Gagal Bukanlah Noktah
Posted by Lokman Hakim at 1/11/2011 10:37:00 PM
Kadang-kala kita sering merasa kecewa dengan keputusan peperiksaan. Kadang kala kita sering merasa terhina kerana tidak mampu semewah teman yang lain. Kadang kala kita sering merasa malu kerana tidak mempunyai rupa paras yang menarik, bentuk tubuh seperti tong minyak. Kadang kala kita sering merasa langsung tidak berguna dalam hidup dan komuniti.
Pernahkah anda merasa sedemikian? Ya, pastinya kita semua pernah merasakan perkara sedemikian. Berada didalam keadaan gagal melakukan sesuatu pekerjaan, sangat pantas untuk menimbulkan rasa tekanan dan hilangnya semangat untuk meneruskan hidup-hidup mendatang. Namun begitu, tahukah anda masih ada yang lebih "layak" dari anda untuk merasa perasaan sedemikian?
Mari kita saksikan video ini;
Pernahkah anda merasa sedemikian? Ya, pastinya kita semua pernah merasakan perkara sedemikian. Berada didalam keadaan gagal melakukan sesuatu pekerjaan, sangat pantas untuk menimbulkan rasa tekanan dan hilangnya semangat untuk meneruskan hidup-hidup mendatang. Namun begitu, tahukah anda masih ada yang lebih "layak" dari anda untuk merasa perasaan sedemikian?
Mari kita saksikan video ini;
Lihat kekurangan yang dipunyai insan bernama Nick Vujicic, tidak mempunyai kaki dan tangan. Dia sendiri mengakui ketika kecik beliau merasa sangat tidak beruntung dengan keadaan fizikalnya. Dia tahu yang dia tak mungkin untuk berkahwin, tidak mungkin untuk mempunyai kerja dan tidak mungkin sesekali menjalani kehidupan normal.
Namun begitu, kalimat "bersyukur" menjadikan dia kuat dan tabah untuk menempuh hari-hari mendatang. Bersyukur dengan apa yang dia ada dan gunakan apa sahaja kebolehan yang ada untuk melakukan sesuatu. Gagal? Ya sudah pasti, namun adakah kegagalan menjadi titik noktah?
Pada video yang lain, ditunjukkan dia jatuh dan kerana tidak mempunayi kaki serta tangan menyebabkan untuk bangun semula adalah satu perkara yang mustahil. Namun dia berusaha dan terus berusaha untuk bangun tegak semula walaupun sering gagal. Sekiranya dia gagal lalu mengalah, maka sampai akhir hayatlah dia tetap terbaring sedemikian.
Dalam hidup ini, jangan sesekali kita mudah mengalah dengan sebarang kegagalan yang dialami. Hasil satu-satu pekerjaan ditentukan olehNya yang penting adalah usaha kita. Gagal sekali tidak beerti selamanya, tetapi kegagalan itu sebenarnya adalah satu kejayaan yang tertunda! Bersyukurlah dengan apa yang telah ditakdirkan kerana Allah itu lebih mengetahui dari kita. Masih ramai insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana yang lebih memerlukan namun semangat mereka kuat.
Bersemangatlah teman-teman ku! Janganlah sesekali kita kecewa dengan kegagalan! Jadikan ia pedoman! Kekurangan pada diri kita sebenarnya adalah kelebihan! Bersyukurlah!
p/s: tersentuh hati melihat insan kurang bernasib baik ini. Antara part yang sedih bila dia kata yang dia sejuk tapi tiada tangan untuk cover tubuhnya. Kalau saya berada ditempatnya pasti saya merasa sangat-sangat down.
Labels: Santapan Rohani, Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment