukanan dan persahabat. Saya bangga dengan beliau. Bukan salah dia tapi datang minta maaf kepada kami. Sikap inilah yang kita mahu. Yang benar dan baik harus diceritakan, tidak disembunyikan. Syabas bro!
Mangsa dibaling plastik air (jersey biru) yang basah kuyup sedang ditenangkan serta diberi sedikit motivasi. Ceh takde lah, mangsa sedang borak sebenarnya |
Supporters Indonesia mula berangsur mengosongkan stadium. Tak sampai suku yang tinggal. Nak menjerit time ni tak best dah la. Lepas upacara pengalungan medal, upacara menaikkan bendera kebangsaan pemenang diiringi lagu kebangsaan. Saat yang ditunggu, seperti maruah sedang dijulang melihat Jalur Gemilang dinaikkan di tiang paling tinggi diapit bendera Indonesia dan Myanmar. Sekali lagi nyanyian Negaraku dialunkan dengan penuh emosi. 22 tahun hidup, aku tak pernah feeling menyanyi Negaraku macam malam ni.
Aku dah nampak kelibat lebih kurang 10 orang pakai bip bertulis ''doping team" kat area tunnel. Mula ingat memang standard procedure tapi bila balik baru tahu yang Ong Kim Swee marah gila. Kat atas padang tak berapa nampak sebab diaorang kena keliling di wartawan.
Sebelum player Malaysia masuk bilik persalinan, diorang lalu depan kami, salam dengan kami. Yela, bukan ramai sangat. Kebetulan laluan tu pun depan tempat duduk kami. Apex still atas padang di interview. Bila dia nak balik ke bilik persalinan, semua chanting "apex-apex-apex". So Apex pun datang la kat kami salam dengan semua. Bagus la si apex, tak lupa kat kami.hehe...
Majlis penyampaian pingat kepada pemenang |
Skuad Malaysia bersama pingat emas mereka. Malaysia Boleh! |
Apex bersalaman dengan penyokong sebab dia dah kena tinggal sorang-sorang. Yang lain semua dah masuk bilik persalinan. Takpo pek, kemah molek demo main male ni. |
Bila semua player dah masuk bilik persalinan, semua supporters Malaysia diminta turun ke bawah stadium untuk di kuarantinkan sementara sebelum dibawa balik ke hotel. Polis dah keliling kami dan ada seorang ni yang tunggu kat pagar tangga maki hamun kami. Lantak korang la, janji kami menang, semua selamat tanpa cedera. Lepas kira semua cukup, kami dibawa ikut jalan bawah stadium untuk ke bas yang dah parking kat tempat drop player.
Dalam perjalanan ke pintu keluar, coach Malaysia Ong Kim Swee dengan assistant-assistant coach dah tunggu kami kat atas tangga. Dia salam dan ucap terima kasih kepada kami semua. Untung hari ni, ramai boleh salam.
Sebelum pihak polis yang escort bersiap sedia kami diminta tunggu dalam 20 minit. Referee malam tu diberi laluan first untuk masuk van dan dihantar pulang diiringi polis. Kemudian giliran kami. Masuk didalam bas, semua diarah tutup langsir dan yang berpakaian Malaysia diminta duduk tengah untuk menggelakkan nampak di orang kat luar. Lampu dalam bas ditutup lalu bas bergerak lancar ke hotel dibantu iringan kenderaan polis. Aku tak tahu ramai ke tak menanti di luar sebab langsir memang tidak dibenarkan dibuka. Nak selak pun kena marah.
Polis Indonesia bersiap sedia memberi perlindungan kepada supporters Malaysia yang sedang di evakuasi ke bawah stadium |
Pihak polis mengawal walau kat dalam lorong bawak stadium. Thanks polis atas kerjasama anda demi menjamin keselamatan kami. |
Coach Malaysia, Ong Kim Swee menanti kami untuk mengucapkan terima kasih. Bagus lah OKS, walau dah menang emas, still tak lupa pada kami. |
Di pintu keluar menanti pihak polis serta bas sedang bersiap-sedia untuk membawa kami keluar dari Gelora Bung Karno menuju hotel |
Alhamdulillah, akhirnya tak sampai 20 minit bas sampai dengan selamatnya ke hotel. Dimaklumkan skuad Malaysia di kuarantin dahulu di stadium lebih kurang 2 jam sebelum balik sebentar ke hotel menaiki baracudda. Sebelum bersurai, kami berkumpul sebentar di lobi hotel untuk mendengar ucapan Pak Wakil dan Chef de mission. Lepas tu jumpa sekali lagi Safee Sali. Sian Safee Sali muka nampak letih duk melayan orang nak amik gambar dengan dia. Dan sempat jumpa defender Indonesia Diego tengah bergambar dengan peminat. Nak ambil gambar dengan dia tapi dia sibuk nak di interview, so malas lah.
