Recent Posts

Posts RSS

Pemberitahuan, Sila Ambil Perhatian


Sesungguhnya blog ini tidak memberitakan sebarang maklumat terkini mengenai rusuhan yang sedang berlaku di Mesir. Link yang diberikan oleh Farid Asyraf Ramli di Facebook malam tadi hanyalah sekadar gurauan beliau.

Namun begitu berikut beberapa link yang saya tahu untuk up to date berita tentang rusuhan tersebut;


Jadi, bagi sesiapa yang masuk ke blog ini dan mencari berita mengenai rusuhan di Mesir memang tidak akan menemuinya. Tapi sekiranya mahu meneruskan membaca dipersilakan. Terima kasih.

p/s: sebarang kesulitan amat dikesali. kalau nak marah, marah ke Farid bukan saya.hehe...

0 comments

Photoghraphy #5: Airell Abdullah


Subject: Airell Abdullah (my cousin)
Location: Grandma house, Sungai Tekam Utara
ISO Speed Rating: 800
Focal Length: 51mm
Aperture: f/5.6
Shutter Speed: 1/15 sec
Camera: Canon EOS 1000D

0 comments

Berdirinya Aku di Jakarta (Bahagian 1)

Pada suatu petang Jumaat 3 tahun yang lalu di hadapan Dewan Mat Kilau, sewaktu aku sedang melatih adik-adik junior bermain kompang, tiba-tiba henpon aku berbunyi. Gambar ayahku terpampang di skrin Nokia 5300 putih-merah ini lalu aku pun beredar ke tepi dan menjawap panggilan tersebut. Sedikit hairan kenapa ayah aku call sebab aku dah beritahu awal-awal yang program habis Ahad dan balik ke Jerantut pada sebelah petangnya. Mungkin saja bertanya khabar kot.

Selepas ayat-ayat pembukaan, ayah aku memberitahu bahawa ada sekeping surat penting atas nama aku sampai ke rumah tengahari tadi. Aish, surat cinta ke, kalau kantoi segan juga. Ataupun surat tawaran ke Akedemi Fantasia musim ke-5 barangkali? Setelah tertanya-tanya sesaat dua, aku pun bertanyalah surat apakah itu. Lalu ayah aku membacakan tajuk surat berlogo Majlis Amanah Rakyat tersebut yang berbunyi;

Tuan/Puan;
PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

Wah, melanjutkan pelajaran ke luar negara? Pada ketika itu cuaca panas Gambang dah aku rasakan umpama salji tebal sambil aku melompat-lompat bersama snowman di hadapan London Bridge. Setelah berangan sesaat dua, aku kembali ke dunia nyata lalu menanyakan bilakah tarikh temuduga tersebut. Kata surat tersebut Selasa hadapan. Alamak, sempat ke aku nak sediakan dokumen-dokumen serta resume ni dalam masa 2 hari sebab aku balik Jerantut Ahad. Lepas bincang-bincang dengan ayah aku, aku putuskan untuk balik Ahad selepas program tamat.

Balik dari program orentasi di Matrikulasi Pahang, aku pun bertungkus lumus mengfailkan segala dokumen-dokumen penting serta menyiapkan resume yang diminta dalam waktu 2 hari. Aku tak berapa ingat waktu ini cuma yang melekat dalam ingatan adalah aku sms Nadhirah bertanyakan perihal temuduga sebab ayah dia dekan di UniSZA. Nak mintak lah sikit-sikit nasihat dari yang pakar sebab aku fikir ayah dia mesti pernah jadi panel penemuduga. Lepas mesej-mesej dapatlah input-input yang berguna dari Nadhirah, almaklumlah inilah pertama kali aku kena pergi temuduga. Temuduga penting pulak tu. Terima kasih banyak-banyak Nadhirah.

Sketch asal resume yang dihantar sewaktu temuduga tersebut, terjumpa semula setelah 3 tahun

Temuduga akan diadakan pada sesi petang Selasa di ibu pejabat Mara di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Ah sudah, Jalan Raja Laut? Celah mana pulak jalan ni. Dalam otak aku hanya tahu stesen bas Pekeliling, Bangunan YaPEIM, Sogo dengan Puduraya je. Yang lain haram aku tak tahu. Jadi aku pun bertanyalah kawan aku Syed Fadhli yang waktu itu belajar di UIA Petaling Jaya. Dia tanya tahu tak Sogo? Aku pun kata tahu sebab ada demonstrasi Bersih dulu kat sini. Dia kata pejabat Mara kat sekitar Sogo tu lah. Ok lah kalau begitu.

Hari Selasa menjelma, berangkatlah aku dan ayah aku ke Kuala Lumpur menaiki bas Tahan Express. Kenapa naik bas? Sebab ayah aku tak tahu jalan-jalan KL ni. Lagipun Pekeliling ke Sogo naik LRT, senang je. Mulanya aku nak pergi seorang diri tapi mak aku berkeras suruh ayah aku temankan. Bagus juga, jimat belanja, ada orang bayarkan kalau nak makan-makan. Maka meluncur lajulah bas putih ini membelah hening pagi melalui highway PLUS Karak membawa seorang anak muda ditemani bapanya dalam episod kehidupan barunya. Pada pagi tu juga result MUET keluar dan boleh dicek guna sms, jadi aku sms la. Hampir berbelas sms aku hantar tapi habuk tarak sms aku direply. Mana aku tak mencarut.

Sampainya aku di Pekeliling, dengan lagak machonya aku membawa ayah aku menaiki LRT menuju stesen Bandaraya. Yelah, ayah aku mana tahu sangat selok-belok KL ni, dan kebetulan pada awal zaman matrikulasi dahulu aku selalu ada program dan mesyuarat di KL dimana memerlukan aku ke sana seorang diri. So aku terer sikit lah konon-kononya bab LRT ni. Jadi bergeraklah aku menaiki LRT dari stesen Titiwangsa menuju stesen Bandaraya dengan bangunan Sogo dijadikan sebagai penanda aras.

Sampai di stesen Bandaraya, aku pun turun dari LRT. Tepat depan stesen LRT terpacak bangunan kuning Sogo dan dengan pantas mata aku melilau kiri-kanan mencari bangunan Mara yang katanya warna biru. Damn, baru aku ingat tingkat pengetahuan aku pasal KL hanya sengkat bangunan Sogo sahaja. Guana nih. Lalu ayah aku pun mencadangkan naik teksi sahaja, sebab driver teksi mesti tau tempat tersebut.

Jadi aku pun tahanlah teksi didepan stesen LRT Bandaraya lalu berkata nak ke bangunan Mara. Pakcik teksi tu pandang pelik ke belakang. WTH pulak pakcik ni pandang-pandang pelik gini, muka kampung sangat ke aku ni. Aku pun menguatkan argumen aku dengan mendetailkan lagi destinasi yang ingin dituju iatu "Bangunan Mara Jalan Raja Laut". Pakcik teksi tu pun masuk gear satu lalu bergerak, masuk gear dua 10 saat dia berhenti dan berkata "Ok, dah sampai, tu kat belah kanan tu dik bangunan Mara". Laaa, selang 2 bangunan je rupanya Sogo dengan bangunan Mara, meter teksi pun tak sempat naik. Patut lah pakcik tu pandang pelik. Aku pun tersengih lalu menghulurkan RM2 tambang teksi. Turun teksi aku tengok ayah aku sedang menahan gelak. Aku pun tak tahan ooo, lalu terburai jugak gelak 2 orang anak beranak ni kat tepi jalan. Mana tak nya, naik kereta tak sempat masuk gear 3 dah sampai destinasi.

Masuklah kami berdua ke bangunan Mara dan tiba-tiba......(bersambung)

2 comments

Tora Datang Lagi Dengan.....

"Tora datang lagi dengan gasing terbang ajaib...!"

Bagi mereka yang zaman kanak-kanak sekitar awal 90-an dahulu, ayat iklan di atas cukup untuk membuatkan budak-budak berlari melihat televisyen kemudian terpegun dengan aksi iklan yang dipaparkan. Tanya sahaja ke budak-budak zaman tersebut Tora, DingDang, dan JoJo, pasti semua tahu. Iklan pun simple je, dengan gasing terbang nampak tali penggangtungnya, budak 2,3 orang besuka ria bermain dengan background warna merah, tone suara yang sama tiap bulan tapi cukup mengesankan budak-budak.

DingDang dengan kotak biru maskot ala-ala doraemon serta Tora berkotak putih bergambar pensil membawa sudu didalam mulutnya

3 jenis pemainan ini sangat popular di kalangan kana-kanak walaupun kalau dilihat permainan yang ditawarkan tidak lah sehebat mana. Namun kerana murah, dilihat cool serta mudah dibeli dimana-mana, permainan ini sangat mendapat sambutan.

DingDang lebih murah daripada Tora yang beharga RM1.20 kalau tak salah. Sekali-sekala beli JoJo sebab dia ni mahal sikit, kotak pun besar. Seperti yang sedia maklum, isi kandungannya berupa mainan yang simple beserta sekampit makanan ringan. Kalau DingDang dan Tora makanan yang dapat adalah bebola coklat, JoJo dapat makanan best sikit iatu biskut coklat bear. Tapi sekarang dah tukar makanan tu kot.

JoJo dengan kotak unggu gambar badak sumbu

Makanan bukanlah pekara yang diinginkan melainkan mainan tersebut. Gasing terbang, pistol getah, ulat lembik boleh melekat di dinding, dan macam-macam lah. Dengan harga sedemikian permainan tersebut dikira berbaloi lah. Lagi pun zaman-zaman tu bukan nya ada duit nak beli permainan mahak-mahal.

Inilah permainan kita dulu-dulu. Zaman tu mana ada Playstation, game komputer. Kalau ada pun kat rumah orang-orang kaya je. Mana mampu beb. Tora pun jadi lah. Tiap sebulan dia akan tukar permainan baru. Bila lalu je depan kedai surat khabar stesen bas Jerantut tak pun pasar pagi, mulalah buat-buat muka sedih sambil merenung ke kotak putih tu. Lepas tu mesti ayah cakap "nak ke, pegi lah ambik". Tapi kadang-kadang skill ni tak menjadi pun. Dah tiap bulan skill sama je.

p/s: indahnya kenangan zaman silam dahulu kala

6 comments

Sawan Babi

Orang punya sawan babi dapat nama. Kesian babi tak bersalah apa-apa pun dalam hal ini. Babi langsung tidak menyebabkan orang kena sawan, dan babi sendiri pun rasanya tidak pernah kena sawan sampai semua orang menamakan sawan itu sawan babi. Kalaulah babi boleh bercakap, mesti dia sedih sebab main tuduh-tuduh dia.
Gambaran umum serangan sawan babi

Apakah itu sawan babi sebenarnya? Di Jerantut orang panggil penyakit ni "Pig Seizure" dan di taman perumahan saya barulah orang panggil ia Epilepsy. Maju Jerantut kalau nak tau.

Nama ilmiah bagi sawan babi yang kita sering dengar sebenarnya adalah epilepsy. Jadi bagaimanakah sawan babi atau bahasa Jerantutnya epilepsy terjadi?

Seperti yang kita tahu, secara umumnya serangan sawan babi diperlihatkan dengan tubuh mengalami kekejangan. Kekejangan yang berlaku adalah disebabkan terjadinya ketidak seimbangan impuls excitatory di korteks otak manusia, dimana berlaku peningkatan impuls yang sangat drastik. Dikatakan serangan epilepsi terjadi apabila saraf otak manusia di rangsang 500 kali lebih banyak dari kadar normal seterusnya menyebabkan berlakunya abnormal activities saraf motorik tubuh.

Aktiviti abnormal saraf ketika berlakunya serangan

Apakah Tanda-Tanda Mengalami Serangan Sawan Babi?
Umumnya serangan berlaku secara tiba-tiba, dimana pesakit tiba-tiba kejang seluruh tubuh dalam tempoh tidak lebih dari seminit. Kejang ini akan diikuti dengan tangan atau kaki menyentat (jerking) dan pesakit akan pengsan. Mulut mungkin berbuih dan pesakit mungkin akan terkencing atau terbuang air besar. Ini dipanggil epilepsi grand mal.

Bahayakah Sawan Babi?
Sawan babi tidaklah merbahaya. Kebanyakkan pesakit sawan babi tidaklah mempunyai sebarang kelainan neurologis melainkan berlakunya peningkatan aktiviti didalam otak pada keadaan-keadaan tertentu seperti yang telah diperkatakan diatas. Cuma yang mendatangkan bahaya sekiranya otot pernafasan pesakit terhenti ataupun pesakit berada didalam posisi merbahaya ketika serangan berlaku sebagai contoh memandu atau berenang.

Apakah Penyebab Terjadinya Sawan Babi?
Sebut epilepsi lah sedap sikit. Epilepsi umumnya disebabkan oleh beberapa keadaan seperti kelainan metabolik tubuh, kecederaan otak, tumor, ataupun penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer. Namun begitu terdapat beberapa situasi yang boleh mencetuskan terjadinya epilepsi iatu;
  1. Kurang tidur
  2. Tekanan perasaan/stress
  3. Merokok
  4. Datang haid
  5. Kelaparan
  6. Penagih alkohol/dadh yang tidak dapat alkohol/dadah dalam satu tempoh tertentu
Apa yang Perlu Kita Lakukan?
Sekiranya kita melihat seseorang itu tiba-tiba kejang, longgarkan pakaian terutama di leher dan dada agar ia bisa bernafas. Sekiranya lidah tergigit, jangan memaksa tangan masuk ke dalam mulut kerana boleh menyebabkan terjadinya retak rahang, patah gigi, cedera mulut serta kecederaan jari kita sendiri. Lidah yang tergigit sudah pun tercedera pada saat awal serangan berlaku dan usaha kita untuk cuba membebaskan lidah adalah sia-sia.

Posisi yang perlu dilakukan kepada pesakit epilepsy

Bawa pesakit ke tempat yang jauh dari bahaya seperti ke tepi jalan ataupun menjauhi rak televisyen. Miringkan pesakit agar air liur tadi yang keluar tidak tersedak dan tidak tertelan lidahnya. Pastikan anda berada disisi pesakit hingga serangan kejang berhenti. Umumnya serangan akan berhenti sendiri sekitar 2 hingga 3 minit. Kemudian bawa ke hospital berdekatan.

