Recent Posts

Posts RSS

Pagi yang Indah

Perasaan dia bercampur-campur. Antara takut, seram, marah, insaf, malu, bingung bertalu-talu menyergah fikiran pada pagi itu.

Pertama-tama aku ingat aku berada di tingkat 5 Highland Tower. Ada orang pagi-pagi mengamuk kena on call kerja tendang tiang seri apartment lalu runtuh lah bangunan usang ini menyembah bumi. Aku takut.

Aneh dengan sikap diri sendiri yang sentiasa terpengaruh dengan filem-filem di dunia fana luar sana, aku sedar yang sepanjang aku hidup aku mana pernah tinggal dekat apartment, jadi nak runtuh kepala bana apa kan. Tiba-tiba perasan lain pula menerjah.

Panas di dada dah nak sampai ke otak, apa ke hal kejadian berlaku pagi-pagi di hari Sabtu ni. Tau tak Sabtu tu ibarat kekasihnya Ahad. Sabtu itu lambang pintu gerbang masuknya ke dunia yang bebas. Hari yang tidak perlu berfikir harus berdesak-desak di atas jalan raya; berkeringat; untuk menuju penjara dunia. Hari untuk memanjakan diri sendiri! Aku marah.

Namun dalam emosi marah, terbit rasa syukur. Aku masih mampu bangun dengan berdaya tanpa sebarang kecacatan. Andai kata betul-betul di tingkat 5 Highland Tower tadi, aku tak tau nak menjawap apa dah dengan malaikat Mungkar dan Nakir. Subuh aku belum sembahyang lagi ni. Belum kes mulut aku lancar mengucapkan kalimah-kalimah carutan kasar lepas celik mata ketimbang membaca doa syukur terjaga dari tidur dengan aman. Naya juga aku sendirian di dalam lahad menggigil cari alasan nak menjawap depan malaikat. Aku mengelus dada tanda syukur.

Selang beberapa detik, aku sedar aku harus malu pula. Apai yang sedang bersiap cukur jambang dekat cermin nak ke majlis convocation memerhati tingkah aku sambil ketawa. Cibai Apai, bila masa ko masuk bilik aku, dan kenapa waktu ini, bukan hari besok, bukan siang nanti. Kenapa sekarang, kenapa! Aku malu.

Seraya Apai berkata, "dah-dah la tu, bangun la. Pergi sembahyang, lepas tu hantar aku ke hotel Pullman". Baru aku sedar sepenuhnya dengan apa yang berlaku. 

                                                                   *         *         *

Kes ni dah banyak kali berlaku. Aku tak tau patut ke tak aku report ke tuan rumah. Siapa harus dipertanggungjawap ni? Nak bertukang betulkan, aku takut seluruh isi rumah baling Molotov Cocktail ke bilik aku. Tapi ni hari Sabtu, pukul 6.15 pagi. Diulang 6.15 pagi. Aku nak landing mana lepas ni?

Gambar tempat kejadian 'runtuhan' Highland Tower tingkat 5 blok 2 setelah semua mangsa berjaya diselamatkan
p/s: aku belum decide nak sambung tidur kat mana sekarang. Makan indomie telur sebungkus dulu buat tenangkan fikiran. Dan tahniah Apai atas majlis convocation hari ni. Kalau ada makanan lebih bungkus-bungkus lah bawa balik ye.

0 comments

Beruang Polar Tropika

Sesampai di stesen kereta api Tanah Abang perkara pertama aku buat tengok awan di langit nan biru berdebu. Cilakak, awan ciput-ciput je ada, ibarat malu-malu menutup terik mentari di hamparan permaidani biru langit. Tak boleh guna punya menatang AccuWeather, tulis Jakarta mendung hari ni.

Menapak untuk mendapatkan bas balik rumah dengan suhu macam ni menduga iman sebenarnya. Dengan berkemeja, seluar jeans lagi ni memang mengundang mulut aku melafazkan kalimah-kalimah carutan bila sampai beranda rumah kejap lagi ni.

