Gong Xi Fat Choi
Posted by Lokman Hakim at 2/03/2011 08:12:00 AM
Malaysia negara yang berbilang kaum, menyambut pelbagai jenis perayaan. Hari Raya Aidulfitri disambut oleh umat Islam. Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, Deepavali dirayakan kaum India, Krismas oleh penganut Kristian dan macam-macam lagi perayaan di Malaysia.
Hari ini adalah Tahun Baru Cina, tahun arnab. Di Malaysia sambutan Tahun Baru Cina sinonim dengan buah limau mandarin, bunyi letupan mercun, tarian naga, tarian singa, angpau serta seluruh kerabat keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam tahun baru. Kerajaan telah menetapkan didalam kalendar tahunan negara bahawa diberikan cuti umum 2 hari untuk sambutan Tahun Baru Cina dan selalunya pihak sekolah akan bercuti seminggu.
Maka, dengan cuti yang panjang ini, boleh dikatakan semua kaum menyambut perayaan ini. Yang Melayunya turut sama pulang ke kampung seperti Raya Aidilfitri sampai bandar KL boleh ditakana lengang seperti hari Raya Aidilfitri. Kaum Cina bermain mercun kerana kepercayaan mereka untuk menghalau hantu jahat di Tahun Baru mereka. Budak-budak Melayu tidak melepaskan peluang untuk "turur serta" membakar mercun. Tidak hanya mercun papan, segala jenis mercun yang dibakar. Mercun ketupat, mercun bola, mercun roket. Yang main tu pun budak-budak, sebab tu ramai check in hospital sebab putus jari. Jarang terdengar orang Cina yang putus jari sebab main mercun sebab yang bakar mercun yang dah besar.
Sekarang tradisi pemberian angpau tidak hanya pada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri pun orang dah bagi angpau. Rezeki, kita ambil jela. Kalau Tahun Baru Cina angpau warna merah, kalau hari Raya Aidilfitri macam-macam warna. Pendek kata Malaysia sememangnya kaya dengan budaya berbilang kaum. Cukup harmoni dan istimewa kerana sama-sama merayakan, sama-sama meng asimilasi budaya.
Oleh itu diucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang merayakannya di seluruh dunia.
p/s: di Indonesia, Tahun Baru Cina dipanggil Imlek. Sebelum-sebelum ini Imlek disini tak cuti dan ketika zaman pemerintahan presiden Gusdur baru diletakkan didalam kalendar tahunan negara sebagai cuti umum.
Labels: Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
layout menarik dan simple.
Isi kandungan yang baik.
Mudah loading.
Cuma bahasa ada kala terpengaruh dgn endon.Hehe
Itu sahaja pendapat saya.
Post a Comment