Vaksinasi Lembu
Posted by Lokman Hakim at 2/28/2011 06:35:00 PM
Bukan hanya manusia, haiwan peliharaan serta haiwan ternakan juga perlu di vaksin untuk mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit dari haiwan sebagai vontoh penyakit lembu gila (Bovine Spongiform Encelophaty). Baru ini saya berkesempatan melihat bagaimana haiwan terenakan divaksin oleh pegawai kesihatan veterinar.
Pegawai bertugas mereload vaksin untuk disuntik |
Tuan empunya lembu menangkap lembu miliknya supaya mudah untuk disuntik. Ala-ala koboi gaya menangkapnya |
Vaksin disuntik subcutan (sc) dibahagian leher ataupun intramusculer (im) dibahagian peha belakang |
Selain itu, setiap lembu ternakan ada kad pengenalan diorang. Tapi tak lah macam kad pengenalan manusia, melainkan 'anting-anting' bernombor sahaja.
Anting-anting ni akan ditebuk ke telinga, jadi kalau nak buat medical check-up lembu-lembu ni, tidak lah tertukar sample darah dengan 'tuan' empunya darah.
Anting-anting dipasang seperti manusia juga cuma kurang perikemanusiaan sikit |
Setelah siap. Ramai-ramai posing show off anting-anting baru |
Setelah selesai, seekor lembu ni kencing nak bagi hadiah ke kami kot. Sembelih buat burger baru tau lembu putih ni.
Ambik kau. Suka-suka suntik aku, terimalah air fresh dari ladang |
Asyik menyuntik orang je di kampus, sekali sekala dapat tengok suntik lembu pun best juga. Cara lebih kurang je, cuma lembu ni akan bertindak ganas bila sakit. Manusia masih boleh bertoleransi.
Labels: Jerantut Kampungku, Perubatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lmbu ni gangster. pkai earing sblh j o
ni la lembu moden, ikut arus globalisasi.tak pun gay sbb pkai earing sebelah je.hahaha...
Post a Comment