Untuk mendinginkan hati yang berkeringat, beli dulu air oren sejuk sebotol sebelum melangkah gagah ke tempat bas. Orang kata kalau kita fikir kita jalan kaki kat London, panas padang pasir Sahara pun tak terasa. Setengah botol air oren aku habiskan dalam masa 2 harakat. Badan dah dingin, maka ayuhlah menuju ke arah bus stop yang sayup-sayup melambai di hujung sana.

Sedang berjalan sambil melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, aku terpaku ke satu sosok tubuh. Secara tidak langsung tubuh aku kaku dan menggeletar. Aku melihat seorang budak sekolah berseluar kelabu, ber-sweater lengkap zip sampai ke leher. Dalam perasan antara percaya dan tidak serta kagum, aku gagah kan kaki yang kaku ini untuk melangkah, tapi kali ini air mata aku pula yang mengalir. 3 remaja berjalan menyanyi riang menuruni bukit; sama memakai sweater lengkap zip sampai ke dagu. Satu kuning, dua hitam. Bas dah tercongok depan aku, jadi aku cepat-cepat melangkah dengan air mata masih mengalir laju. Laju-laju aku naik bas kopaja hijau yang suhu dia hampir sama level dengan neraka jahannam. Kalau korang tak percaya try sekali naik menatang kopaja ni tengah-hari buta macam sekarang. Serupa lahnat!

Baru nak duduk di kerusi, badan aku terus rebah tidak bermaya. Fikiran aku kosong, hening. Sangat-sangat kosong. Hanya mata aku mampu tertumpu satu manusia di depan bas. Sebatang manusia membaluti tubuhnya utuh dengan sweater lengkap berzip hingga dagu dan kepalanya diselimuti hoodie.

Betul lah, di Jakarta ni ramai manusia kacuk beruang polar. Nama spesis ini Beruang Polar Tropika!

p/s: gila apa woiii pakai sweater tengah hari panas terik macam ni. aku yang pakai kemeja nipis dengan singlet pagoda pun dah berair ketiak berpeluh kemana-mana. Ni namanya fesyen tak kena pada tempat!


3 comments

Selamat Jalan Bob

Gua ni muka memang boleh tahan ganas dan menyeramkan cuma gua ada satu je kekurangan. Kekurangannya, gua jenis tak boleh tahan kalau terjadi scene nak berpisah dengan orang yang gua rapat. Tiba-tiba langit boleh jadi mendung, hujan slow-slow turun, silap-silap taufan Karina pun boleh muncul. Gua ada puisi khas untuk lu Bob;

Bob,
Gua pertama kali jumpa lu Ogos 2008,
Orang MARA cari lu kat CIMB Pertama Kompleks lu takde,
Gua ingat sampai mati lu pakai songkok kat KLIA,
Gua ingat sampai mati cream alloe vera warna hijau lu,
Gua takkan lupa bilik lu yang paling sejuk,
Gua takkan lupa penjenayah yang pecahkan gelas Matrikulasi Kedah lu,
Gua takkan lupa jasa laptop Acer lu untuk gua tumpang main PES,
Gua akan kenang basikal biru ada raga milik lu,
Gua terhutang budi 2 semester menumpang Shogun 125R lu ke kampus,
Gua mesti terbayang kita makan seafood di Muara Angke sampai senak,
Gua bakal merindui waktu kita berkumpul berborak sampai berjam-jam,
Lu memang abang kitorang kutu-kutu Rumah Doni,
Lu tak pernah miss tolong kitorang bila kitorang benkrap,
Dem, terlalu banyak memori melintas dalam kepala gua nak tulis.

Hati-hati Bob balik rumah. InsyaAllah pasti kita akan jumpa lagi lepas ni. Gua turun Selangor nanti gua cari lu sampai dapat, gua nak paksa lu belanja gua burger bakar. Sorry Bob, gua memang tak boleh tahan air mata gua tadi. Gua memang tak sanggup dan benci scene macam tadi. Ini memang tebiat gua dari kecik. Sebab ape, sebab aku sayang ke ko Bob. 5 tahun lebih kita susah senang bersama kat negara orang.

Hakikatnya boleh tahan 'kecik' gak kita dulu-dulu Bob, tak sekembang sekarang

0 comments

Inspirasi: Kenapa Malas Menulis

Alhamdulillah setelah lebih kurang 20 bulan bertungkus lumus, berpindah randah ke satu pulau ke pulau lain, akhirnya selesai pun perjalanan clinical aku di bumi Indonesia. Balik ke rumah Jakarta terjumpa buku Dari Tangjung Malim ke KLCC, kompilasi posting blog saudara Firdaus Ahmad. Mostly aku baca banyak cerita hal hidupan harian dia je sepanjang 7 tahun berulang alik dari Tanjung Malim ke KLCC tempat kerja dia tapi boleh sampai keluarkan buku dan menjadi minat ramai orang. Dan aku salah seorang peminat buku dan blog dia.

Point yang aku nak bahas kat sini, kenapa penulis buku ni boleh tulis buku yang menarik walau hanya berbekalkan kisah ulang-alik kerja tambah pengalaman hidup dia, yang aku rasa itulah kehidupan normal macam orang biasa-biasa. Bagi aku bakat yang dia ada dalam penulisan, bagaimana dia boleh olah cerita biasa menjadi sedap dibaca. Bancuh kopi Kapal Api jadi kopi Starbuck. Dan satu lagi rajin; bila ada idea langsung terus buka blogger update cerita.

Dan persoalan nya, 20 minggu aku bertungkus lumus clinical ni, sebenarnya sangat amat terlalu sungguh banyak cerita menarik yang aku rasa kalau buat catatan atau diari boleh dapat 200 page. Tapi haram satu habuk pun takde aku tulis. Kenapa? Ya, mungkin penghalang utama di situ penyakit malas berhantu. Soal bakat menulis memang aku sangat kurang. Tapi benda ni boleh di asah dengan banyak menulis dan membaca. Ya, dasar pemalas berhantu tu lah.

Jadi statement nya disini, kalau pandai ambil dan gunakan peluang, insyaAllah banyak pulangannya. Memang malas tu penyakit dari zaman Aristotle lagi dan susah cari ubat dia. Jom cari ubat malas!

p/s: Alhamdulillah dah habis segala posting clinical. sekarang menunggu majlis angkat sumpah dokter (pelantikkan). terlalu banyak cerita suka duka. kalau flashback sebenarnya banyak sungguh adventure selama clinical posting ni. untuk waktu sekarang, enjoy the moment. 

0 comments

Fahamilah Orang Sekeliling Kita

Suatu petang di Maternal & Neonatal Emergency Room datang satu keluarga dengan 2 baby kembar premature yang baru je lahir cuma masalah nya baby tu terlalu kecil; berat badan hanya 1000 gram dan 900 gram + premature. Isterinya bersalin di rumah dengan bantuan bidan, jadi 2 baby ni dibawa oleh ayah dan neneknya. Dan sebenarnya baby ni dah dibawa ke hospital lain sebelumnya tapi tak mampu di rawat sebab hospital tu minta deposit Rp5 juta/hari untuk kos perubatan. Jadi baby ini di refer lah ke hospital tempat saya praktikal.
Baby ni layak sebenarnya untuk dapat layaan perubatan percuma sebab dari keluarga miskin cuma mungkin keluarganya tak tau prosedur untuk memohon. Yang menjadi saya terkesan adalah cerita berikutnya;

Tampak ayah baby ni masih muda sekitar 20-an, orang kampung, dengan raut wajah bukan mat rempit dan wajah gementar baru dapat anak pertama tapi anak terlalu kecil. Jelas ayah baby ni dah putus harapan bila hospital saya praktikal ini pun tak dapat terima anaknya sebab incubator penuh. Nurse pun tanya apa pekerjaan ayah baby ni sebab kalau memang orang susah nak bantu urusan permohonan perawatan percuma.

Dengan suara kecil bergementar ayah baby ni kata saya cuma jualan mainan (menjual mainan kecil-kecilan di tepi jalan macam gambar di bawah ni). Tiba-tiba mengalir air mata ayah baby ni lepas dia bagitau pekerjaan dia. Danggg! Seriously scene saat ini sangat amat sungguh memilukan. Saya sebagai doktor memang harus memisahkan antara empati dan simpati tapi saya manusia biasa yang asal usul saya dari keluarga yang susah sangat terkesan dengan situasi ini. Seorang ayah yang excited nak menimbang putera pertama tapi puteranya sakit dan dia tidak mampu menanggungnya. 

Dalam situasi ini kadang ada yang menyalahkan keadaan keluarga yang miskin ni, kenapa tak berusaha lebih untuk dapat duit banyak. Kenapa tak sekolah betul-betul masa muda so boleh kerja yang baik dan ada gaji besar. Itulah kahwin lagi dengan orang susah, kan dah merana hidup. Kadang-kadang memang mudah kita judge bila tak kena batang hidung sendiri. Bukan dia yang minta jadi macam tu. Saya percaya dia pasti dah usaha sehabis mungkin untuk menyara keluarga dia dan rezeki dia hanya sebegitu. 


Sesekali cuba kita try rasa berada didalam situasi orang lain, buat kita lebih berfikir panjang. Jangan hanya pandai judge orang. Sebab itu saya sedikit sensitif bila orang menghina orang miskin ni, sebab pandai cakap tapi tak tau apa yang orang lain rasa. Memang orang miskin itu kurang harta tapi boleh jadi dia lebih kaya dengan hati budi; lebih kaya dengan akal fikiran. Kita semua sama, jangan terlalu memandang rendah ke orang takutnya kita itu lebih rendah dari dia.

P/s: akhirnya baby tu terpaksa dibawa semula ke hospital pertama tadi dengan borang-borang prmohonan pelayanan perubatan percuma. Kita hanya mampu bantu apa yang patut sebelum refer ke hospital lain. Terima kasih bang kerana menyedarkan saya erti kehidupan. Semoga anak abang dibantu dan sihat insyaAllah. Rezeki itu di tangan Allah, biarkan apa kata orang. Semoga rezeki kita dimurahkan olehNya.

0 comments

Pantang Selepas Sunat

Mak bapak atau nenek pasti akan suruh budak lepas sunat pantang makan dalam waktu 2-3 minggu lepas sunat. Tak boleh makan ayam goreng, telur, air coke. Boleh makan ikan singgam takpun ikan rebus je atau roti. Kasihannnn...

Sebenarnya untuk apa-apa keadaan selepas pembedahan (sunat/khatan juga dikira sebagai pembedahan kecil) tidak ada istilah pantang makan. Justeru memantang makan itu membuatkan luka pembedahan lebih lambat sembuh. Kerana apa, didalam waktu 1 hingga 2 minggu proses penyembuhan luka pembedahan tubuh memerlukan nutrisi yang cukup untuk membantu tubuh memperbaiki jaringan yang terbuka itu. Protein dari ayam atau daging, albumin dari telur dan lain-lain.

Pokoknya pesakit pasca pembedahan harus makan semuanya tanpa memantang; yang penting makanan yang sihat. Bagi adik-adik yang baru bersunat, bagitau mak ayah atau nenek nanti kalau di suruh pantang, benda tu tak baik untuk kesihatan. Ibu-ibu yang baru melahirkan pun lepas bersalin makan je apa yang terlintas di hati, jangan tahut bentan atau apa. Kesian, dah la sakit, makan pun terhad. Seharusnya tengah sakit lah nak request makan macam-macam kan. =)

Oh ya, dah nak cuti sekolah kan tak lama lagi. Selamat bersunat ya adik-adik di luar sana.