Bagaimanakah kita Mengetahui akan Terjadinya Serangan Epilepsi?
Pada sesetengah individu, serangan epilepsi akan didahului dengan satu sensasi yang dipanggil aura dimana pesakit akan merasa pening, perubahan emosi, terbau bau yang busuk, telinga berbunyi, tangan atau kaki bergerak-gerak (jerking) dengan sendirinya. Aura ini akan berlaku beberapa saat atau minit sebelum tubuh menjadi kejang keseluruhannya. Jadi bagi yang sudah biasa, mereka akan bersedia terlebih dahulu apabila merasakan aura ini agar ketika serangan tidak berlaku hal yang merbahaya. Sebagai contoh ketika sedang memandu, pesakit akan memberhentikan kenderaan ditepi jalan sebentar agar tidak berlaku serangan ketika masih memandu.

Pembahasan Ilmiah
Epilepsi terbahagi kepada 2 bahagian utama iatu Partial Seizure dan Generalizes Seizure. Setiap bahagian ini pula akan terbahagi kepada beberapa bahagian lagi iatu;

Partial Seizure
  • Simple Partial Seizure
  • Complex Partial seizure
Generalize Seizure
  • Absence Seizure (petit mal)
  • Atypical Absence Seizure
  • Myoclonic Seizure
  • Tonic-Clonic Seizure (grand mal)
Hari ini saya akan membahaskan 2 bahagian seizure yang sering berlaku sahaja iatu petit mal dan grand mal.

Petit Mal
Petit mal merupakan serangan epilepsi yang tidak terlalu hebat dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan sebentar sahaja. Sebagai contoh sedang kita menulis, tiba-tiba seluruh aktiviti kita terhenti dan kita kelihatan seperti termenung seketika. Setelah beberapa saat kita sedar kembali dan meneruskan menulis.

Grand Mal
Grand mal adalah serangan yang digambarkan diatas dan yang selalu diperkatakan sebagai sawan babi. Badan kejang, menyentat (jerking), kancing gigi, mulut berbuih dan tidak sedarkan diri

Maka, selepas ini sekiranya kita melihat seseorang mengalami gejala-gejala diatas, pastikan anda membantu beliau kerana dikhuatiri pesakit mengalami kecederaan akibat terjatuh ataupun kesukaran bernafas. Penyakit ini tidak merbahaya namun kerana hilang kesedaran dalam keadaan tertentu boleh membahayakan keadaan pesakit. Jerit minta tolong dan lakukan langkah mudah yang dituliskan diatas. Pastikan juga pesakit masih bernafas.

Bantuan ringkas anda boleh menyelamatkan nyawa seseorang!

0 comments

Perlukah Singkatan di dalam Penulisan?

"kOwang ni, nApew slAlu kUtUk aq, napEw owg sLaLu naMpak jew slh aq, dEw je y xBtl, naPew?"

Pasti anda selalu melihat struktur ayat seperti diatas dilaman-laman sosial seperti Facebook ataupun Twitter member-member anda. Kalau tidak perasan meh saya perasankan;
  1. tulisan kejap uppercase kejap lowercase
  2. bunyi sesuatu perkataan sengaja di buat bunyi mengada-ngada seperti "kenapa" menjadi "napew"
  3. perkataan diringkaskan dengan terlalu ringkas
Mari kita lihat dari point nombor 1. Kenapakah sindrom uppercase-lowercase ini menjadi habit bagi sesetengah manusia sedangkan ia sangat menyusahkan untuk menulis. Kejap tekan shift kejap tak tekan shift untuk mendapatkan pola tulisan sebegitu. Kalau nak taip mesej pun perlu tekan 4 kali butang nombor 2 untuk dapatkan huruf "A" berbanding tekan sekali je untuk huruf "a". Adakah ia nampak kreatif? Sesungguhnya tidak, melainkan memeningkan mata orang membaca lalu menimbulkan rasa menyampah si pembaca? Tak percaya, tanya lah si pembaca.

Point nombor 2 yang paling saya tak puas hati. Kenapa dijadikan "napew", orang dijadikan "owg", ada dijadikan "dew". Kalau nak singkatan, cukuplah sekadar menulis "nape", "org", "ade". Tidak perlu untuk menukarkan bunyi perkataan tersebut kepada bunyi yang pelik-pelik. Sesungguhnya gaya penulisan tersebut sangat-sangatlah menambahkan kemualan orang yang membacanya. Pendek kata gedik sangatlah. Tak percaya? Tanya sekali lagi orang yang membacannya.

Point nombor 3 tidak lah menjadi permasalahan sekiranya didalam SMS ataupun nota ringkas. Dan di laman-laman sosial juga tidak lah terlalu dilihat sebagai suatu yang aneh. Cuma sekiranya di forum-forum ataupun blog, terlalu banyak singkatan juga akan menimbulkan rasa boring pembaca kerana mungkin sebahagian perkataan sukar dimengerti serta menampakkan ketidak-matangan si penulis. Namun bagi saya hal ini masih tidak terlalu menjadi masalah.
Jadi point saya disini adalah, janganlah kita menugubah sesuatu perkataan sesuka hati seperti diatas kerana sesungguhnya bukanlah kretif nampak disitu melainkan rasa menyampah, mual dan gedik. Tulis je biasa-biasa, orang pun mudah baca, secara tidak langsung orang pun tidak muak.

p/s: gaya penulisan seseorang itu boleh menampakkan kematangan serta tingginya pengetahuan penulis tersebut.

2 comments

Tolonglah Tepati Waktu...!

Jem sungguh dapat universiti yang pakai jam matahari ni. Kabo exam pukul 1.30pm, tup-tup pukul 3.30pm baru nak start. Tekanan perasaan sungguh laa dengan situasi macam ni. Kalau setakat test ke kuiz ke takpe lagi. Ini final test ooo, boleh jatuh pointer aku.

Rimas beb dengan situasi begini. Tiap kali exam tu, bukan sekali dua. Sabar-sabar, sebab sabar tu separuh dari iman. Boleh dikatakan inilah torque paling hebat yang boleh diaplikasikan kelak. Siap la kalau aku jadi lecturer nanti.

Walaupun exam dah habis, next 2 minggu exam lagi. Gasak la exam tu, malam ni besuka-ria dulu. Ayuh...!

p/s: sebelum grad, aku nak ajak budak-budak ni belikan jam dinding sebesar alam nak hadiahkan ke kampus.

0 comments

What a Day

Warghhh....19 Januari dimulai dengan insomnia. Otak dah tepu, nak baca buku dah tak masuk so tido la. Guling-guling atas katil, pusing kiri, pusing kanan, telentang, telungkup, kuak rama-rama, gaya bebas, segala skill dah keluar mata still tak mau tutup. Setelah 2 jam beraksi baru nak lelap.

3 jam tidur kemudian bangun dengan dyspepsia. Alamak, spoil pagi ni, nota still ada sikit lagi nak dihabiskan. Perut dah merengat, tapi kat luar hujan. Segala stok makanan dah habis. Takkan nak buat kopi 'o' lagi, ibarat menyiram petrol ke unggun api ni. Ahhh, redah jela hujan beli roti bakar kat warkop. Lepas makan-makan, baca la nota dalam keadaan mengantuk. Nak sedapkan hati.

7.30am, kelas Neurology bermula. Kelas yang memerlukan penumpuan perhatian penuh ni boleh aku tidur. Lama dah tak buat perangai macam ni. Selamat sempat catat nota separuh, yang lain tu nanti-nanti lah.

