Recent Posts

Posts RSS

Tora Datang Lagi Dengan.....

"Tora datang lagi dengan gasing terbang ajaib...!"

Bagi mereka yang zaman kanak-kanak sekitar awal 90-an dahulu, ayat iklan di atas cukup untuk membuatkan budak-budak berlari melihat televisyen kemudian terpegun dengan aksi iklan yang dipaparkan. Tanya sahaja ke budak-budak zaman tersebut Tora, DingDang, dan JoJo, pasti semua tahu. Iklan pun simple je, dengan gasing terbang nampak tali penggangtungnya, budak 2,3 orang besuka ria bermain dengan background warna merah, tone suara yang sama tiap bulan tapi cukup mengesankan budak-budak.

DingDang dengan kotak biru maskot ala-ala doraemon serta Tora berkotak putih bergambar pensil membawa sudu didalam mulutnya

3 jenis pemainan ini sangat popular di kalangan kana-kanak walaupun kalau dilihat permainan yang ditawarkan tidak lah sehebat mana. Namun kerana murah, dilihat cool serta mudah dibeli dimana-mana, permainan ini sangat mendapat sambutan.

DingDang lebih murah daripada Tora yang beharga RM1.20 kalau tak salah. Sekali-sekala beli JoJo sebab dia ni mahal sikit, kotak pun besar. Seperti yang sedia maklum, isi kandungannya berupa mainan yang simple beserta sekampit makanan ringan. Kalau DingDang dan Tora makanan yang dapat adalah bebola coklat, JoJo dapat makanan best sikit iatu biskut coklat bear. Tapi sekarang dah tukar makanan tu kot.

JoJo dengan kotak unggu gambar badak sumbu

Makanan bukanlah pekara yang diinginkan melainkan mainan tersebut. Gasing terbang, pistol getah, ulat lembik boleh melekat di dinding, dan macam-macam lah. Dengan harga sedemikian permainan tersebut dikira berbaloi lah. Lagi pun zaman-zaman tu bukan nya ada duit nak beli permainan mahak-mahal.

Inilah permainan kita dulu-dulu. Zaman tu mana ada Playstation, game komputer. Kalau ada pun kat rumah orang-orang kaya je. Mana mampu beb. Tora pun jadi lah. Tiap sebulan dia akan tukar permainan baru. Bila lalu je depan kedai surat khabar stesen bas Jerantut tak pun pasar pagi, mulalah buat-buat muka sedih sambil merenung ke kotak putih tu. Lepas tu mesti ayah cakap "nak ke, pegi lah ambik". Tapi kadang-kadang skill ni tak menjadi pun. Dah tiap bulan skill sama je.

p/s: indahnya kenangan zaman silam dahulu kala

6 comments:

Aida Radzi said...

hihi..
betol la..
skrg budak² x pndang dh kot mainan cmni..skrg dh ade mcm2 permaianan yg serba canggih..ngadap komputer, pah2 sumne dh sedia ada..
x mcm dlu²

Lokman Hakim said...

zaman teknologi sekarang, mne ade nak main menda mcm ni.lgpun mainan tora ni pun mainan simple2 je, bukan taste diorg kot.

walaupun murah tp at least memberi memori zmn kanak2 kita dahulu.janji hepi je yang kita tau time tu.

Aida Radzi said...

ha'a..betol 2..
time kecik2 dulu, seronok la kalo dpt beli tra ni.
kalo tgk kt kdai yg jual mende ni..jd senyum sorg2 lak...

Lulu Amira said...

lepas balik skolah..msti snggah kedai bli bnda nih..hihi..

http://hijaukasut.blogspot.com/2011/01/mari-mari-selonggok-5-hengget.html

Lokman Hakim said...

aida~xpe, senyap2 nanti beli je.sape kate org besar mcm kita xboleh beli lg.haaa

lulu~lps balik skolah jenguk2 dlu, tanya makcik kedai tora tu yang baru atau yang lama.pastu tunggu peluang jalan ngan makayah bru blh mntk belikan sbb nak beli sndri xde duit.hahaha....

Anonymous said...

setiap hari beli jo jo...pujuk anak ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...