Recent Posts

Posts RSS

Kartun Adalah Ikon Kanak-Kanak



Kartun sangat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak kerana inilah tontonan kegemaran mereka. Sebagai contoh yang paling jelas adalah Upin & Ipin. Pengaruh yang dibawa Upin & Ipin sangat kuat di Indonesia. Impak yang sangat jelas dilihat adalah budak-budak kecil di sini suka menggayakan nilai-nilai positif yang ditampilkan watak Upin & Ipin seperti memberi salam kalau nak masuk rumah, membaca doa sebelum makan, berpuasa di bulan Ramadhan dan menghormati yang tua. Ini terjadi di hadapan mata saya sendiri.

Selepas Upin & Ipin, muncul pula siri animasi BoboiBoy yang bakal ditayangkan di Malaysia. Posting saya kali ini ingin memuji sikap syarikat produksi BoboiBoy yang mengambil kira cadangan serta idea dari peminat. Kalau dilihat ia sememangnya perkara yang remeh tetapi yang remeh ini sebenarnya memberi kesan yang begitu besar pada kanak-kanak.

Animasi BoboiBoy yang bakal ditayangkan di Malaysia
Saya telah mengikuti perkembangan penghasilan kartun BoboiBoy ini sejak awal lagi melalui page Facebook BoboiBoy. Pada lakaran karekter awal, diperkenalkan beberapa watak superhero dan salah seorang watak tersebut adalah superhero perempuan bertudung (pastinya membawa watak beragama Muslim) yang diberi nama Yaya. Di Facebook, lakaran tersebut disiarkan kepada umum supaya peminat dapat melihat serta memberi komen untuk penambah baikkan watak-watak mereka.

Karekter awal Yaya saya nampak seperti gaya Datuk Siti Nurhaliza, dimana Yaya memakai tudung tetapi sedikit terkeluar rambutnya di hadapan dan belakang. Ada beberapa peminat memberi komen meminta Yaya memakai tudung dengan cara yang betul agar kelihatan lebih cantik.
Yaya ketika tudungnya belum betul

Selang beberapa bulan, sekali lagi karekter BoboiBoy dikemaskini dan hasilnya Yaya sudah memakai tudung dengan cara yang betul seperti yang dicadangkan oleh peminat. Dan jujur dari saya karekter baru ini lebih comel dan menarik dari yang sebelumnya.
Yaya yang comel setelah membetulkan tudungnya
Kartun BoboiBoy ini sepertinya akan menjadi satu lagi ikon kanak-kanak sekaligus mereka pasti akan cuba meniru gaya kartun ini. Dengan gaya comel Yaya sebagai kanak-kanak bertudung saya kira dapat mempengaruhi kanak-kanak di luar sana untuk berpenampilan yang sama. Paling tidak ibu-bapa boleh berkata kepada anak mereka "Kak Long, cuba tengok Yaya pakai tudung, comel kan. Cuba Kak Long tiru Yaya, mesti comel".

Inilah yang saya katakan impak positif yang dilihat remeh tetapi sebenarnya sangat mempengaruhi gaya hidup seorang kanak-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga industri hiburan Malaysia terus menciptakan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat, bukan hanya cerita hantu sepanjang tahun.

p/s: Syabas diucapkan kepada Animonsta Studio atas usaha ini serta mendengar idea-idea dari peminat. Semoga anda terus membawa sesuatu yang baik untuk masyarakat khususnya kana-kanak serta orang muda.

4 comments:

kakyong HY said...

salam singgah...

menggoogle watak kartun yaya ni membawa kakyong ke mari... anak2 yg excited sangat dgn animasi boboiboy ni...

minta izin nak pinjam link gambar ya..

puanbee said...

hurm atas kerana kak yong , saya sampai betul jugak kan kerana watak yaya tu boleh mempengruhi anak pakai tudung

MamaYatie said...

tersinggah bahana n3 kak yong..hehee

Mohammad Lokman Hakim said...

kakyong HY- silakan ambil gambar tersebut. tu pun saya amik dari google.hehe...

puan bee- alhamdulillah, semoga kita y dewasa ini menjadi role model yang baik untuk generasi akan datang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...