Pertahanan Indonesia, Diego |
Setelah tukar baju, maka pulang lah kami dari hotel menuju kediaman masing-masing.
Bersambung....
Labels: Sea Game 26, Sukan 1 comments
Cerita Final Bola Sepak Sea Game, Indonesia (Episod 1)
Posted by Lokman Hakim at 11/22/2011 03:32:00 PM
Lepas Malaysia kalahkan Myanmar kat semi final, dah berangan nak ke stadium tengok final. Tup-tup Indonesia menang lawan Vietnam menyebabkan aku berfikir 2,3 kali nak pergi ke tak. Nak selamat kena beli tiket mahal tp duit tak berapa nak ada. Alhamdulillah pagi final tu tengok fb Rizal ada offer limited ticket untuk sesiapa yang berani sarung jersey Harimau Malaya di Stadium Gelora Bung Karno. Tanpa berfikir panjang aku sms Rizal nak cop 4 tempat untuk aku ngan member-member lain.
Pukul 4.00 pm, semua diminta berkumpul di meeting point kontigen Malaysia di Hotel Sultan, Senayan. Briefing keselamatan serta perjalanan pertandingan diberikan oleh Chef de Mission Malaysia, Datuk Naim Mohd. Turut sama Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia, Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin. Tapi tiket VVIP yang ada cuma 50 dan kami di situ lebih kurang 65 orang. Jadi beberapa orang volunteer tarik diri atas faktor keselamatan dan ada sebahagian pergi ke Kedutaan Malaysia tengok bola kat skrin besar.
Datuk Naim Mohd dan Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin semasa briefing kumpulan penyokong serta penyerahan tiket. |
Kontigen penyokong Malaysia terdiri dari Telekom Malaysia, student, dan orang persendirian dari Malaysia |
Aku sebenarnya tak dapat tiket VVIP sebab tak dapat undi. Tapi di offer 5 tiket VIP, so aku hentam je la. Janji dapat masuk stadium cuma untuk sarung jersey Harimau Malaya kat seat VIP ni tak berapa disarankan. Takpe lah, untung-untung aku boleh menyelip masuk VVIP nanti.
Dah nak dekat pukul 5, kami diarahkan untuk segera naik bas sebab player Malaysia dah nak gerak ke stadium. 2 bas disediakan, satu untuk player dan satu untuk penyokong. Kami keluar lambat sikit je dari meeting room, kalau tak boleh berjalan naik bas dengan player. Dan sebenarnya bas penyokong hanya untuk pemegang tiket VVIP, jadi kami tiket VIP ni kena pergi sendiri. Tapi pujuk-pujuk Datuk Naim nak tumpang bas sampai stadium dan akhirnya dapatlah naik. Takut oo nak jalan sendiri dari hotel ke stadium tengah-tengah lautan penyokong Garuda Muda.
Keluar dari hotel tak ramai sangat penyokong Indonesia yang menunggu, wartawan je ramai. Tak macam waktu AFF Suzuki Cup tahun lepas. Tapi still polis kawal player termasuk kami lah.hehe...
Didalam bas kedua menuju ke stadium. Didepan bas pasukan Harimau Malaya Muda |
Okeh jadi akan bermula part yang menarik.
Jarak hotel ke stadium tak jauh dalam 1 km je. Mula masuk kawasan Gelora Bung Karno, kiri kanan jalan dah penuh dengan penyokong Indonesia yang nak pergi stadium. Diorang dah cam itu bas Malaysia sebab bas depan bawa player. Sah-sah la diorang kenal muka player. Dan bas kami semua pakai baju kuning, baju belang harimau tu. Masa kat cini still tak kecoh sangat sampailah ke perkarangan stadium.
Di perkarangan stadium, lautan manusia berbaju merah duk tunggu kedatangan player Malaysia. Tengok gambar lah senang nak tau macam mana keadaan ramainya. Polis yang escort bas kami tak mampu nak minta penyokong bagi laluan. Bayangkan lah, kami stuck kat sini, perkarangan stadium hampir 1 jam. Bas kami stuck sampai 12 malam pun tak kisah, yang kesiannye ke bas player kat depan.
