Wajarkah Lelaki Menangis
Posted by Lokman Hakim at 2/01/2011 12:42:00 AM
Mengimbas zaman kanak-kanak, sekiranya seorang budak lelaki menangis akibat disakat kawan, pasti akan kedengaran ayat popular iatu "eee tak malu, menangis. macam budak perempuan". Tanyalah pada sesiapapun orang di Malaysia, pasti dia akan setuju dengan situasi ini. Jadi pada hari ini kita mahu melihat wajarkah seorang lelaki dewasa itu menangis.
Bukanlah menjadi suatu kesalah lelaki menitiskan air mata |
Menangis bukanlah satu kesalahan malah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan Allah kepada seluruh makhluk. Cuma disini saya sebagai seorang lelaki melihat adalah tidak sepatutnya untuk seorang lelaki itu terlalu mudah untuk menumpahkan air matanya sendiri. Ditegaskan kembali terlalu mudah untuk menangis.
Hukum alam lelaki dilihat sebagai yang kuat, sebagai pelindung kepada kaum wanita. Saya tidak mengatakan wanita itu lemah tetapi begitulah sunnah Allah menciptakan lelaki sebagai pelindung kepada wanita. Lelaki yang mudah menumpahkan air mata tidak pada tempatnya akan menimbulkan persepsi bahawa dia seorang yang lemah. Lemah dari segi mental, lemah dari segi ketahanan diri menghadapi cabaran. Ini bukan lagi persepsi malah sebenarnya adalah kenyataan. Kerana seringkali orang itu menangis apabila sesuatu masalah itu menemui jalan buntu untuk diselesaikan. Mudah menangis bermakna terlalu cepat buntu untuk mencari jalan penyelesaian.
Saya tidak mengatakan lelaki tidak boleh menagis. Tidak sama sekali. Cuma bertempatlah untuk mengalirkan air mata itu. Contohnya kalau ada kematian, atau yang difikir logik untuk menitiskan air mata. Seorang pelindung perlu mempunyai hati yang besar untuk menghadapi cabaran mendatang. Perlu tahan dengan sebarang dugaan kerana suatu hari nanti anda akan menjadi ketua keluarga. Jangan pula nanti perompak masuk rumah anda lari dulu dan isteri yang lawan perompak!
Pendek kata bertempat lah untuk menagis itu. Jangan sampai anda dilabelkan sebagai "baby crying". Buruk sangat gayanya andai seorang lelaki dilabel sedemikian. Bertempatlah untuk menagis!
p/s: menagislah kamu ketika sujud menghadapi Allah kerna itu yang lebih baik. Setiap titisan air mata yang gugur dibumi kerana mengingati Allah akan dicatat oleh malaikat.
Labels: Santapan Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aih. menagis ni ejaan endon ke.. he3
Post a Comment