P/s: waktu saya bersunat dulu selama 2 minggu makan ikan haruan masak singgam.tak sedap, masin. tapi saya tau mak ayah saya buat demi kesihatan saya. cuma mereka tak tahu je.

1 comments

Pandang Sudut Pemikiran Mereka

Kadang-kala berada didalam profesi yang boleh dikatakan 'atasan' menyebabkan kita merasa lebih supreme dari orang lain. Meletakkan diri didalam kasta sendiri; hingga membuatkan kita susah memandang lebih ke bawah.

Menjadi doktor tidak semestinya hanya bergaul dengan tenaga medik seharian. Bergaul lah dengan semua orang hatta dia hanya seorang 'pencacai tukang angkat najis' bak kata P.Ramlee. Kita hidup bukan hanya ingin menjadi dokter semata tapi menjadi seorang manusia. Berlajar, bergaulah dengan semua orang untuk menimba pelbagai ragam ilmu buat bekal hidup.

Sebagai anak muda yang meningkat dewasa, bergaul dengan orang yang lebih veteran sedikit sebanyak membuka minda kita. Melihat perspektif dari sudut pandangan satu dunia yang berbeza membuatkan kita menjadi lebih berfikir; dalam rangka membentuk pemikiran yang lebih matang. Membuat persedian yang lebih untuk menghadapi realiti dunia kehidupan yang sebenar.

Bersiaplah kita menjadi seorang manusia dengan belajar dari sekitar. Luaskan pandangan dan pemikiran agar bisa mematangkan tindakkan. Bergaullah dengan semua orang!

0 comments

Tok Mudim Jadian

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama 2 bulan mencari patient, berlatih, perabis duit maka selesai sudah exam minor surgery. Task untuk posting surgery ini adalah jadi tok mudim muda; cari punai budak-budak dan potong kasi keluar itu kepala. Bahasa Jerantut panggil circumcision, daerah lain rasanya masih panggil sunat.

Today is my second circumcision patient but this one completely first time done by myself without interruption by the surgeon (my consultant). Impression pertama saya bila lihat patient ni adalah; Alhamdulillah jenis friendly, tolerate punya orang sebab dia bersuka ria berborak dengan mak nya atas katil sunat. Tapi indah khabar dari rupa, sejurus selepas block anesthesia, my patient mula dah merintih. My patient keep saying he still can feel the pain even I just clicking the clamp without clamping his prepucium. So I assume that he just scared on that time and the lidocain already works on. Continue my work.

Everything going smoothly without any miss cutting the prepucium and Alhamdulillah no massive bleeding even my patient keep crying from the start. Just had 2 problems besides my patient keeps crying; the artery is quit big so the bleeding "memancut-mancut" sampai kena baju assistance. Mengelabah juga nak mencari mana arteri tu, ditambah consultant duk perati. Tambah tremor tangan aku ni umapama mesin berkarat tak letak minyak bergerak. Alhamdulillah bleeding dapat diatasi, dan arteri diikat.

Berdiri di bawah lampu surgery, emergency room yang tiada kipas mahupun air-cond, tangan gemah gemalai bekerja dengan secepatnya, ditambah kesebalan melampau kerana patient menangis membuatkan keringat jantan mengalir di segenap pelusuk tubuhku. Dan sesungguhnya aku sangat lah tidak memalukan diri minta orang di sebelah lapkan peluh yang mengalir di dahi. Besunat je pun, bukannya craniotomy. 