9.20am, PBL. Aiyaaaa, benci sungguh la menda alah ni sebab satu habuk tak prepare lagi. Mau terkebil-kebil kang taktala semua hebat dengan hujah masing-masing. Tup-tup masuk Dr Setiawan, lega sikit. Dan beliau siap buat lawak lagi dengan situasi lebih kurang begini;

Pelajar : Doc, kumpulan kami kena discuss kes nombor berapa?
Lecturer : Kes epilepsy.
*semua budak group terpinga-pinga*
Lecturer : Kes nombor 4
*dengan spontan budak group ketawa terbahak-bahak*
Lecturer : Lah, kenapa korang pegi gelak semua ni

Kalau yang tak berapa faham situasi di atas, pada setiap permulaan PBL semua pelajar akan diberi satu kes perubatan untuk dibincangkan. Part paling susah adalah part untuk mendiagnosis penyakit dalam kes tersebut. Tapi tadi, belum sempat kami baca kes group kami sendiri, lecturer dah bagi tau diagnosisnya. Mana tak kami semua gelak. Dia pun turut sama gelak sebab terkantoikan skema jawapan. So tak payah la kami nak pening-pening bergaduh menegakkan diagnosis kes kami kali ni.

Mungkin la time PBL sedikit happy tapi masih menanti assignment untuk di present minggu hadapan.

Sesudah PBL pegilah menuju kantin makan-makan. Lepas makan-makan, menuju pula ke perpustakaan konon-konon nak study. Baca nota tak sampai 30 minit perut lapar semula, Aish, ada bela jin ke apa aku ni.

1.00pm, exam Urogenital pun bermula. Selak soalan, ada 55 je, ok la. Baca-baca soalan, damm! soalan lepas-lepas kot tapi kenapa aku langsung tak ingat. Sejam yang menyakitkan hati taktala melihat soalan yang dah pernah jawap tapi jawapan tak melintas langsung depan otak. Bila nota dah terbayang di kepala, tajuk nota tu pulak yang tak muncul. Aisemen...

Habis exam balik umah, solat lepas tu terus buka laptop. Apa aku nak buat ni bagi lepaskan tension aku ni? Bagi cadangan sikit. Malam ni ada futsal pukul 10-12.00 am. Hajat dihati nak sepak bola kuat-kuat, lepas tu buka dompet. Cis duit cukup-cukup makan je ni. Malam ni nak makan nasi ke makan bola? Aishh....nasib3

Hari yang sangat sangat sangat............................................sambung la sendiri dengan apa-apa ayat yang anda suka.

p/s: sabar itu separuh dari iman

0 comments

Rutin Pelajar

Alahai, letih mata menghadap nota-nota yang kadang-kadang mudah dibaca, kadang-kadang hamun menyelaknya. Ini lah rutin kami pelajar di Ukrida, hampir tiap minggu akan ada ujian. Ujian akhir ye, bukan kuiz mahupun test.

Esok petang paper Urogenital. Selang 5 hari paper Neurology pula ditambah dengan assignment PBL yang perlu di present 10 hari dari sekarang. Selang 10 hari lepas siap submit dan present PBL, paper Neurology 2 menjelma lagi.

Inilah rutin kami, exam, exam, exam. Sampai dah tiada feel nak exam sebab dah lali dengan menda ni. Padan muka aku!

p/s: Semoga kita diberi kesabaran dan dipermudahkan olehNya. Selamat berjaya kepada yang exam esok

1 comments

Evolusi Kopiah di Sekolah Agama

Saya memulakan zaman sekolah menengah sekitar tahun 2002 hampir 9 tahun yang lalu dan memilih bersekolah di sekolah menengah agama di Jerantut. Saya tinggal di asrama hampir 5 tahun sehingga tahun 2006 dan sepanjang 5 tahun berada di asrama sekolah menengah saya dapat melihat satu budaya pelajar sekolah agama ini. Budaya yang saya maksudkan adalah budaya berkopiah dan saya yakin pelajar-pelajar berasrama lain diseluruh Malaysia turut berbudaya yang sama.

Berkopiah adalah sunnah Rasulullah, dan pada masa yang sama dijadikan fesyen untuk pelajar ini sedikit bergaya. Tidak apa, fesyen islami, bergaya sambil mendapat pahala. Jadi sejak saya tingkatan satu hinggalah saya sudah di tahun 3 universiti ini, saya dapat lihat perubahan-perubahan fesyen dan jenis kopiah yang digunapakai orang sekarang.

AWAL 2000
Pada sekitar tahun 2000 dahulu, kopiah raihan menjadi tarikan utama. Kopiah tebal dan mempunyai sebatang tangkai ditengah-tengahnya menjadi buruan pelajar. Kenapa dipanggil kopiah raihan? Ini kerana kumpulan nasyid Raihan memakai kopiah ini sebagai trademark mereka lalu lekatlah nama kopiah raihan atau juga dipanggil tarbus.

Pada waktu itu, kopiah ini agak sukar dicari dan sepanjang saya mencarinya yang menjual hanyalah pak-pak sheikh Pakistan yang selalu jual minyak atar di lorong-lorong jalan. Harganya juga sedikit mahal sekitar RM30.00 pada ketika itu. Untuk membezakan yang original atau tidak adalah cap emas dibahagian dalam kopiah yang ada gambar tarbus serta bertulis Made in Czech Republic.

Kalau mahu yang lebih murah, ada lagi 2 jenis dimana bahannya lebih tipis serta tangkainya lebih bulat. Tapi saya tetap memilih yang persis seperti raihan ni, sebab nampak lebih cantik dan cool. Kalau di sekolah saya itu dahulu, memang ramai yang ada kopiah ini, tidak kira yang nipis atau tebal.

SEKITAR 2007
Sekitar tahun 2007, ketika saya di matrikulasi, saya telah nampak wujudnya pula satu jenis lagi kopiah seperti gambar disebelah. Saya panggil kopiah tabligh sebab orang tabligh ramai pakai kopiah ni tapi kalau di internet dia tulias kopiah karkun. Apa-apa jelah.

Pada ketika itu, kopiah raihan dah jarang dilihat melainkan kopiah ini. Bahannya simple, hanya kain cotton tanpa corak. Selain nipis, harganya juga sedikit murah iatu sekitar RM5.00 sahaja. Harga yang murah serta selesa mungkin menyebabkan kopiah ini lebih dipilih ramai barangkali. Dan ia juga dijual dimana-mana sahaja, kedai buku, pasar malam, kedai jual kaset agama. Pokoknya sangat sesuai untuk pelajar!

Ada macam-macam warna, merah, biru, hijau, putih, hitam. Dan yang saya paling tertarik pernah jumpa kopiah tersebut warna hijau terang dan bulat diatasnya itu bewarna putih. Dah macam bendera "Bulan Mengambang". Menarik!

SEKITAR 2010
Saya kurang pasti sebenarnya bila kopiah Pas ini mula popular cuma yang saya tahu bila saya dah di universiti kopiah ini mula nampak di pasaran. Kenapa dipanggil kopiah Pas? Ini saya yang panggil sebenarnya sebab ramai orang-orang pas memakai kopiah ini dan ia juga mula menjadi fesyen. Nama sebenar saya kurang tahu.

Ciri-cirinya khasnya adalah ia mempunyai satu cop bertulis jenamanya didalam tulisan jawi di bahagian sisi luar kopiah. Dan warna putih sahaja yang saya lihat mendominasi pasaran mungkin tidak seperti kopiah-kopiah diatas yang bewarna-warni.

