Recent Posts

Posts RSS

Saya Hodoh, tapi Saya Ok

Dari segi sains manusia itu terdiri dari 2 perkara fizikal dan mental. Fizikal dan mental manusia itu diciptakan berbeza antara satu sama lain hatta kembar seiras sekalipun. Itulah keunikkan ciptaan Allah.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya"
(At-Tin 95: 4)

Ada yang hensem ada yang hodoh, ada yang cerdik ada yang bodoh, ada yang tinggi ada yang pendek, ada yang bising ada yang senyap ada yang berambut lurus ada yang berambut kerinting. Macam-macam ada. Perbezaan itu ada di fizikal dan ada juga pada mental (sifat) manusia. Dan normalnya kita pasti mahukan yang sisi positif sahaja dan sangat takut sekiranya mempunyai sisi lain yang negatif.

Negatif pada peribadi masih boleh kita ubah seperti banyak bercakap menjadi pendiam. Namun adakah sebahagian sisi negatif fizikal manusia itu boleh diubah sesuka hati sebagai contoh kulit hitam menjadi kulit putih tanpa alasan yang kukuh? Mengubah ciptaan Allah itu adalah haram disisi Islam jika tiada sebab dan alasan yang memudaratkan!

Menerima kekurangan diri sendiri dan menggangap ia adalah kelebihan adalah terapi terbaik permasalahan jiwa ini
"Tapi kan bang, saya ni hitam legam, selalu kena ejek dengan orang. Saya nak buat plastic surgery biar jadi warna putih macam Brad Pitt, baru lah orang tak kutuk saya".

Penyelesaiannya mudah sahaja iatu menerima kekurangan fizikal kita seadanya. Cuba anggap kekurangan kita itu sebenarnya adalah satu kelebihan yang Tuhan kurniakan untuk membezakan kita dengan orang lain. Hakikatnya orang lain tidaklah menganggap kekurangan kita itu adalah satu isu besar bagi mereka. Isu kekurangan diri kita hanya melintas sejenak di fikiran mereka. Bila ada didepan mata, mereka akan berfikir tentang kekurangan kita tapi bila tiada di depan mata mereka, langsung tidak terlintas di fikirannya. Itulah hakikat sebenarnya.

"Tapi susah lah bang kalau nak anggap kekurangan saya ni sebagai kelebihan. Saya tetap rasa ia menjatuhkan saya dan saya rasa cukup terhina"

Memang, untuk mengawal perasaan itu sangat lah sukar lebih-lebih lagi dalam hal macam ni. Tapi cuba ketepikan dahulu persepsi ini sedikit demi sedikit, Insyaallah lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Contohnya bila orang panggil kita dengan nama hitam, jangan fikirkan hitam itu negatif, fikirkan ia positif. Ringankan mulut untuk tersenyum sambil membalas, 

"hitam itukan menawan" ataupun 

"takpe, Bilal bin Rabah pun hitam, hitam lagi dari aku"

Pasti jawapan kita itu akan mengundang gelak ketawa tetapi kita sendiri juga akan turut ketawa. Lama-kelamaan orang itu akan berhenti dengan sendirinya memanggil kita hitam kerana hajat di hati nak sakitkan hati kita tapi respon kita adalah sebaliknya. Sebelum ini sakit hati tetapi dah jadi satu gurauan yang mendatangkan gelak ketawa. Bagus kan!

Dalam pada waktu yang sama, cubalah untuk mengatasi sedikit sebanyak kekurangan kita itu dengan cara yang dihalalkan. Kalau kulit hitam, pakailah bedak sikit. Kalau rambut kerinting, sikatlah rambut itu agar kelihatan rapi. Kalau gemuk, pergilah bersukan untuk kuruskan badan. Kalau tak hensem, pakailah pakaian yang kemas agar kelihatan smart. Kalau boroi jangalah pakai baju ketat-ketat supaya orang tak nampak perut tu. Mudah dan tidak berdosa.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur niscaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim 14: 7)

Maka, terimalah fizikal yang kita ada seadanya. Mungkin kita rasa kekurangan kita itu satu kelemahan tetapi ada juga yang diluar sana suka kepada kekurangan kita itu. Semuanya ini hanyalah kerana dipengaruhi hati dan perasaan sahaja. Bersyukurlah!

Sagna yang hitam macam ni pun ada isteri yang muka macam model
p/s: ada seorang ustaz kata kepada saya dulu kalau dia nak kahwin dia nak kahwin dengan wanita muka cantik walaupun perangai hodoh berbanding wanita muka hodoh tetapi perangai cantik. alasannya muka dah tak boleh ubah tapi perangai masih boleh diubah. Betul juga...

4 comments:

Nadhirah Ahmad said...

its a matter of looking things in a better way.

Hitam2 pun, bilal bin rabah lagi gelap, tapi mulia di sisi Allah. meaning, physical is just nothing much for people to judge.

Dulu budak lelaki kelas sy prnh ejek baju kos budak perempuan. Katenya macam spider, smbil buat gaya spider yang sgt annoying. Saya yg bengang ckp kt bdk2 tu, spider2 pun at least spider tolong nabi. Senyap smpai skrg.

Perempuan semua nak cantik. Kurus slim, mata bulat, hidung mancung, bibir nipis, gigi sama dan lain2. Ayt pujuk diri sendiri, susah nanti comel2 sgt. Org ramai nak. Nak pilih pun susah. Org lain jeles, mudah kena fitnah.

World is a wonderful place if we have positive eyes.

Lokman Hakim said...

betul tu nadhirah.manusia xda y sempurna.sapa xnak jd cantik kan, semua orang nak.cuma kita xterlepas dari yang buruk tu.terima jela dgn hati terbuka dan jgn asyik nak salahkan orang lain.

takpe, tak perlu terlalu cantik asalkan tidak terlalu hodoh. simple is better.kan kan kan.....

world is a wonderful place if we have positive eyes

Anonymous said...

ape masalah dengan hitam...allah ukur seseorang itu dengan warne kulit..tetapi dengan iman dan taqwa..so jgn kolot sgt isu hitam dan putih ni..hanya kat tempat kite j jadi isu...jd bahan gurau r..nmpak sgt kolot.hp high tech...tp otak x supe hp

Lokman Hakim said...

Anonymous-sy tidak ada mslh dgn org berkulit gelap.bahkan sy sendiri berkulit gelap.berpijak pd bumi y nyata.dunia skrg, antara org kulit putih dan kulit hitam mana y selalu di kutuk? sy rasa jarang sgt org kutuk kulit putih.kalau tidak, masakkan wujud istilah apartheid tp tiada istilah kontra nya.

daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu"

baca dan fahami dgn sebenar-benarnya apa y cuba sy sampaikan dr tulisan diatas.
peace

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...