Recent Posts

Posts RSS

Kasih Seorang Lelaki

Semua orang didunia ini ada ayah. Hanya 2 orang sahaja yang tiada ayah iatu Nabi Adam dan Nabi Isa. Dalam keluarga seringnya si ibu yang menjadi simbol kasih sayang manakala si ayah disimbolkan sebagai pelindung. Namun begitu adakah ini menandakan si ayah kurang kasih sayangnya?

Sebahagian manusia menunjukkan luahan perasaan mereka dengan ekspresi muka
Tidak, kasih sayang ayah terhadap anak sama seperti ibu sayang kepada anaknya. Cuma lelaki ini jarang menunjukkan perasaan dia terang-terangan. Sebagai contoh kalau anda perasan, sekiranya anda mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM, ibu akan bergembira, menangis, peluk, puji macam-macam anak dia. Cuba tengok si ayah, dia hanya tersenyum dan ucap tahniah. Itu sahaja. Walaupun ekspresi si ayah mendatar sahaja, tapi ketahuilah didalam hati nya melonjak gembira dan bangga.

Semalam saya berborak dengan seorang pakcik di asrama adik saya. Hari dah nak dekat pukul 7 malam dan pakcik tu baru sampai dari Tongkiat dengan menaiki motor sahaja. Jarak Jerantut-Tongkiat lebih dari sejam kalau naik kereta. Pakcik tu kata anak dia demam, call dia tadi suruh ambil di asrama sebab warden suruh balik. Lepas dapat call, pakcik tu terus datang ke asrama. Yang saya tersentuh pakcik tu kata dalam perjalanan tadi hujan lebat. Dah la motor takde atap tapi terpaksa lah demi anak. Dan diatas pukul 7 sekali lagi hujan turun dengan lebatnya.

Manusia normal pasti mempunyai sifat kasih dan sayang dalam diri mereka
Dan satu lagi kes yang terjadi tahun lepas di Malaysia. Sepasang suami isteri sedang menoreh getah dan tiba-tiba diserang oleh ribuan tebuan. Mereka berdua melarikan diri tetapi si suami terjatuh. Isterinya mahu menolong tetapi suaminya menyuruh lari jangan selamatkan dia, takut kena sengat tebuan. Akhirnya isterinya lari meninggalkan suaminya untuk mendapatkan pertolongan orang kampung dan bila kembalinya ke tempat kejadian, suaminya telah meninggal kerana sengatan tebuan yang terlalu banyak.

Begitulah sifat lelaki. Kasih-sayang mereka sama seperti perempuan, sayang, rindu, gembira. Cuma mereka jarang menunjukkan perasaan mereka. Pengorbanan mereka cukup besar didalam hidup kita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...