Menjana Usia Muda
Posted by Lokman Hakim at 2/20/2011 08:08:00 PM
Usia muda adalah usia yang sangat berharga kerana di usia inilah manusia mula mencari jalan hidup yang sebenar-benarnya. Didalam fasa growth and development manusia, usia 21 hingga 26 adalah fasa dimana mereka mula berfikir dengan matang dan tidak lagi terikut-ikut dengan emosional seperti pada ketika usia persekolahan.
Kenapa dikatakan usia muda ini sangat berharga? Lazimnya pada umur 21 hingga 26 ini, mereka ini berada di bangku pusat pengajian tinggi. Suasana sewaktu pengajian sangat berbeza jika mahu dibandingkan suasana persekolahan ataupun suasana pekerjaan. Di zaman persekolahan kita masih belum terlalu matang didalam tindakkan dan di zaman pekerjaan pula kita terlalu sibuk bekerja serta prinsip "aku-aku, engkau-engkau" selalunya diamalkan. Manakala zaman kampus adalah zaman peralihan antara kebudak-budakkan kepada matang, tidak sibuk sebelum terlalu sibuk.
Di mana-mana kampus pasti ada suasana solehah itu sendiri, mungkin dari inisiatif pelajar-pelajar mahupun pensyarah. Maka waktu kampus inilah waktu yang paling cantik untuk anak-anak muda ini mengukuhkan prinsip dakwah didalam diri. Alasannya, teman seperjuangan tinggal berhampiran. Paling jauh pun rumah sewa di sekitar universiti, jadi tidak menjadi satu permasalahan mahu bertemu. Waktu senggang pula banyak, petang, malam hujung, minggu, cuti semester dan tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain melainkan persatuan sahaja.
Melangkahnya ke dunia pekerjaan bermakna anda melangkah ke dalam dunia kesibukkan |
Maka sangat jelas bahawa waktu kampus adalah waktu yang sangat sesuai untuk mula mengukuhkan dan menggilap prinsip dakwah. Apabila sudah melangkah alam pekerjaan, maka kita hanya meneruskan sahaja apa yang diperjuangkan dahulu. Seperti pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Buluh apabila sudah tua sangat sukar untuk dilenturkan. Janalah usia muda anda sebaiknya, dan semoga tidak menjana kearah sebaliknya.
p/s: berhati-hati di usia kampus kerana usia inilah tapak asas kita mula membentuk peribadi diri untuk 50 tahun akan datang. By the way ini adalah posting saya yang ke 100.
Labels: Pendidikan, Santapan Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment