Recent Posts

Posts RSS

Evolusi Kopiah di Sekolah Agama

Saya memulakan zaman sekolah menengah sekitar tahun 2002 hampir 9 tahun yang lalu dan memilih bersekolah di sekolah menengah agama di Jerantut. Saya tinggal di asrama hampir 5 tahun sehingga tahun 2006 dan sepanjang 5 tahun berada di asrama sekolah menengah saya dapat melihat satu budaya pelajar sekolah agama ini. Budaya yang saya maksudkan adalah budaya berkopiah dan saya yakin pelajar-pelajar berasrama lain diseluruh Malaysia turut berbudaya yang sama.

Berkopiah adalah sunnah Rasulullah, dan pada masa yang sama dijadikan fesyen untuk pelajar ini sedikit bergaya. Tidak apa, fesyen islami, bergaya sambil mendapat pahala. Jadi sejak saya tingkatan satu hinggalah saya sudah di tahun 3 universiti ini, saya dapat lihat perubahan-perubahan fesyen dan jenis kopiah yang digunapakai orang sekarang.

AWAL 2000
Pada sekitar tahun 2000 dahulu, kopiah raihan menjadi tarikan utama. Kopiah tebal dan mempunyai sebatang tangkai ditengah-tengahnya menjadi buruan pelajar. Kenapa dipanggil kopiah raihan? Ini kerana kumpulan nasyid Raihan memakai kopiah ini sebagai trademark mereka lalu lekatlah nama kopiah raihan atau juga dipanggil tarbus.

Pada waktu itu, kopiah ini agak sukar dicari dan sepanjang saya mencarinya yang menjual hanyalah pak-pak sheikh Pakistan yang selalu jual minyak atar di lorong-lorong jalan. Harganya juga sedikit mahal sekitar RM30.00 pada ketika itu. Untuk membezakan yang original atau tidak adalah cap emas dibahagian dalam kopiah yang ada gambar tarbus serta bertulis Made in Czech Republic.

Kalau mahu yang lebih murah, ada lagi 2 jenis dimana bahannya lebih tipis serta tangkainya lebih bulat. Tapi saya tetap memilih yang persis seperti raihan ni, sebab nampak lebih cantik dan cool. Kalau di sekolah saya itu dahulu, memang ramai yang ada kopiah ini, tidak kira yang nipis atau tebal.

SEKITAR 2007
Sekitar tahun 2007, ketika saya di matrikulasi, saya telah nampak wujudnya pula satu jenis lagi kopiah seperti gambar disebelah. Saya panggil kopiah tabligh sebab orang tabligh ramai pakai kopiah ni tapi kalau di internet dia tulias kopiah karkun. Apa-apa jelah.

Pada ketika itu, kopiah raihan dah jarang dilihat melainkan kopiah ini. Bahannya simple, hanya kain cotton tanpa corak. Selain nipis, harganya juga sedikit murah iatu sekitar RM5.00 sahaja. Harga yang murah serta selesa mungkin menyebabkan kopiah ini lebih dipilih ramai barangkali. Dan ia juga dijual dimana-mana sahaja, kedai buku, pasar malam, kedai jual kaset agama. Pokoknya sangat sesuai untuk pelajar!

Ada macam-macam warna, merah, biru, hijau, putih, hitam. Dan yang saya paling tertarik pernah jumpa kopiah tersebut warna hijau terang dan bulat diatasnya itu bewarna putih. Dah macam bendera "Bulan Mengambang". Menarik!

SEKITAR 2010
Saya kurang pasti sebenarnya bila kopiah Pas ini mula popular cuma yang saya tahu bila saya dah di universiti kopiah ini mula nampak di pasaran. Kenapa dipanggil kopiah Pas? Ini saya yang panggil sebenarnya sebab ramai orang-orang pas memakai kopiah ini dan ia juga mula menjadi fesyen. Nama sebenar saya kurang tahu.

Ciri-cirinya khasnya adalah ia mempunyai satu cop bertulis jenamanya didalam tulisan jawi di bahagian sisi luar kopiah. Dan warna putih sahaja yang saya lihat mendominasi pasaran mungkin tidak seperti kopiah-kopiah diatas yang bewarna-warni.

Menurut adik saya, kopiah ini yang original juga sedikit mahal. Saya kurang pasti harganya berapa tapi kalau tidak salah diatas RM20.00. Dan hingga sekarang kopiah ini masih menjadi trend di Malaysia. Saya kurang suka kopiah ini kerana ia sedikit pendek.

Ada macam-macam jenis kopiah lagi seperti kopiah Hijjaz, kopiah Rabbani, kopiah balik haji namun ia tidak menjadi trend seperti 3 kopiah diatas.

Trend berkopiah dikalangan pelajar dan remaja sangat-sangatlah baik. Sememangnya kopiah bukanlah hanya satu-satunya simbol Islam namun dimata masyarakat biasa, pemakai kopiah itu adalah Muslim. Jangan malu berkopiah. Mahu mengikut fesyen, ikutlah selagi tidak membebankan poket serta tidak mendatangkan riak. Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada yang cantik. Kopiah bukanlah milik pelajar jurusan Usuluddin mahupun Syariah, tapi juga milik pelajar Kejuruteraan, pelajar TESL, pelajar komunikasi dan sesiapa sahaja.

p/s: lepas ni ada kopiah apa pulak yang akan jadi trend? kita tunggu dan lihat.

5 comments:

Unknown said...

tgh mencari hijaz..
lepas ni trend kopiah maher zain pulak kot.. hoho

Anonymous said...

slm...dmna nk cr kopiah raihan skrg ni..byk kedai2 yg dh sy cri tp x jmpa...klu blh nk cari warna hitam nk pkai raya tahun ni...

Lokman Hakim said...

Anon:

maaf lambat reply.raya dah habis.sy pun kurang pasti skrg kat mana jual kopiah raihan tu.tp selalunya saya nampak jual kat gerai2 Pakistan y jual songkok kopiah minyak atar yang kat tepi2 jalan/lorong tu

Global Tijarah Network said...

salam. kami ada bekalkan kopiah 'Pas' ni. RM11/kopiah. terendah di pasaran. boleh letak jenama/logo sendiri secara percuma. ada banyak design. berminat jadi pemborong kami? email ke pemborongkopiah@gmail.com atau layari http://www.pemborongkopiah.com/

nick name (umain) said...

jika berminat untuk kopiah inteam..blh pm sy....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...