Lautan supporters Indonesia di perkarangan stadium belah barat menanti ketibaan pasukan Malaysia |
Belah timur pulak. Amacam, ramai tak yang menanti kat luar stadium. |
itu bas player Malaysia, tengah stuck didalam lautan manusia. Langsir bas pun dah ditutup semua |
Bas player dikerumun supporters. Tapi abang polis tetap menjaga kami |
Tengok kereta polis kat sebelah bas remuk dipijak supporters. Rupanya bas kami yang lambat tutup langsir. Bas player dah tutup awal-awal. Malas nak melayan la tu. |
Malaysia, I Love go to Hell? Ini epic failed ke atau memang nak ke neraka sungguh. Takpe lah, kami semua mengidamkan syurga. |
Jam dah menunjukkan 6.15 pm, bas still stuck dikepung penyokong Indonesia. Match start pukul 7.30 woi, kesian kat player tu. Kami dah risau player tak sempat nak warming up. Then duduk dalam bas seat 2-3 ni letih ooo sebab sempit kat kaki. Time stuck dikepung macam-macam benda la terjadi. Benda biasa cermin kena ketuk dengan bendera, bas kena baling dengan entah benda, body bas dibuat drum, maki hamun, mencarut. Kitorang pun pelik, tak letih ke. Kami yang duduk gelak-gelak dalam bas ber-ekon tengok gelagat diorang pun letih inikan yang kat luar sana sanggup bersesak-sesak semata nak maki kami.
Dalam bas, brother-brother supporter dari TM Malaysia memang gila-gila. Ada seorang brother Indian ni, semua orang kat luar nak ketuk cermin belah dia je. Dia pun dah cuak, apa hal dia je yang kena ketuk. Dia bukan Gurusamy mahupun S.Kunalan. Dia hanya supporter.
Orang nombor 2 Kedutaan Malaysia Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin steady dalam bas. Senyum je. Orang-orang di luar tak kenal dia ni siapa kot sebab rilek je maki hamun. |
Lama kelamaan suasana makin tegang. Bas yang tadi bergerak sikit-sikit dah tak bergerak. Cermin bas makin kuat diketuk. Kami yang tadi gelak-gelak dah timbul rasa cuak. Ketua kontigen minta semua jauhkan muka dari cermin takut ada cermin pecah. Langsir bas ditutup biar orang kat luar boring tengok langsir je. Alhamdulillah keadaan ok sikit. Maybe sebab diorang duk provok tapi tiada layanan buat diorang boring kot. Bas dah boleh gerak sikit-sikit then masuk ke stadium.
Eh masuk stadium? Bukan ke kena drop kami kat section VVIP? Atas faktor keselamatan, bas kami terpaksa join bas player masuk dalam stadium. First time beb masuk dalam stadium gini. Gambar menceritakan selebihnya.
View dalam stadium melalui dalam bas. Perasan kan tugu piala yang dalam GBK tu |
Forza Indonesia. Perasan kan stand yang ada banner ni |
So akhirnya kami di drop didalam stadium tanpa perlu melalui pemeriksaan tiket. Rezeki aku, tadi pegang tiket VIP boleh join geng-geng VVIP. Tiket pun still cantik tak disentuh lagi. Bunyi boo satu stadium dah kedengaran bila kami berjalan atas trek stadium menuju ke VVIP stand. Fulamak, gini rupanya rasa kena boo. Tapi macam best je. 90,000 orang tu bersatu padu boo kami. Boo jela weh, kitaorang suka. Tapi kali ni jela.haha...
Tengah jalan atas trek melintas satu botol air penuh kat depan mata. Botol penuh air tu! Andai kata mendarat atas kepala mau berlubang woi. Apa lagi jalan laju-laju la, Karang terbang kerusi naya kitaorang. Nak tengok bola kat stadium, tak nak atas katil hospital. Akhirnya sampailah kami 60 orang ke VVIP stand.
Yang kiri itu bukanlah skuad Malaysia U23 mahupun senior kerana melihat jersey pun tau beli kat Rantau Panjang. Yang kanan pun bukanlah atlet Malaysia. |
Yang kiri sekali tu pun ternyata bukan skuad Malaysia. Sebab dah bertahun skuad tak pakai jersey ni. Ni kat depan bench Indonesia |
bersambung......
Labels: Sea Game 26, Sukan 4 comments
Benarkah Itu Cita-cita Kamu?