Menurut adik saya, kopiah ini yang original juga sedikit mahal. Saya kurang pasti harganya berapa tapi kalau tidak salah diatas RM20.00. Dan hingga sekarang kopiah ini masih menjadi trend di Malaysia. Saya kurang suka kopiah ini kerana ia sedikit pendek.

Ada macam-macam jenis kopiah lagi seperti kopiah Hijjaz, kopiah Rabbani, kopiah balik haji namun ia tidak menjadi trend seperti 3 kopiah diatas.

Trend berkopiah dikalangan pelajar dan remaja sangat-sangatlah baik. Sememangnya kopiah bukanlah hanya satu-satunya simbol Islam namun dimata masyarakat biasa, pemakai kopiah itu adalah Muslim. Jangan malu berkopiah. Mahu mengikut fesyen, ikutlah selagi tidak membebankan poket serta tidak mendatangkan riak. Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada yang cantik. Kopiah bukanlah milik pelajar jurusan Usuluddin mahupun Syariah, tapi juga milik pelajar Kejuruteraan, pelajar TESL, pelajar komunikasi dan sesiapa sahaja.

p/s: lepas ni ada kopiah apa pulak yang akan jadi trend? kita tunggu dan lihat.

5 comments

Financial Crisis

Sekeping kertas mampu menimbulkan kerungsingan fikiran. Dengan sekeping kertas juga mampu membuatkan seorang tersenyum hingga ke telinga selama berhari-hari.

Ringgit, Rupiah, Dollar, Yen, Rupee, Bath dan lain-lain merupakan nama samaran bagi kertas ini. Hakikatnya kertas ini langsung tiada nilai yang pasti melainkan nilai diatas keyakinan sahaja. Dasar mainan kapitalis!

Saje je merepek. Sebenarnya nak cerita pelajar yang menerima scholar macam saya ni selalu menghadapi krisis kewangan dihujung-hujung bulan. Pada tarikh 22, 23 atau 24 masih boleh tersenyum kerana duit scholar baru masuk namun selang 2 minggu kemudian muka mula menunjukkan reaksi masam mencuka. Dan kadar kemasaman muka itu semakin hebat taktala memasuki minggu ke-4 lebih-lebih lagi andai tarikh scholar sepatutnya masuk itu jatuh pada hari cuti. Maka terpaksalah menanti 2 atau 3 hari untuk akaun bank terisi semula.

Sememangnya scholar tak cukup ke? Kalau dikira-kira, scholar yang diberi itu cukup, tapi adat lah student kadang-kala mahu juga bergembira. Bergembira juga memerlukan wang. Saya tidak mahu hanya duduk dirumah menghadap buku 24 jam, takut-takut nanti masuk hospital sakit mental.

Berjimat dan menabung? Ya, saya juga berjimat dan juga menabung tapi berapa sangatlah yang boleh disimpan tiap bulan. Bila simpanan dah banyak sikit, masa itu lah kena beli tiket flight balik Malaysia. Ada simpanan sikit kena bayar short sem. Ada simpanan lebih sikit kena bayar ini bayar itu lah. Kosong balik tabung.

Fakta yang anda perlu ketahui bahawa tingkat sara hidup di Jakarta lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur dimana kos sara hidup di Jakarta berada di ranking 94 manakala di Kuala Lumpur 138. Buktinya di sini.

Bagi yang diluar sana yang tidak mendapat scholar, anda perlu tahu bahawa scholar yang diberi sememangnya cukup. Namun dengan pola kehidupan era ini, jumlah yang diberikan cukup-cukup. Cuma yang hairannya, rata-rata penduduk sekitar saya ini pendapatan bulanannya lebih rendah dari scholar bulanan kami tapi mereka masih boleh survive.

Pendek kata, bijaklah dalam menguruskan kewangan. Saya akui saya sedikit boros tapi tidak lah terlalu boros. Kadang-kadang je. Saya tidak tahu kawan-kawan saya mengalami nasib yang serupa atau tidak tapi saya yakin ramai yang bernasib seperti saya. Lepas ni makan nasi berlaukkan tempe sahaja lah. Balik Malaysia naik tongkang lepas tu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak short sem.

p/s: tiap bulan je mesti krisis. bila la aku nak senang-lenang. macamana aku nak simpan duit buat belanja kahwin ni. alamatnya kena tunggu 2015 gak la kahwin ni.huhu...

1 comments

Photography #4: Jiwang didalam Kehijauan



Subject: Zaki Marsoha
Location: Gunung Gede Pangrango National Park
ISO Speed Rating: 100
Focal Length: 40mm
Aperture: f/5.0
Shutter Speed: 1/100 sec
Camera: Canon EOS 1000D

1 comments

Gagal Bukanlah Noktah

Kadang-kala kita sering merasa kecewa dengan keputusan peperiksaan. Kadang kala kita sering merasa terhina kerana tidak mampu semewah teman yang lain. Kadang kala kita sering merasa malu kerana tidak mempunyai rupa paras yang menarik, bentuk tubuh seperti tong minyak. Kadang kala kita sering merasa langsung tidak berguna dalam hidup dan komuniti.

Pernahkah anda merasa sedemikian? Ya, pastinya kita semua pernah merasakan perkara sedemikian. Berada didalam keadaan gagal melakukan sesuatu pekerjaan, sangat pantas untuk menimbulkan rasa tekanan dan hilangnya semangat untuk meneruskan hidup-hidup mendatang. Namun begitu, tahukah anda masih ada yang lebih "layak" dari anda untuk merasa perasaan sedemikian?

Mari kita saksikan video ini;



Lihat kekurangan yang dipunyai insan bernama Nick Vujicic, tidak mempunyai kaki dan tangan. Dia sendiri mengakui ketika kecik beliau merasa sangat tidak beruntung dengan keadaan fizikalnya. Dia tahu yang dia tak mungkin untuk berkahwin, tidak mungkin untuk mempunyai kerja dan tidak mungkin sesekali menjalani kehidupan normal.

Namun begitu, kalimat "bersyukur" menjadikan dia kuat dan tabah untuk menempuh hari-hari mendatang. Bersyukur dengan apa yang dia ada dan gunakan apa sahaja kebolehan yang ada untuk melakukan sesuatu. Gagal? Ya sudah pasti, namun adakah kegagalan menjadi titik noktah?

Pada video yang lain, ditunjukkan dia jatuh dan kerana tidak mempunayi kaki serta tangan menyebabkan untuk bangun semula adalah satu perkara yang mustahil. Namun dia berusaha dan terus berusaha untuk bangun tegak semula walaupun sering gagal. Sekiranya dia gagal lalu mengalah, maka sampai akhir hayatlah dia tetap terbaring sedemikian.

Dalam hidup ini, jangan sesekali kita mudah mengalah dengan sebarang kegagalan yang dialami. Hasil satu-satu pekerjaan ditentukan olehNya yang penting adalah usaha kita. Gagal sekali tidak beerti selamanya, tetapi kegagalan itu sebenarnya adalah satu kejayaan yang tertunda! Bersyukurlah dengan apa yang telah ditakdirkan kerana Allah itu lebih mengetahui dari kita. Masih ramai insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana yang lebih memerlukan namun semangat mereka kuat.