Alhamdulillah, everything going well. My patient pun lepas siap dah senyap sampai balik rumah. Yang penting mood consultant aku nampak sangat baik tadi. Siap boleh melawak, meng-troll member aku so assume dia puas hati lah dengan hasil kerja kami. And he said that we did a good job as a beginner. Lulus ujian tu hal kedua yang penting adalah pengalaman untuk mengerjakan sendiri prosedur-prosedur minor surgery seperti;

  • asepsis dan antisepsis
  • local anesthesia
  • hecting
  • gunting jaringan kulit
  • identified type and location of the bleeding
  • mengatasi perdarahan (stop dengan point pressure atau ikat pembuluh darah)
  • dressing
  • post surgery medicine and education
Jadi lepas ni kalau ada siapa-siapa nak bersunat saya bersedia untuk menyunatkannya. Salah potong tu rasanya tidak, sakit sikit tu biasalah. Maklumlah, amatur belum banyak jam terbang.hehe....

Me and Azrin did the circumcision but this is with our practice patient couple weeks ago
p/s: Thanks to my best friend to assist me. Hal baju kena darah tu belakang kira la yek. Besok hantar laundry setel punya. Janji dah selesai ujian minor. Tak sempat nak bergambar apa, fikiran dah kelaut semua tadi.

1 comments

Resolusi Maya 2013

Mungkin sudah sampai waktu untuk aku buat penambah baikkan atas blog ni seperti tukar layout kepada yang lebih matang mahupun simple. Senang cerita tukar layout baru lah. Tema? Entah.

Baca-baca balik post-post lama, segan gak dengan cara penulisan aku, terutama artikel perubatan yang banyak di view orang. Macam mak nyah menulis pun ada, macam budak-budak darjah 6 pun ada. Sori ye teman-teman, dulu baru akil baligh dalam menulis. Masih belum banyak membaca dan menggunakan akal fikiran dengan baik.hehe...

Ok, resolusi 2013 adalah pembaikkan blog. Betul ni, caya lah cakap aku. Cuma, cuma, cuma nak tidur dulu. Besok banyak operation, bila free aku setelkan.Zzzzzzzz

p/s: Listen, listen, listen. Let me speak. Seriously aku segan dengan gaya penulisan aku dulu-dulu. Sapa yang baca jangan pandang serong ye.hehe....

0 comments

Panadol Hospital Power!

Ubat KK, ubat lejen zaman sekolah!
10 tahun dulu, bila sukan tahunan sekolah berlangsung, senior-senior yang masuk lumba lari 100m mesti cari satu benda ni, Panadol. Panadol merah beli kat kedai runcit Sri Devi tak ampuh, harus panadol yang ada tulis KK (kementerian kesihatan) yang hanya dapat dari hospital kerajaan. Yang ni baru boleh pergi dari otak sampai kaki. Sekali sprint 2 biji tak cepat effect dia, paling kurang 8 biji baru padu pergi. Kata abang-abang ni lah.

Menginjak status menengah atas, bila diamantkan menjadi sprinter rumah sukan hijau, tanpa berfikir rasional, bertanya lebih lanjut mahupun google aku pun buat hal yang sama. Keliling bilik form 1 cari ubat KK sebanyak mungkin. Beberapa minit sebelum berlari, dengan yakin berjalan ke water cooler aku menelan 8 biji obat KK. Badan rasa kemas dah ni nak berlari, ni at least 800 bhp bedesup boleh gi ni.

Ceh, hampeh. Second last gak result larian aku.

*     *     *     *     *

5 tahun aku menuntut di sekolah perubatan memberi tahu yang ubat KK dengan Panadol ni isi benda yang sama je. 500mg + 50mg caffeine, bungkus je lain. Dan yang paling penting, aku tak nampak satu pun kaitan panadol boleh bagi effect lari laju mahupun hilangkan rasa letih. Benda putih ni nak buat turunkan suhu badan ataupun penahan sakit ringan la woii..!
Cibai punya senior. 

