Recent Posts

Posts RSS

Apakah itu Euthanasia

Euthanasia merupakan asal perkataan dari Greek yang memberi makna kematian yang bagus(good death). Di dalam dunia perubatan, euthanasia merupakan satu tindakan menamatkan kehidupan sendiri oleh pesakit untuk lari dari kesakitan dan penderitaan. Tindakkan ini dilakukan sendiri oleh pesakit setelah diajar oleh doktor.

Mungkin kita melihat perkara seperti ini bodoh namun begitu di beberapa negara, tindakkan ini dibenarkan oleh undang-undang. Melalui wikipedia, dinyatakan sebanyak 15 negara yang menghalalkan tindakkan "bunuh diri" ini iatu;
  • Albania
  • Belgium
  • Canada
  • German
  • India
  • Ireland
  • Jepun
  • Luxembourg
  • Mexico
  • Belanda
  • New Zealand
  • Norway
  • Switzerland
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat

Peta negara yang menghalalkan euthanasia dan yang sedang menuju kearahnya

Di Amerika, euthanasia dilakukan dengan menyuntik secara intravenous dadah yang sama digunakan untuk hukuman mati bagi banduan. Menurut pensyarah saya, tindakkan dilakukan dengan menyuntik insulin secara overdose dan pesakit akan koma akibat hipoglikemi lalu meninggal.

Namun begitu, sebagai muslim perlu diketahui bahawa membunuh diri adalah dosa yang sangat besar. Firman Allah;

".....Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu."
(an-Nisa 4; 29)

Rasulullah bersabda;

"Barangsiapa yang bunuh diri dengan besi di tangannya, dia (akan) menikam perutnya di dalam neraka jahannam yang kekal (nantinya), (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang meminum racun lalu bunuh diri dengannya, maka dia (akan) meminumnya perlahan-lahan di dalam neraka jahannam yang kekal, (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari atas gunung, dia akan jatuh ke dalam neraka jahannam yang kekal (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit dan menderita seteruk manapun, nyawa bukanlah hak manusia melainkan hak Allah semata-mata. Mungkin kita merasakan mati lebih baik namun Allah itu lebih mengetahui dari kita. Berserah sahaja kepada Allah selain berusaha untuk mengubatinya. Bunuh diri hanyalah penyelesaian sementara sedangkan masih ada alam yang bakal kita tempuhi selepas alam berzakh. Orang yang membunuh diri tidak akan sesekali masuk syurga melainkan neraka. Mahukah kita tinggal didalam neraka selama-lamanya? Renung-renungkan lah.
Wallahu a'lam.

p/s: adakah tindakkan memberhentikan Life Support Machine dikirakan sebagai euthanasia/bunuh diri?

6 comments:

Nadhirah Ahmad said...

prnh bce ulsn hukum sal ni . tp dop ingt mne. tp cocok bnde tu kt ikan leh x. rse nk bli ikan lain etpom. hahha

bella bell said...

aku pon dok t'tnye2 mnde y sme....
klo kite b'hentikan life support machine 2 ape hukum nye..hmm..ko kn dokter lokman..insyaALLAH la ko lebey tw knpe mesti di berhentikan life support machine 2..kn3..??hehehee..da lama aku dok t'tnye2 soklan cm ni..hmm..

Mohammad Lokman Hakim said...

nadhirah~ikan xyah suntik, goreng je.sedap gop.haaa

bella bell~pada hemat aku, org y gune life support machine ni dah 50-50.otak die pun sbnrnya dh xbrfungsi n die pun dh xsdr.kalau kita stop machine tu ak rase bukan bnh diri sbb bkn die y nak, org lain y nak.xkire bnh diri kot.cmiiw

Nadhirah Ahmad said...

http://tibbians.tripod.com/ilham2.pdf

bella bell said...

emmm......btol gak tu kn..?lgpon bt pe seksa org sakit..dye pon idop sb ade nye machine tu..klo xde machine tu blom pasti dye mpu idop..btw..thnx ea =)

Mohammad Lokman Hakim said...

NAdhirah~thanks for the reference ^_^

bella bell~tu la, kalau ikut logik akal mcm tu la.xpun download je guna link y cik Nadhirah Ahmad bg kat atas tu. ade pembahasan dalil2 hukum y diperbincangkan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...