Bersemangatlah teman-teman ku! Janganlah sesekali kita kecewa dengan kegagalan! Jadikan ia pedoman! Kekurangan pada diri kita sebenarnya adalah kelebihan! Bersyukurlah!

p/s: tersentuh hati melihat insan kurang bernasib baik ini. Antara part yang sedih bila dia kata yang dia sejuk tapi tiada tangan untuk cover tubuhnya. Kalau saya berada ditempatnya pasti saya merasa sangat-sangat down.

0 comments

Carpal Tunnel Syndrome

Carpal Turner Syndrome merupakan satu penyakit yang mengenai jari tangan dimana 3 jari (jari ibu, telunjuk, hantu) menjadi lemah, kaku, sakit, sukar memegang objek kecil dan rasa kesemutan (tingling). Bagaimanakah sindrom ini berlaku?
Gambaran anatomi tapak tangan kanan

Secara umumnya, 3 jari ini (jari ibu, telunjuk dan hantu) dipersarafi oleh Median Nerve (N. medianus). Saraf ini memasuki kawasan tangan melalui bawah Transverse Carpal Ligament dimana laluan ini juga dipanggil Carpal tunnel yang terletak di pergelangan tangan.

Carpal tunnel syndrome terjadi akibat saraf tersebut tertekan atau tersepit oleh Tranverse Carpal Ligament. Penekanan terhadap saraf ini mungkin terjadi akibat kecederaan pada pergelangan tangan, ataupun akibat dari penggunaan pergerakkan pergelangan tangan yang kuat dan sering.

Bahayakah sindrom ini? Jawapannya tidak. Cara mengubati sindrom ini sangat mudah iatu memastikan saraf yang tersepit itu tadi tidak lagi tersepit. Pengubatan sindrom ini boleh dilakukan di rumah ataupun dengan cara pembedahan. Sekiranya tidak diindikasikan untuk dibedah, cukup dengan pemakaian wrist splint sekitar 4 hingga 6 minggu untuk memastikan pergelangan tangan berada didalam keadaan rehat lalu melonggarkan tekanan saraf itu tadi.

Wrist splint untuk penderita Carpal Tunnel Syndrome

Sekiranya penggunaan wrist splint gagal dan pesakit perlu dibedah, pembedahan dilakukan dengan cara membuang ligamen yang menekan saraf itu bagi meluaskan lagi Carpal Tunnel tersebut.

Gambaran pembedahan Carpal Tunnel Syndrome

Sindrom ini tidak dikategorikan sebagai kes kecemasan dan hasil pengubatan sangat baik. Lebih ramai wanita yang mengalami sindrom ini berbanding lelaki dan seringnya berlaku pada wanita umur pertengahan. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mencegahnya seperti tidak melakukan pekerjaan yang terlalu berat yang boleh menyebabkan cedera pergelangan tangan.

3 comments

Writing to Share di Kalimatulhassan.blogspot?

Dah lama saya perasan satu menda ni cuma hari ni je saya terfikir nak tulis kat blog. Ceritanya begini, kadang-kadang saya saje je tulis nama blog saya di Google Image, saje nak tengok gambar apa yang keluar. Hasilnya bukanlah gambar-gambar dari blog saya yang keluar melainkan;


screen shot Google Image kalimatulhassan.blogspot

Apabila saya menaip perkataan kalimatulhassan.blogspot (URL blog ini), maka akan keluar gambar-gambar dari blog Tahapian-Gen, Ninja Sufi milik Syahir Safwan serta Blog Writing to Share milik Nadhirah. Tetapi boleh dikatakan hampir kesemua gambar-gambar tersebut datang dari blog Nadhirah. Screen shot dia atas telah membuktikan.

Ada sesiapa yang boleh menjelaskan bagaimana perkara ini berlaku? Ataupun SS?

p/s:tak percaya cuba try taip kalimatulhassan.blogspot dekat Google Image.

1 comments

Apakah itu Euthanasia

Euthanasia merupakan asal perkataan dari Greek yang memberi makna kematian yang bagus(good death). Di dalam dunia perubatan, euthanasia merupakan satu tindakan menamatkan kehidupan sendiri oleh pesakit untuk lari dari kesakitan dan penderitaan. Tindakkan ini dilakukan sendiri oleh pesakit setelah diajar oleh doktor.

Mungkin kita melihat perkara seperti ini bodoh namun begitu di beberapa negara, tindakkan ini dibenarkan oleh undang-undang. Melalui wikipedia, dinyatakan sebanyak 15 negara yang menghalalkan tindakkan "bunuh diri" ini iatu;
  • Albania
  • Belgium
  • Canada
  • German
  • India
  • Ireland
  • Jepun
  • Luxembourg
  • Mexico
  • Belanda
  • New Zealand
  • Norway
  • Switzerland
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat

Peta negara yang menghalalkan euthanasia dan yang sedang menuju kearahnya

Di Amerika, euthanasia dilakukan dengan menyuntik secara intravenous dadah yang sama digunakan untuk hukuman mati bagi banduan. Menurut pensyarah saya, tindakkan dilakukan dengan menyuntik insulin secara overdose dan pesakit akan koma akibat hipoglikemi lalu meninggal.

Namun begitu, sebagai muslim perlu diketahui bahawa membunuh diri adalah dosa yang sangat besar. Firman Allah;

".....Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu."
(an-Nisa 4; 29)

Rasulullah bersabda;

"Barangsiapa yang bunuh diri dengan besi di tangannya, dia (akan) menikam perutnya di dalam neraka jahannam yang kekal (nantinya), (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang meminum racun lalu bunuh diri dengannya, maka dia (akan) meminumnya perlahan-lahan di dalam neraka jahannam yang kekal, (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari atas gunung, dia akan jatuh ke dalam neraka jahannam yang kekal (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit dan menderita seteruk manapun, nyawa bukanlah hak manusia melainkan hak Allah semata-mata. Mungkin kita merasakan mati lebih baik namun Allah itu lebih mengetahui dari kita. Berserah sahaja kepada Allah selain berusaha untuk mengubatinya. Bunuh diri hanyalah penyelesaian sementara sedangkan masih ada alam yang bakal kita tempuhi selepas alam berzakh. Orang yang membunuh diri tidak akan sesekali masuk syurga melainkan neraka. Mahukah kita tinggal didalam neraka selama-lamanya? Renung-renungkan lah.
Wallahu a'lam.

p/s: adakah tindakkan memberhentikan Life Support Machine dikirakan sebagai euthanasia/bunuh diri?

6 comments

Agnosia

Agnosia is a inability to recognize or identify an object despite he have the knowledge about the object. It may due to defect in sensory stimulus whether visual, auditory or tactile.

Let see this video first;


Visual agnosia patient

On this video we can see the doctor holding a glasses and asking the patient to identify what it is. The patient fail to identify it, but only describing characteristic of the object. But when the doctor ask him to hold and touch it, he really know that it is his own glasses and he looks so frustrated. This frustrated reaction show that he exactly know the object but he just can't identify it when he looking at it. And the same things happen when the doctor show a bunch of key in the second part of video.