0 comments

Tak Boleh Lempang Malam-Malam

Satu malam hening di asrama Tahap sekitar tahun 2004, bertempat di bilik No.14, 3 orang senior sedang melepak didalam bilik adik-adik form 1. Aku sebagai senior merangkap penjaga bilik 14 membawa 2 makluk bernama Thaqif dan Hazman melepak disini seperti malam-malam biasanya. Penguatkuasaan melarang senior melepak di bilik junior tengah hangat dikuatkuasakan, tapi maklum, jenis tak reti bahasa macam tiga orang ni memang sengaja mengundang nahas.

Sedang 3 makhluk ini rancak berborak didalam bilik yang samar-samar, muncul satu sosok yang dikenali didepan pintu bilik. Tak lain tak bukan Ustaz Hadzri merangkap warden bertugas melilau mencari manusia "degil" yang siap sedia menghayun tangan mahupun selaras buluh rotan ke bontot mangsanya.

"Yang bukan bilik ni sila keluar sekarang!" bentak Ustaz Hadzri

Kami bertiga tak mampu menipu pura-pura tidur mahupun study didalam gelap sebab ustaz memang pandang tepat ke anak mata masing-masing. Bentakkan tadi cuma basa-basi sekadar menambah ketegangan situasi.

Maka berbarislah kami bertiga. Aku sebagai ahli bilik kena menghadap gak sebab aku yang tukang bawak makhluk 2 orang lagi melepak bilik ni.

"Saya dah kata senior jangan lepak bilik junior! Kamu buat apa kat sini?" mata ustaz Hadzri melirik ke Hazman.

"Saya iron baju ustaz, bilik saya takde iron. Ni baru je siap" penuh bersahaja Hazman menjawap sambil menunjuk baju melayu putih sekolah Jumaat.

"Pergi balik kamu sendiri sekarang! Kamu?" sambil memandang Thaqif. Thaqif tak mampu nak bagi alasan sebaik Hazman, hanya mampu menunduk tanda bersalah. Ustaz Hadzri dah siap-siap nak bagi 'hadiah' tapi scene menarik belum habis takat ni. Tanpa tersekat-sekat tetiba makhluk bernama Thaqif ni berata-kata;

"Maaf Ustaz, memang saya dah buat salah tapi saya memang dari kecik tak boleh kena rotan malam-malam. Kalau siang takpe ustaz" 

Memang terkedu aku, macam mana boleh keluar excuse macam tu dari mulut member aku ni. Dan menambah kekeduan aku lagi bila ustaz suruh Thaqif balik bilik dan menerima bulat-bulat alasan Thaqif. Perghhh alasanni  memang tak beberapa boleh nak diterima dek filosopi hidup aku.

"Hah, kamu meh sini. Bawak member lepak bilik form 1 ye" Pangggggg, sedas pelempang hangat tepat ke pipi kiri. Termangu depan bilik, hanya mendengar desingan telinga memenuhi segenap ruangan telinga kiri. Sosok ustaz Hadzri terus hilang berlalu mengikut angin bertiup sambil unggas berterbangan. Dan aku hanya mampu melangkah longlai ke katil mengenang pipi yang tengah suam-suam kuku dilempang.

.  .  .  .  .  .  .  .

Selang beberapa minit kemudian, 2 ekor makhluk tadi datang ke bilik sambil ketawa guling-guling. Satu je kalimat yang mampu aku ucapkan malam tu, 
CIBAI PUNYE MEMBER!

*     *     *     *     *     *

nota: si hazman bukannya datang bilik nak iron baju. Baju yang dia tunjuk ke warden tu baju junior. entah bila lah mamat tu sauk baju tu dari katil junior sambil pura-pura milik sendiri. dah la baju kecik. dan sampai sekarang aku still tunggu si Thaqif bayar hutang rotan dia dari ustaz Hadzri! sebab keesokkan harinya semua berlalu seperti tiada yang berlaku malamnya.

kahkahkah....indahnya kenangan asrama Tahap

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...