Posted by Lokman Hakim at 11/20/2011 01:10:00 PM
Berada di tahun pengajian ke-4 selalu membuatkan saya mengenang kembali saat-saat habis sekolah dan nak masuk pusat pengajian. Antara perkara yang saya selalu lontarkan kepada rakan kuliah, betul ke kamu nak jadi doktor? ambil medic ni memang sebab kamu nak sangat course ni? Dan jawapan yang saya terima jarang yang meng iya kan.
4 tahun dulu saya sendiri confius dengan masa depan saya, apa yang saya nak jadi akan datang. Masuk matrikulasi cita-cita lain, masuk universiti berubah lagi cita-cita. Masuk universiti lain berubah lagi cita-cita. Memudahkan kronologi, apa yang saya harapkan dalam diri tidak pernah tetap. Tidak tetap pendirian!
Salah kah tidak tetap pendirian? Bagi saya untuk sesetengah perkara tidak salah terutama didalam konteks yang dibicarakan sekarang, cita-cita. Ramai dari kita yang tidak dapat yang diinginkan. Adakah mendapat jurusan yang tidak sesuai dengan keinginan mematikan langkah kita untuk terus maju ke hadapan?
Salah kah tidak tetap pendirian? Bagi saya untuk sesetengah perkara tidak salah terutama didalam konteks yang dibicarakan sekarang, cita-cita. Ramai dari kita yang tidak dapat yang diinginkan. Adakah mendapat jurusan yang tidak sesuai dengan keinginan mematikan langkah kita untuk terus maju ke hadapan?
"Memancing mendapat ikan buntal tidak semestinya sia-sia kerana tidak boleh dimakan. Simpan lah kerana ia masih ada kegunaan yang boleh dimanfaatkan"
Bersangka baik lah dengan apa yang Allah tetapkan. Tanamkan satu prinsip yang mudah, iatu follow the flow. Anda bercita-cita menjadi graphic designer tetapi mendapat tawaran medic. Teruskanlah tawaran tersebut. Nanti dah jadi doktor boleh buat kerja part time sebagai contoh buat ilustrasi-ilustrasi yang boleh dimuatkan didalam buku rujukan perubatan ataupun membuat advertisement berkaitan kesihatan masyarakat. Peluang jarang datang banyak kali. Manfaatkan yang ada di depan kita dahulu, baru lah difikirkan yang lain.
Khas untuk adik-adik SPM yang bakal menjadi mahasiswa tahun depan, menanam cita-cita dalam diri itu perlu. Namun jika tidak bernasib baik, jangan terlalu bersedih, teruskan sahaja apa yang anda terima. Anda belum melihat dunia yang sebenar kerana dunia ini luas, peluang itu sangat banyak. Ijazah A tidak semestinya membuatkan anda berjaya dan ijazah B tidak semestinya membuatkan anda gagal. Just follow the flow. Persaingan mendapat tempat di universiti sekarang sangat sengit.
Semoga berjaya didalam SPM semua! Motivasikan diri untuk layak ke menara gading. Welcome to varsity life!
p/s: saya sendiri pun dulu tak tahu apa cita-cita saya. Tulis artikel di paper kata nak jadi engineer, tup-tup bila artikel di publish saya tengah buat medic.lepas difikir-fikir memang banyak hikmah dengan 'jalan' yang Allah tetapkan ini. Dia tidak pernah lupa memberi kepada kita, hanya kita sahaja yang selalu lupa meminta.
Labels: Motivasi 2 comments
Membeli Baju Raya Anak Yatim Bersama Santun
Posted by Lokman Hakim at 10/08/2011 07:00:00 PM
Ramadhan lepas saya ada ikut satu program yang agak menyentuh hati saya. Saya bersama sahabat-sahabat Santun YaPEIM belah utara diminta untuk teman lebih kurang 100 anak yatim sekitar Kedah untuk membeli pakaian raya. Setiap seorang akan diberi pakaian lengkap dari baju, butang dan sampin. Kami tinggal teman adik-adik ni pilih baju mana yang diorang bekenan.
Walaupun mereka dah datang sebelum ni ke kedai untuk ambil saiz, tapi hari ni lebih kurang nak bagi mereka ni feel beli pakaian raya. Merasa dapat pilih baju melayu baru. pilih warna kegemaran diorang, pilih nak matching dengan samping warna apa. Bagi mereka merasa seperti anak-anak kecil yang lain rasa tiap kali nak raya.
Adik-adik rumah anak yatim sekitar Kedah |
Abang-abang dan kakak-kakak Santun membantu adik-adik ni pilih baju yang sesuai |
Majlis macam biasa lah, adik-adik sampai ke A'lamoda Sungai Petani (kedai baju raya), briefing sikit-sikit dari pegawai YaPEIM, pilih-pilih baju, test baju, tengok cermin lepas tu dengar sedikit ucapan dari pihak penganjur. Raya kan sinonim dengan 'duit raya', dan Alhamdulillah rezeki adik-adik ni dapat sedikit 'duit raya' dari pihak kedai.
Majlis lagi meriah atas kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang turut sama membantu adik-adik ni pilih baju raya. Baru excited kan dapat jumpa menteri depan-depan. Selalu tengok dalam paper dan tv je. Tak tau la yang lain excited ke tak. Saya memang jarang dapat jumpa orang-orang besar depan mata ni.
Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri sedang memilih baju raya untuk seorang adik anak yatim. Yang baju kuning tu ayahanda KP, Ketua Pengarah YaPEIM |
So saya dapat seorang adik yang umur dalam 5-6 tahun. Saya tanya dia nama apa. Saya lupa nama sebenar Haikal atau Daniel tapi dia nak orang panggil dia Adam. Erk..jauh tu dik nama, macam takde kaitan je. Saya tanya umur, dia kata tak tahu. Dia datang dengan seorang budak form 3, tak putus si Adam pegang tangan budak tu. Saya lupa nama budak tu, so kita bagi nama Idris, senang nak cerita. Saya tanya dia, Adam ni adik dia ke. Dia kata bukan, cuma duduk sama-sama kat rumah anak yatim.
Mereka tiada pertalian darah pun tetapi si Idris ni melayan adik Adam macam adik sendiri. Saya rasa adik saya pun saya tak layan macam ni. Adik Adam ni pemalu sikit dan dia susah nak berenggang ngan Idris. Bagus si Idris ni, walau adik Adam asyik nak bekepit dengan dia je, sampai dia nak pilih baju pun susah, tapi dia tak marah pun. Senyum je.
Ini la adik Adam. Idris yang baju unggu belah kanan tu |
Bila si Idris tengah pilih-pilih baju, jadi si Adam takde geng. Saya pun ajak Adam pilih baju. Terus Adam pegang tangan saya. Baik sungguh budak ni. Dia suka warna biru tapi warna biru takde saiz. So terpaksa ambil warna maroon.
Dan berlakulah kejadian yang menggelabahkan saya. Adam ni dikategorikan comel la. Sedang saya tolong pakaikan baju dan seluar si Adam, ramai orang keliling kami sekali dengan photographer amik gambar. Adam ni agaknya nervous ramai-ramai tengok dia. Dia ni kan pemalu. Tiba-tiba tangan dia mula gosok-gosok mata. Alamak, macam hujan nak turun je. Dia dah mula tunduk sambil tak berhenti-henti gosok mata. Idris takde pula kat sebelah nak minta tolong. Saya dah start menggelabah. Aku mana pandai pujuk budak menangis woii. Depan orang ramai pulak tu. Selamat ada seorang akak YaPEIM datang menyelamatkan saya, pujuk-pujuk sambil tolong Adam setelkan pakai baju. You save my day la kak!
Beberapa gambar semasa majlis;
* * * * *
Dalam bergembira-gergelak ketawa masa program ni, terdetik beberapa perkara di dalam hati saya. Melihat adik-adik ni membuatkan hati saya tersentuh. Bersyukurlah dengan apa yang saya ada. Masih ramai diluar sana tak dapat merasa apa yang kita merasa. Ramai dari mereka sudah tidak merasa kasih-sayang dari mak ayah, melalui hari-hari mereka hanya ditemani adik beradik ataupun kawan. Dan adik-adik yang still ada salah seorang dari ibu-bapa, mereka datang dari keluarga yang susah. Tidak dapat merasa nikmat seperti kita, selalu pakai baju baru, berjenama, makan sedap-sedap.
"Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya, barangsiapa yang kufur maka baginya azab yang pedih"
(Surah Ibrahim 14:7)
Dan kita yang bakal bergelar seoarang profesional dalam sikit masa lagi, janganlah sesekali kita lupa pada golongan yang kurang bernasib baik. Gaji kita insyaAllah besar, tak dapat bagi banyak, bagi sedikit pun jadi lah. Kalau orang Indonesia kata, 'berbagi-bagi'. Jangan sesekali lupa, gaji yang kita dapat tiap bulan tu, bukan hak milik kita seorang. Ia juga hak orang-orang lain yang memerlukan.
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sekiranya dia tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan dia mengetahui bahawa jirannya tidur dalam kelaparan"
(Riwayat Al-Dailami)
Labels: Motivasi, Santun YaPEIM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)