Agnosia patient will failed to identify somethings if the stimuli comes from the defect sensory stimulus. If the patient have problems in visual agnosia, just asking him to touch or hear, or smell it and for sure he will answer correctly.

p/s: Correct me if I wrong

0 comments

Photography #3: A Little Coin


Subject: A little young beggar
Location: Sarinah Busway Halte, Jakarta
ISO Speed Rating: 100
Focal Length: 55mm
Aperture: f/5.6
Shutter Speed: 1/50 sec
Camera: Canon EOS 1000D

0 comments

Solimoes dan FirmanNya

"Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. Diantara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing"
(Ar-Rahman 55; 19-20)

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus"
(Al-Furqan 25; 53)

Firman Allah dia atas seingat saya cukup sinonim dengan kisah penemuan sungai di dasar laut lalu penemunya seorang saintis dari Perancis memeluk Islam satu ketika dahulu. Namun pada posting kali ini saya ingin memperlihatkan satu lagi fenomena alam yang menunjukkan betapa agung dan besarnya mukjizat al-Quran.




THE MEETING OF 'WHITE' SOLIMOES RIVER & 'BLACK' RIO NEGRO RIVER, BRAZIL

Gambar yang ditunjukkan diatas merupakan satu fenomena alam yang sungguh ajaib yang berlaku di Sungai Amazon, Brazil. Apa yang kita lihat adalah terdapat 2 air yang berlainan warna pada satu sungai dan apa yang menariknya air tersebut tidak bercampur lalu membentuk satu sempadan 'khayalan'. Sungai ini terdiri dari sungai bewarna kecoklatan seperti sungai di Malaysia dan di sebelahnya sungai bewarna sedikit gelap.

Bagaimanakah fenomena ini berlaku? Sungai yang bewarna hitam terjadi akibat daripada humic acid yang terhasil dari penghuraian tidak sempurna (incomplete breakdown) phenol. Maka terjadilah warna sedemikian dengan kadar keasidan sungai yang sedikit tinggi. Kadar keasidan yang tinggi menyebabkan penduduk lebih memilih untuk tinggal di sisi bahagian sungai coklat berbanding sungai hitam.

Saya menonton di National Geography dan sememangnya air ini tidak bercampur melainkan terapung-apung sebelah-menyebelah di perbatasannya.


Gambaran lebih dekat fenomena sungai yang terpisah

Maha suci Allah, sungguh takjub saya ketika menonton di National Geography. Didalam al-Quran telah dicatatkan fenomena sedemikian. Kalau mahu dikatakan Quran adalah rekaan mustahil kerana letak Brazil dengan Tanah Arab sangat jauh dipisahkan oleh lautan Atlantik. Itulah keajaiban Quran! Cuma saya tidak tahu adakah firman yang saya tampilkan diatas berkaitan atau tidak dengan fenomena ini. Wallahu 'alam. Semoga bermanfaat.

0 comments

Selamat Tinggal Temanku


Selama 2 tahun kau menemaniku, akhirnya kau pergi jua. Selamat tinggal temanku.

Arghh tidak, sandal ini telah rosak setelah ber-rafting dan ber-hiking. Mungkin sedikit review mengenai kualiti sandal jenama Teva ini

REVIEW
Setelah 2 tahun menggunakannya, saya mengakui bahawa sandal ini adalah sandal terbaik bagi kegunaan yang melibatkan berjalan kaki yang jauh. Teknologi mikroban nya cukup lembut dan menyelesakan kaki walaupun anda telah berjalan tanpa henti selama 2 jam. Tapak Spider Rubbernya sememangnya baik mencengkam apabila berjalan di atas batu yang licin, mahupun digunakan untuk membrek basikal yang kerosakkan brek.

Walaupun harga sedikit mahal dan sukar didapatkan, anda pasti berpuas hati apabila menggunakannya. Tapi sandal ni dah rosak, walaupun masih boleh di repair, dia dah tak macam dulu. Takpe la, pergilah kamu dengan aman. Pendek kata, belilah sandal Teva, pasti anda tidak kecewa.

PERHATIAN
Ada sesiapa yang tahu dimanakah barangan Teva dijual di sekitar Jakarta atau Malaysia? Sebelum ini senang dijumpai di Sport Station tapi setelah setahun, jenama ini telah tiada. Kalau ada sesiapa yang tahu, minta tolong diinformasikan lokasi outletnya. Terima kasih!

2 comments

Meneruskan yang Masih Tertangguh

Alhamdulillah, hari ini hari pertama kelas pada tahun 2011 setelah berlibur selama 2 minggu. Bagi teman-teman di Malaysia, minggu ini adalah minggu semester baru, mungkin sem 2, 4, 6, 8 atau 10. Saya masih di semester lama, masih berbaki sekitar 8 minggu pembelajaran sebelum semester break dan memulakan semester baru.

Dengan melangkahnya ke tahun pembelajaran baru, semoga kita memberi usaha yang terbaik. Hasil keputusan belakang cerita, yang penting usaha yang telah kita lakukan. Seperti kata-kata yang sering saya dengar dari beberapa orang;

"Result gempak di universiti tidak menjamin mutu kerja anda terbaik. Mereka yang handal bekerja seringnya datang dari golongan yang seimbang, tidak terlalu buruk dan tidak terlalu baik"

Ada benarnya kerana kebolehan seseorang itu bersosial sangat membantu didalam alam pasca universiti. Saya tidak tahu, hanya berdasarkan cerita pengalaman orang. Janganlah 24 jam menghadap buku, sesekali bergaullah dengan orang.

Maka dengan itu marilah kita menyeimbangkan hidup kita antara pelajaran, agama dan kehidupan. Janganlah kita menjadi doktor yang hanya 'bernyawa' di hospital, tapi jadilah doktor yang boleh menjadi imam, doktor yang boleh tolong memasak di kenduri kahwin orang, doktor yang menjadi contoh untuk masyarakat. InsyaAllah.

0 comments

Ekspedisi Pendakian Gunung Gede


Pada 28 Disember 2011, saya bersama 13 rakan-rakan Fakulti Perubatan Ukrida telah ke Taman Nasional Gunung Gede Pangrango (TNGGP) untuk melaksanakan satu lagi ekspedisi mendaki Gunung Gede yang terletak di Cianjur, Jawa Barat. Perjalanan dari Jakarta mengambil masa sekitar 2 hingga 3 jam dengan menaiki kenderaan biasa.

Di TNGGP terdapat 2 gunung iatu Gunung Gede dan Gunung Pangrango yang terletak bersebelahan. Kami memilih untuk mendaki Gunung Gede kerana view di puncaknya lebih jelas berbanding Gunuung Pangrango. Tinggi Gunung Gede sekitar 2,958 meter dari aras laut dan pendaki perlu menempuhi perjalanan berbatu sekitar 9km untuk sampai ke puncak.



Berikut adalah pandangan Gunung Gede di kaki gunung. Hujan menyebabkan kabus tebal dan gunung terselindung dibalik kabus.



Terdapat banyak villa yang berpatutan harganya di kaki gunung. Kami tiba pada 27 Disember petang dan berehat sebentar satu malam sebelum memulakan pendakian pada pagi esoknya. Bayaran villa yang kami ambil sekitar Rp500,000 untuk 14 katil.

PAGI 28 DISEMBER
Kami check out dari villa sekitar jam 7.30 pagi setelah sarapan dan menuju ke Pejabat TNGGP untuk proses pendaftaran. Proses pendaftaran sedikit terganggu apabila pihak pengurusan TNGGP meminta bayaran tambahan dengan alasan kami warga asing lalu wang pendaftaran menjadi sebanyak Rp42,000 per orang. Urusan pembayaran guider juga terganggu apabila guider tersebut meminta tambahan Rp500,000 dengan alasan yang sama, kami adalah warga asing. Namun setelah berurunding, kami setuju membayar Rp500,000 sahaja. Setelah selesai kami memulakan pendakian sekitar jam 9.30 pagi. Wang bukanlah satu isu disini cuma kami mahukan segala proses mengikut prosedur yang sebenarnya, dan tiada sebarang 'caj tambahan' yang tidak diketahui dikenakan.



Maka bermulalah pendakian yang seronok tetapi memenatkan terutama orang seperti saya yang dah tua ni. Seminggu sebelum ekspedisi masa digunakan sepenuhnya untuk makan dan tidur sahaja tanpa sebarang latihan-latihan fizikal. Hasilnya, ya kita akan saksikan selepas ini.



Ini merupakan gunung Pangrango yang terletak disebelah kiri Gunung Gede. Gambar ini diambil ketika didalam perjalanan. Kelihatan awan tebal meutupi puncak gunung ini dan kami disarankan untuk tidak ke puncak gunung ini kerana dipuncaknya terdapat pokok-pokok tinggi dan menyebabkankita tidak dapat melihat pemandangan sekitar gunung. Maha suci Allah, sungguh cantik ciptaanNya. Lihat betapa megahnya gunung ini berdiri ditemani hamparan kehijauan pohon.



Didalam perjalanan kita akan melalui sebuah tasik berwarna biru. Tasik ini berwarna biru oleh kerana hidupan didalamnya. Sememangnya air tasik ini berwarna biru. Perjalanan berhenti sebentar sebelum diteruskan. Kami perlu sampai ke pos Kandang Badak, pos terakhir sebelum perjalanan ke puncak. Kami perlu sampai ke pos Kandang Badak sebelum hari gelap dan perjalanan masih jauh. Ayuh kita teruskan.




Di dalam perjalanan juga kita akan sampai ke Air Terjun Cibeureum. Sangat cantik dan indah kerana terdapat 2 punca air terjun yang ketinggian vertikalnya kira-kira 70 meter.



Saya di bawah air terjun

Setelah berhenti seketika di air terjun, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan sedikit mudah kerana kita hanya mengikut track yang telah dibuat cuma halangan bagi saya disini adalah stamina. Inilah hasilnya apabila tidak buat sebarang persedian sebelum hiking. Pancit oiii...!

Selain air terjun yang sejuk, kita akan melalui air terjun panas dan terletak diatas gunung. Suhu air sekitar 37°C hingga 70°C. Mari kita lihat air terjunnya.

Ini sebenarnya gambar ketika turun sebab tak sempat ambil masa naik. Sebelum sampai ke air terjun panas tersebut yang boleh mandi, kami terlebih dahulu perlu melintasi deruan air terjun panas dengan meniti batu-batu dan hanya ada tali sebagai tempat berpaut. Jaraknya sekitar 20 meter. Air tidak lah terlalu panas tetapi cukup untuk memeritkan kaki sekiranya direndam lama. Dan kami perlu melintasinya dengan cepat kerana panas. Sekiranya ada yang tergelincir, maka akan jatuh ke bawah mengikuti deruan air terjun yang agak tinggi dan suhu air dibawah itu dikatakan sekitar 70°C. Macam tak selamat je kalau jatuh!



Saya ketika melintasi air terjun tersebut. Walaupun dalam gambar saya menunjukkan tanda bagus sambil tersenyum, tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cuaknya saya. Nak pakai spek mata tak boleh kerana berkabus disebabkan wap air panas, beg berat, kaki ala-ala nak kejang. Andai kata tergelincir jatuh ke dalam air terjun, ish...janganlah, saya tak kahwin lagi.

Perjalanan diteruskan.

Sampailah kami di kawasan air terjun panas yang boleh untuk mandi-manda. Air tak lah panas, suam-suam gitu la. Cukup la untuk budak-budak ni mandi diatas gunung. Tadi bukan main sejuk masa naik. Berhenti rehat sedikit lama untuk makan-makan sambil mandi. 30 minit setelah itu hujan mula turun dan kami pun meneruskan lagi perjalanan yang tinggal kira-kira 2.5km lagi.

Akhirnya sekitar jam 3 petang kami sampai ke pos Kandang Badak dan mendirikan khemah untuk bermalam disitu.


Setelah khemah didirikan, solat jamak Zohor dan Asar dan kami mengalas perut dengan roti, sardin serta mi maggi sahaja. Suhu sangat dingin hinggakan hujung-hujung jari tangan terasa kebas. Lagi-lagi nak ambil wuduk, dah la air gunung, kat atas gunung pulak tu. Betapa sejuknya kalau nak berurusan dengan air. Apalagi, solat jamak Zohor-Asar dihujung waktu dan terus disambung dengan Jamak Maghrib-Isya. Jimat wuduk katanya. Layanlah.

MALAM 28 DISEMBER
Terdapat kira-kira 4 kumpulan pendakian di kawasan perkhemahan ini dan semuanya sudah tidur. Khemah si Matpih je yang tak diam-diam. Sekitar jam 11 malam angin bertiup sangat kencang. Kedengaran kumpulan pendakian lain menjerit mungkin kerana khemah ditiup angin. Rezeki kami sempat pacak khemah dibawah pondok, maka tidak terlalu terjejas bila angin meniup.

Berani saya katakan inilah pengalaman pertama saya mendengar angin bertiup dengan sangat kencang. Takutkan pohon tumbang menyebabkan saya tidak dapat tidur. Angin bertiup diiringi hujan yang sekejap ada sekejap tiada.

PAGI 29 DISEMBER
Guider mengejutkan kami tidur sekitar jam 4.00 pagi untuk meneruskan pendakian ke puncak yang akan mengambil sekitar 1 jam lagi. Si guider telah mengatakan bahawa cuaca sangat buruk di puncak namun terpulang pada kami untuk meneruskan perjalanan atau tidak. Mereka ini mahu ke puncak dan saya tak nak. Saya dah dengar angin kencang malam tadi, dan saya tidak berani mengambil risiko. Lebih-lebih lagi kabus sangat tebal dan pastinya saya tidak boleh menangkap gambar diatas sana. Tambahan saya tak larat dan takut menyusahkan orang, jadi sambung jela tidur lepas solat subuh.

Teman-teman saya meneruskan pendakian namun terpaksa berpatah balik kerana berlaku sedikit kemalangan dan cuaca terlalu buruk. Sekitar jam 6.00 pagi kami sarapan dan menurunkan khemah sebab jam 7.30 pagi kami mahu turun.

TURUN GUNUNG
Perjalanan turun mengambil sekitar 3 jam setengah berbanding semasa naik iatu sekitar 6 jam. Sampai ke kaki gunung sekitar jam 11.00 pagi dan terus mencari nasi kerana kelaparan. Tanpa mandi, tanpa menukar pakaian dari puncak, kami terus menaiki kereta sewa untuk pulang ke Jakarta kerana malam nanti ada Final AFF Suzuki Cup.Rushing habis!

KESIMPULAN
Seperti biasa, memang best namun saya pancit. Lain kali buatlah persediaan sebaiknya sebelum hiking. Juga sedikit kecewa kerana tidak berjaya naik ke puncak gunung. Lain kali lah pula, kalau ada rezeki. Pokoknya best lah! Enjoy yang menyakitkan.

p/s: gambar-gambar pemandangan semasa mendaki telah saya postkan sebelum ini di sini

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...